Sunday, June 12, 2011

:: (G7) Sek Men Islam Hidayah ::

Penyatuan 2 jiwa~ Perkahwinan. Bersatu mereka atas nama CINTA..


Hafizul amin & kak Nur Sakinah berbahagia dgn kehadiran cinta hati mereka Fatehah. Balqis & Afif, Farhanah & suami, Maryam & Anas, Amariah & suami, Faid muzahid & isteri sedang menanti kelahiran cahayamata mereka yg pertama. Mohon dipermudah Allah segala. Buat sahabat2 yg dipilih Allah t'lebih dahulu utk berumahtangga, moga baitul muslim yg dibina b'kekalan buat selama-lamanya dlm ketenangan, cinta & kasih sayangNya. Moga redha Allah b'sinar selalu.. (",)v Siapakah yg akan menyusul nanti, mengikuti jejak mereka melangkah ke peringkat hidup yg seterusnya? insyaAllah, menanti walimah sahabat seterusnya yg mana pasangan mempelai ke2-2nya dr batch kami Januari nanti. Aamiin ya Allah, mhon dipermudah.. ^_^


..Alhamdulillah, teman sekelas, rakan sebaya yg t'lebih dulu dipilih Allah utk melangkah ke alam rumahtangga. Dianugerahi Allah nikmat bahagia, dititip tenang & redha pada jiwa mereka untuk memberi & menerima, susah & senang biarlah bersama..

---------------------------------------------------------------------------

Sebuah Pertemuan
~ Reunion. Ukhuwwah kembali terjalin dlm renung mata, sentuhan & dakapan mesra. Jauh di mata namun tetap dekat dihati semua..

[2008]
..fazlina, munirah, asma' & hanisah. setiap kali reunion & brjumpa kita mesti ada gmbar b'sama. hehe. Mun, selamat kembali & selamat berwalimah dgn pilihan hati bila tiba masanya nanti.. (",)v

[2009]

[2011]


-sabtu 28/5/2011-



..walimah Anas & Maryam Februari 2011..


ilham abadi: Ya Allah.. kami rindukn zaman sekolah. Pada setiap pertemuan, x lekang bibir kami menutur kata b'cerita, menyimpul senyum dlm dada, mengenang & membasahi semula kenangan & peristiwa. Zaman sekolah sarat dgn 1001 cerita & peristiwa. 2005~ kurang lebih 6 tahun sudah kami meninggalkannya, namun yg pasti keadaan & kemesraan dulu masih terus berulang setiap kali bertemu lagi. Ya Allah, hamba mohon peliharalh ikatan hati & p'sahabatan ini.. 5 tahun sudahpun jauh meninggalkn kami, namun kelak jangan dipisahjauhkn lagi kami hanya kerana jarak & waktu yg mencemburui. Moga segala yg telah, sedang & akn berlaku ke atas kami nanti punya manfaat & hikmah tersendiri. Dekatkn hati kami, kuatkn ingatan kami, temukn kami pada keadaan2 yg seterusnya dlm cinta kasih, dlm redha & rahmat Ilahi.

Saturday, June 11, 2011

:: Kem Kembara Nuqaba' ::

[20-22/5/2011] Alhamdulillah, dikurniai Allah nikmat sihat & sejahtera selain kelapangan dada & masa, b'kesempatan bersama 80 org adik2 peserta dlm program 3 hari 2 malam Kem Kembara Nuqaba' anjuran Badan Ukhuwah & Dakwah Islamiah (BUDI) Sek Berasrama Penuh Integrasi Gombak (SBPI), dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) & Inspire Club IIUM. Hadir sy sbg fasilitator mewakili Inspire, program latihan utk para naqib & naqibah (nuqaba') adik2 tingkatan 5 ini b'langsung sepenuhnya di UIAM Gombak.





Program 3 hari ini b'tujuan utk menggilap & membakar semangat juang adik2 utk terus cemerlang dlm memantapkn tarbiyyah di sekolah melalui usrah & seterusnya mewujudkn biah solehah selain memberi pendedahan tentang pengurusan usrah yg b'kesan. Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas kesempatan ini. Terima kasih kpd PEPIAS di atas kesudian mengadakn kolaborasi bersama kami Inspire Club IIUM seterusnya mengundang kami sbg fasilitator dlm sebuah program yg sarat dgn tarbiyyah & manfaatnya ini. Alhamdulillah, sy & 3 lagi sahabat turut sama m'bantu menyumbang tenaga & b'kongsi ilmu sekadar termampu, hadir sbg fasilitator mewakili Inspire. Syukran awi2 akhi Mohd Suhairi Ismail, adik2 Siti Juliana Latiman & Siti Razifah Khamis. X lupa juga buat abg Presiden Inspire Club IIUM Syed Kamil Syed Mohd Nasser di atas kunjungan, semangat juga dorongan yg diberikn sepanjang 3 hari b'langsungnya program ini. Moga redha Allah b'sinar selalu..


