Saturday, June 11, 2011

:: Kem Kembara Nuqaba' ::

[20-22/5/2011] Alhamdulillah, dikurniai Allah nikmat sihat & sejahtera selain kelapangan dada & masa, b'kesempatan bersama 80 org adik2 peserta dlm program 3 hari 2 malam Kem Kembara Nuqaba' anjuran Badan Ukhuwah & Dakwah Islamiah (BUDI) Sek Berasrama Penuh Integrasi Gombak (SBPI), dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) & Inspire Club IIUM. Hadir sy sbg fasilitator mewakili Inspire, program latihan utk para naqib & naqibah (nuqaba') adik2 tingkatan 5 ini b'langsung sepenuhnya di UIAM Gombak.





Program 3 hari ini b'tujuan utk menggilap & membakar semangat juang adik2 utk terus cemerlang dlm memantapkn tarbiyyah di sekolah melalui usrah & seterusnya mewujudkn biah solehah selain memberi pendedahan tentang pengurusan usrah yg b'kesan. Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas kesempatan ini. Terima kasih kpd PEPIAS di atas kesudian mengadakn kolaborasi bersama kami Inspire Club IIUM seterusnya mengundang kami sbg fasilitator dlm sebuah program yg sarat dgn tarbiyyah & manfaatnya ini. Alhamdulillah, sy & 3 lagi sahabat turut sama m'bantu menyumbang tenaga & b'kongsi ilmu sekadar termampu, hadir sbg fasilitator mewakili Inspire. Syukran awi2 akhi Mohd Suhairi Ismail, adik2 Siti Juliana Latiman & Siti Razifah Khamis. X lupa juga buat abg Presiden Inspire Club IIUM Syed Kamil Syed Mohd Nasser di atas kunjungan, semangat juga dorongan yg diberikn sepanjang 3 hari b'langsungnya program ini. Moga redha Allah b'sinar selalu..


..adik2, bittaufiq ma'akum najah dlm SPM 11 ini. insyaAllah, 9 A1 & 11 A1 dlm genggaman. berjaya di dunia & di akhirat sana..


Alhamdulillah, program 3 hari yg sarat dgn ilmu & manfaat, pelentur jiwa & penguat semangat. 3 hari melalui proses pentarbiyahan diri.. Mentarbiyah & ditarbiyah Ilahi. Syukur ya Allah.. rasa gerun menjentik hati, minda di asah berkali2 saat berdepan dgn adik2 ini. Pertama kali bertentangan mata dgn anak2 ini di ADM LT, sy m'perbetulkn niat, mengumpul kekuatan & semangat. Jernih air muka, indah senyuman mereka mencermin sucinya hati & ikhlasnya jiwa mereka utk menerima & memberi sepanjang b'sama kami. Generasi baru, umat akhir zaman yg dikurniai Allah kesungguhan & semangat, pengetahuan & keyakinan yg jauh berbeza melebihi kami para fasilitator sewaktu seusia mereka. Apa pun alhamdulillah, kami memandangnya sbg suatu kelebihan, sbg cabaran utk kami menjadi lebih bersedia, menambah & memperbaiki mana2 kelemahan pd jiwa & pengetahuan yg ada..

Adik2 naqib & naqibah SBPI Gombak~ Adik2 ini adalah adik2 yg sgt hebat, adik2 yg mindanya sarat. Adik2 yg tinggi ilmunya, tetap pendiriannya, besar kesungguhannya & bersemangat waja. Bukan adik2 yg acuh tidak acuh sikapnya, tetapi adik2 yg berjiwa mulia. Bukan juga adik2 yg pemalu tetapi adik2 yg agung rasa ingin tahu, adik2 yg x jemu b'kongsi ilmu. Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas kesempatan ini. Merasakn diri sgt b'tuah, antara yg dipilih Allah bila bersama dgn adik2 ini, kesempatan utk menerima & memberi, membantu & dibantu, mengajar & diajar, membimbing & dibimbing mereka..


LDK1- Nama & trademark kumpulan dibentuk pd LDK ini. ketua dipilih secara sepakat, suara majoriti. Tenang & besar hati melihat adik2 sy, menjadi bersemangat & lebih kuat dgn penyatuan & trademark yg dibuat.. Rindu mereka, [farohee, hakim, naim, hidayat, nasirah, balqish, adilah & syafinaz] قائدالإسلام nama diberi (",) Setiap kali mengingati mereka, pasti bagai terngiang2 suara & terpandang2 diruang mata gaya mereka yg b'sahaja stiap kali diminta mempersembahkn trademark mereka..


من نحن؟

نحن خليفة الله

قائد الإسلام

ولذلك..

لا تخاف ولا تحزن

إن الله معنا

!!تكبير.. الله أكبر


illham abadi: Adik2, smoga berjaya di dunia & diakhirat sana. Moga terus istiqamah, dipelihara Allah utk terus berada pd jalan yg sebenarnya. Anak2 yg hebat & berjiwa, sayangnya kalau kelak diuji Allah ats diri mereka, dijentik rasa leka & bersenang2 dgn nikmat dunia hingga terjerumus ke lembah yg tidak sepatutnya.. Allah, peliharalh kami. Peliharalh adik2 ini..

No comments: