Sunday, February 19, 2012

:: (G7 SMIH) Selamat Pengantin Baru ::

Salam semua.. Bersambung dari entri yg sebelumnya klik, perkhabaran tentang perkahwinan sahabat2 Generasi 7 Sek Men Islam Hidayah & ucapan selamat berbahagia buat mereka.

Mabrook 'alaikum~ Saif & Insyirah, Afeefah & Hafiz, Jalwaa & Farez, Hajar & Ahmad (",) Hingga hujung nyawa, bercinta sampai syurga..

ilham abadi: Selamat berbahagia hingga ke akhirnya.. insyaAllah, lebih ramai lagi yg bakal menyusul selepas ini ^^

Wednesday, February 15, 2012

:: Istikharah Cinta ::

Bersaksi cinta diatas cinta .. Dalam alunan tasbih ku ini .. Menerka hati yang tersembunyi .. Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu .. Tertulis dalam sajadah cinta .. Tetapkan pilihan sebagai teman .. Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku .. Memohon petunjukMu .. Satu nama teman setia .. Naluriku berkata .. Dipenantian luahan rasa .. Teguh satu pilihan .. Pemenuh separuh nafasku .. Dalam mahabbah rindu .. Diistikharah cinta

ilham abadi: Sungguh jodoh & pertemuan itu di tangan tuhan.. Moga doa & impian hati selari dgn ketentuan & ketetapan Ilahi. Andai benar dicipta kita utk bersamanya dan yg tertulis ditangan takdir itu dialah 'sebahagian diri', adam/hawa pelengkap & penyempurna segala, kita tetap akn bersamanya. Biarpun payah & mustahil di awalnya, kelak menjadi mudah & tidak mustahil diakhirnya. Yg diluar jangka sebelumnya kelakkn menjadi nyata.. Jodoh~ jangan pernah berputus asa, berdoa & berharap. Cinta & hati hamba milik Pencipta, mohonlah utk memiliki cinta & hatinya drpd Pencipta yg menciptaknnya. Istikharah melalui mimpi, kekuatan hati pada realiti & istisyarah dr yg ahli mohon ketetapan hati..

:: Inspire- Salam Perjuangan, Ukhuwah & Inspirasi ::

INSPIRE CLUB IIUM~ satu nama yg kerapkali meniti megah dibibir, menyapa telinga & melingkar diruang mata saya sepanjang 2tahun terakhir pengajian di sini. Pagi, petang membawa ke malam dikelilingi mereka yg bersamanya, terus menyebut & asyik berfikir tentangnya. INSPIRE~ 'arRuhbaan fillail walFursan finnahar' satu2nya kelab yg mampu mengekalkn saya terus bersamanya dari mula tiada akhirnya. Setiap hari, setiap minggu, bulan & tahun tidak sepi dgn aktiviti & kebersamaannya. Dicari & mencari, kesediaan dlm memberi, sumbangan & khidmat pada yg berhajat dicurah tak henti. 2 tahun bersama, 1001 kenangan & peristiwa. Sarat dengan pengajaran & pengalaman berguna. Karisma @ Inspire, di sini saya temui segala, padanya saya belajar banyak benda. Mengenal erti kasih dalam persahabatan, belajar menilai & mempertimbang baik buruk keadaan, mundur maju perancangan, merasa kebersamaan & semangat berpasukan. Tercelik minda & mata hati pada kehidupan & realiti. Ukhuwah? hanya tuhan yg tahu betapa kami saling perlu. Hanya Dia yg mengerti betapa kami saling menyayangi & menghargai. Inspire~ di sini saya nikmati pahit manisnya persamaan & kepelbagaian. Di sini saya temui 'sebahagian lagi diri & perasaan'. (",)v

~sekali tangan berjabat, selamanya kita bersahabat~



..Sahabat2 seperjuangan yg dirindui~ Syed Kamil, Anas, Jaa, Fauzan, Sarina, Aimi, Tasya, Cuya, Nadz, Aisyah, Nisa, Mim, Naza, Kam, Wawa, Kak Yan, Gee, Ain, Falah & Hani, terima kasih utk semuanya, ampun maaf buat segala. Sungguh kalau mahu dibariskn segala, panjang berjelalh entri ini tiada akhirnya. hihi.. Terlalu banyak kenangan & peristiwa yg dikongsi bersama. Terima Kasih semua, ampun maaf saya pohon buat segala.

Patah tumbuh hilang berganti~ Annual General Meeting: 12 Disember 2011 tepat jam12 tengahari, jawatan ini dilucut & dipakai, amanah ini bertukar tangan.. Perlepasan jawatan oleh mantan board sesi 2010/2011 yg terdahulu, penyerahan semula kepada board yg baru. Sungguh, amanah ini bukan hak milik tetapi anugerah. TAHNIAH & TAKZIAH utk saya & mereka. Tahniah jika tanggungjawab itu mampu dilaksanakn sebaiknya, takziah atas murka Allah, amarah & pandangan serong manusia jika amanah itu dipenuhi tidak sempurna. Dalam hati perlulah rela & bersedia, jangan ada rasa terpaksa atau merasa tidak layak & belum tiba masanya. Layak & mampunya kita dimana kayu ukurnya? Apa pun seterusnya, selamat berusaha & selamat maju jaya. Ikhlas & berlapang dada ^^