..adik2, bittaufiq ma'akum najah dlm SPM 11 ini. insyaAllah, 9 A1 & 11 A1 dlm genggaman. berjaya di dunia & di akhirat sana..


Alhamdulillah, program 3 hari yg sarat dgn ilmu & manfaat, pelentur jiwa & penguat semangat. 3 hari melalui proses pentarbiyahan diri.. Mentarbiyah & ditarbiyah Ilahi. Syukur ya Allah.. rasa gerun menjentik hati, minda di asah berkali2 saat berdepan dgn adik2 ini. Pertama kali bertentangan mata dgn anak2 ini di ADM LT, sy m'perbetulkn niat, mengumpul kekuatan & semangat. Jernih air muka, indah senyuman mereka mencermin sucinya hati & ikhlasnya jiwa mereka utk menerima & memberi sepanjang b'sama kami. Generasi baru, umat akhir zaman yg dikurniai Allah kesungguhan & semangat, pengetahuan & keyakinan yg jauh berbeza melebihi kami para fasilitator sewaktu seusia mereka. Apa pun alhamdulillah, kami memandangnya sbg suatu kelebihan, sbg cabaran utk kami menjadi lebih bersedia, menambah & memperbaiki mana2 kelemahan pd jiwa & pengetahuan yg ada..

Adik2 naqib & naqibah SBPI Gombak~ Adik2 ini adalah adik2 yg sgt hebat, adik2 yg mindanya sarat. Adik2 yg tinggi ilmunya, tetap pendiriannya, besar kesungguhannya & bersemangat waja. Bukan adik2 yg acuh tidak acuh sikapnya, tetapi adik2 yg berjiwa mulia. Bukan juga adik2 yg pemalu tetapi adik2 yg agung rasa ingin tahu, adik2 yg x jemu b'kongsi ilmu. Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas kesempatan ini. Merasakn diri sgt b'tuah, antara yg dipilih Allah bila bersama dgn adik2 ini, kesempatan utk menerima & memberi, membantu & dibantu, mengajar & diajar, membimbing & dibimbing mereka..


LDK1- Nama & trademark kumpulan dibentuk pd LDK ini. ketua dipilih secara sepakat, suara majoriti. Tenang & besar hati melihat adik2 sy, menjadi bersemangat & lebih kuat dgn penyatuan & trademark yg dibuat.. Rindu mereka, [farohee, hakim, naim, hidayat, nasirah, balqish, adilah & syafinaz] قائدالإسلام nama diberi (",) Setiap kali mengingati mereka, pasti bagai terngiang2 suara & terpandang2 diruang mata gaya mereka yg b'sahaja stiap kali diminta mempersembahkn trademark mereka..


من نحن؟

نحن خليفة الله

قائد الإسلام

ولذلك..

لا تخاف ولا تحزن

إن الله معنا

!!تكبير.. الله أكبر


illham abadi: Adik2, smoga berjaya di dunia & diakhirat sana. Moga terus istiqamah, dipelihara Allah utk terus berada pd jalan yg sebenarnya. Anak2 yg hebat & berjiwa, sayangnya kalau kelak diuji Allah ats diri mereka, dijentik rasa leka & bersenang2 dgn nikmat dunia hingga terjerumus ke lembah yg tidak sepatutnya.. Allah, peliharalh kami. Peliharalh adik2 ini..

Monday, June 6, 2011

:: Rehlah Kita ::

Salam semua.. Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi tanpa cerita & peristiwa, saya kembali menconteng seentri dua sbg perkongsian santai bersama pembaca2 semua.. :) azam sy utk hari ini, mengemaskini blog yg sudah lama tidak dikemaskini ini dgn 3 @ 4 buah entri. semoga berjaya.. hehe. Menulis ini tidak memadai cuma dgn cerita, perlu dihadirkn sekali perasaan & jiwa. Gambar sbg pengantara, pemudah cara utk sy menyusun kata. (",)