Barisan kepimpinan INSPIRE CLUB IIUM yg baru.. Mabruk, 'alaikum binnajah! Good Luck mr. president (Raed Omar) dan adik2 semua yg kini menjadi tunggak & tunjang baru Inspire. Abg Wan, Kamil, Fateh, Izzah, Hajar, Quya, Ain, Fatin, Afrah, Fida, Watif, Ifah, Aziah, Faa, Syakila, Ashikin, Sidi & Tiqah.. Pimpin & jagalah Inspire dgn sebaiknya. Bawa hadaf yg sama, tampil dgn cara & pendekatan yg berbeza. Yakin & percaya pada diri, adik2 semua bukan pilihan kami tetapi pilihan Allah yg diilhamkn kepada kami.. (",)v

Dalam proses belajar & mengajar ini kita akan diajar dgn banyak perkara. Kita akan disentap & terkesima dgn perkara2 yg diluar jangka. Berusahalah memperbaiki & mempersiapakn diri ^^ Yg pahit akn nampak manis akhirnya, yg buruk akn tersingkap indahnya dimana.. Susah senang kalian biarlah bersama, jangan terlepas pandang pada banyak benda..

Induksi Management Board sesi 2011/ 2012 yg berlangsung pada 21 & 22/1/12 di Lubuk Manggis.. 2 hari 1 malam yg berlalu, mohon dimanfaat & diaplikasikn segala ilmu. Ilmu & pengalaman yg ada telahpun kami kongsikn bersama. Pengalaman adalah guru yg terbaik dlm kehidupan. Tempuh keadaan, berdepan kesilapan & kegagalan, kita akn tampil lebih berkeyakinan dan berkemampuan. Segala perancangan yg dibincang bersama, mohon dipermudah olehNya agar ia terlaksana. Bekerja bersama, melontar pendapat & idea, jangan hanya membisu & bersetuju dgn segala. InsyaAllah, menjadi sempurna kerja & hebat segala impak pandangan & komentar drpd 20 kepala. hihi.. Selamat maju jaya, selamat berusaha.



..Batch 11 Inspire yg menjadi pewaris, penyambung & penerus kegemilangannya..

Bai'ah yg adik2 lafazkn dipenghujung AIT lepas, menunggu masa utk ia dikota. InsyaAllah, akak percaya akujanji yg dilafaz adik2 bukan lontaran bersahaja yg cuma ikutan dibibir saja, tetapi sarat dgn makna selari dgn keyakinan & azam utk berusaha memenuhi segala. Sehari selepas adik2 ditabal sebagai ahli & fasilitator Inspire Club IIUM secara rasminya, maka bermulalh segala & tergalaslah tanggungjawab besar dibahu adik2 semua. Tanggungjawab utk membantu adik2 yg diluar sana, generasi baru yg amat memerlukn sokongan & perhatian kita. Mereka yg perlu didekati & dibantu, diperhati bukan dibiar tidak dipeduli. Dipimpin pendirian & langkah mereka bukan dipinggir & dipandang hina kerana ketelanjurannya. Memberi mereka pandangan, jalan, pilihan & kata dua dlm membuat keputusan, bukan dikongkong & dipaksa mereka menuruti segala hingga mereka berasa tidak berguna & jati diri mereka dipersia.

InsyaAllah, kami akn selalu ada menyokong & membantu mana2 yg termampu, memberi pandangan & buah fikiran seperti selalu. InsyaAllah.. Good Luck utk semua, teruskn perkara2 baik yg diusahakn pimpinan Inspire & senior2 yg sebelumnya. Perbaiki pd sedikit kelemahan mereka yg tidak disengaja. Group binding, lunch & iftar bersama, gathering & sebagainya perlu diteruskn utk menyatukn hati2 kalian dgn mereka. Jaga adik2 dgn sebaiknya, cubalh semampunya utk selalu ada bersama mereka walau dlm kesibukan kerja. Jangan dihampakn & ditolak mentah pada permintaan & idea2 mereka. Dekati mereka, jangan diwujudkn jurang & beza yg sebenarnya x membawa ke mana, malah kelak bakal mengundang rasa kurang selesa pada mereka. Sayangi & hargai kewujudan & usaha mereka, kelak kalian juga akn menerima pulangan yg sama.. insyaAllah. Good Luck. All the Best!!


Untuk adik2, walau dibiro manapun adik2 berada, itulah yg sebaiknya. Hubungan & kekuatannya perlu diperkukuhkn selalu. Yakin & percaya pada diri, adik2 akn berasa tenang & berbahagia dgn pilihan ini. Adik2 tidak brsendiri sebaliknya akn terus dibantu dr hari ke hari.. Utk adik2 ATM (trainers): Akmal, Taufiq, Rusydi, Faiz, Mirul, Nabila, Thohirah, Izzaidah & yg lain.. Sayangi anak2 buah (adik2 12) kelak & selalulah ada bersama mereka, jangan dibina tembok & jurang pemisah "aku trainer-dia adik" yg kelak akan menjauhkn mereka drpd Inspire. Akak percaya trainers yg ada hebat2 belaka, mampu memberikn yg terbaik lebih drpd apa yg diduga. insyaAllah ^^ Bersama Inspire, adik2 akn perolehi semuanya. Ilmu & pengalaman berharga, semangat & ukhuwwah seperti sebuah keluarga. Kasih sayang & kemesraan yg tumbuh dlm Inspire bukan hidupnya sementara, bukan cuma ketika berprogram semata.

Ilham Abadi: Rindu utk bersama macam dulu.. Adik2, jangan lupa jemput kami senior2 bila ada program2 & majlis2 Inspire ya! (",)v