[Ahad-15 Mei 2011]: Alhamdulillah, 15 Mei 2011 berkesempatn menikmati seharian b'sama sahabat2 Inspire di Sungai Sendat, Ulu Yam. Rehlah yg dirancang di saat2 akhir, x semena2 & bersifat tiba2 ini tegar diteruskn berbekalkn semangat & kesungguhan semua. Sepetang b'kumpul & merancang, semalam b'keputusan & membuat persiapan. Alhamdulillah, Allah membantu memberi kekuatan & kecekalan, kesabaran berdepan keadaan. Seharian yg sarat dgn kenangan & kebersamaan, seharian yg bukan semata2 santai & suka2 tetapi terisi dgn pengisian & perkongsian berguna. Tandas & surau yg tersedia memudahkn lagi keperluan kami biarpun terpaksa bergilir2 & berkongsi. Alhamdulillah biiznillah.. kancil, viva & iswara menyatukn kami 4 lelaki & 10 perempuan di sana. Biarpun perjalanan yg panjang (rasa mcm x smpai2 je, hehe), terpaksa melalui tanah merah utk masuk ke dalam, rasa teruja utk menikmati seharian bersama semua di sana melenyapkn segala keluh kesah & gundah gulana dlm minda & jiwa. hehe.. Sungguh! Sungai Sendat itu cukup indah & memikat, menjadi saksi penyatuan & kata sepakat. hehe..



Terima kasih semua.. Abg Syazwan, Kamil, Hajar & ain. Adik2 syg: Raed, Teha, Jue, Ifa, Quya, Alwani, Fatin & Shafiyah, setiap saat bersama akan diingati sampai bila2 :) Abg Suhairi, terima kasih atas kesudian menghabisi seharian b'sama kami. Keletihan jelas ketara diwajahnya kerana semalaman berjaga & bersengkang mata utk menyempurnakn projek & tugasannya. Apa pun dari kami, syukran awi2.. setiap saat bersama amat kami hargai.


..Kejernihan & ketenangan di sini menggamit memori..


Alhamdulillah, lebihan rezeki anugerah Ilahi utk dikongsi. Juadah utama yg kami nikmati sepanjang seharian di sini. Ayam, daging, kentang, sosej & carrot dibakar, Coslow, kek pisang, keropok, kacang2, buahan2 & minuman sbg pelengkap hidangan kami sampai ke petang..

..adik2 yg akk sayang~ Fatin & Shafiy, ewah2. hehe..


..sahabat2 lelaki yg selalu ada bersama kami. tetap bersama dlm tawa & airmata. Susah & senang kita biarlh terus bersama selagi jelas matlamat & hadafnya. Syukur ya Allah ats pertemuan & persahabatan ini. Terima kasih ceksu, abg wan, kamil & raed atas kesempatan ini..


..1001 kenangan~ berguruh & berhujan di bawah pepohon hutan yg tinggi melampai. Alhamdulillah, hujan yg turun lebat bukan penghalang utk kami menyiapkn BBQ & hidangan utk hari itu. Ada payung, ada lebar dedaun hutan utk kami menumpang teduh :) Nikmat kasih sayang & ukhuwwah kami rasai dlm mudah & payah.


..ceksu, abg wan, kamil & raed yg gigih membina tempat utk kami berteduh. hehe.. diperbuat drpd kayu kayan hutan yg dipacakkn, tikar & surat khabar yg dibentangkn. Alhamdulillah, urusan kami dibantu & dipermudah Allah bila akhirnya diberikn ruang, berteduh kami di bawah pondok yg berhampiran.. :)


..Terima kasih semua, 1001 kenangan & peristiwa telahpun kita rasai bersama. Hampir 2tahun bersama, karisma@inspire menyatukn kita. Pahit manis kenangan & peristiwa mendewasakn kita. Moga ingatan & kemesraan ini berkekalan bwt selamanya. Walau apa pun yg di hadapan, biar mengalir air mata tak berperhentian, jangan pernah mengalah dgn pendirian. InsyaAllah, selagi punya ruang utk menerangkan, selagi ada kesempatan utk menzahirkn kenyataan, lontarkn & perbetulknlh keadaan.. Moga redha Allah b'sinar selalu.. :)

..Singgah sebentar utk menunaikn solat asar di Masjid Jamiatus Solahiah, menikmati makan malam bersama semua di deretan gerai makanan depan kubur, seterusnya menunaikn solat maghrib di masjid kampung berhampiran. Alhamdulillah..


ilham abadi: indah ukhuwwah bersulam kasih & sayang kerana Allah. Bila bertemu x jemu, bila berpisah x gelisah. (eh, gelisah kerana rindu. hehe..) Kebersamaan & kebahagiaan ini, mohon berulang lagi.