Showing posts with label :: program ::. Show all posts
Showing posts with label :: program ::. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

:: (G7) Sek Men Islam Hidayah ::

Penyatuan 2 jiwa~ Perkahwinan. Bersatu mereka atas nama CINTA..


Hafizul amin & kak Nur Sakinah berbahagia dgn kehadiran cinta hati mereka Fatehah. Balqis & Afif, Farhanah & suami, Maryam & Anas, Amariah & suami, Faid muzahid & isteri sedang menanti kelahiran cahayamata mereka yg pertama. Mohon dipermudah Allah segala. Buat sahabat2 yg dipilih Allah t'lebih dahulu utk berumahtangga, moga baitul muslim yg dibina b'kekalan buat selama-lamanya dlm ketenangan, cinta & kasih sayangNya. Moga redha Allah b'sinar selalu.. (",)v Siapakah yg akan menyusul nanti, mengikuti jejak mereka melangkah ke peringkat hidup yg seterusnya? insyaAllah, menanti walimah sahabat seterusnya yg mana pasangan mempelai ke2-2nya dr batch kami Januari nanti. Aamiin ya Allah, mhon dipermudah.. ^_^


..Alhamdulillah, teman sekelas, rakan sebaya yg t'lebih dulu dipilih Allah utk melangkah ke alam rumahtangga. Dianugerahi Allah nikmat bahagia, dititip tenang & redha pada jiwa mereka untuk memberi & menerima, susah & senang biarlah bersama..

---------------------------------------------------------------------------

Sebuah Pertemuan
~ Reunion. Ukhuwwah kembali terjalin dlm renung mata, sentuhan & dakapan mesra. Jauh di mata namun tetap dekat dihati semua..

[2008]
..fazlina, munirah, asma' & hanisah. setiap kali reunion & brjumpa kita mesti ada gmbar b'sama. hehe. Mun, selamat kembali & selamat berwalimah dgn pilihan hati bila tiba masanya nanti.. (",)v

[2009]

[2011]


-sabtu 28/5/2011-



..walimah Anas & Maryam Februari 2011..


ilham abadi: Ya Allah.. kami rindukn zaman sekolah. Pada setiap pertemuan, x lekang bibir kami menutur kata b'cerita, menyimpul senyum dlm dada, mengenang & membasahi semula kenangan & peristiwa. Zaman sekolah sarat dgn 1001 cerita & peristiwa. 2005~ kurang lebih 6 tahun sudah kami meninggalkannya, namun yg pasti keadaan & kemesraan dulu masih terus berulang setiap kali bertemu lagi. Ya Allah, hamba mohon peliharalh ikatan hati & p'sahabatan ini.. 5 tahun sudahpun jauh meninggalkn kami, namun kelak jangan dipisahjauhkn lagi kami hanya kerana jarak & waktu yg mencemburui. Moga segala yg telah, sedang & akn berlaku ke atas kami nanti punya manfaat & hikmah tersendiri. Dekatkn hati kami, kuatkn ingatan kami, temukn kami pada keadaan2 yg seterusnya dlm cinta kasih, dlm redha & rahmat Ilahi.

Saturday, June 11, 2011

:: Kem Kembara Nuqaba' ::

[20-22/5/2011] Alhamdulillah, dikurniai Allah nikmat sihat & sejahtera selain kelapangan dada & masa, b'kesempatan bersama 80 org adik2 peserta dlm program 3 hari 2 malam Kem Kembara Nuqaba' anjuran Badan Ukhuwah & Dakwah Islamiah (BUDI) Sek Berasrama Penuh Integrasi Gombak (SBPI), dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) & Inspire Club IIUM. Hadir sy sbg fasilitator mewakili Inspire, program latihan utk para naqib & naqibah (nuqaba') adik2 tingkatan 5 ini b'langsung sepenuhnya di UIAM Gombak.





Program 3 hari ini b'tujuan utk menggilap & membakar semangat juang adik2 utk terus cemerlang dlm memantapkn tarbiyyah di sekolah melalui usrah & seterusnya mewujudkn biah solehah selain memberi pendedahan tentang pengurusan usrah yg b'kesan. Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas kesempatan ini. Terima kasih kpd PEPIAS di atas kesudian mengadakn kolaborasi bersama kami Inspire Club IIUM seterusnya mengundang kami sbg fasilitator dlm sebuah program yg sarat dgn tarbiyyah & manfaatnya ini. Alhamdulillah, sy & 3 lagi sahabat turut sama m'bantu menyumbang tenaga & b'kongsi ilmu sekadar termampu, hadir sbg fasilitator mewakili Inspire. Syukran awi2 akhi Mohd Suhairi Ismail, adik2 Siti Juliana Latiman & Siti Razifah Khamis. X lupa juga buat abg Presiden Inspire Club IIUM Syed Kamil Syed Mohd Nasser di atas kunjungan, semangat juga dorongan yg diberikn sepanjang 3 hari b'langsungnya program ini. Moga redha Allah b'sinar selalu..


..adik2, bittaufiq ma'akum najah dlm SPM 11 ini. insyaAllah, 9 A1 & 11 A1 dlm genggaman. berjaya di dunia & di akhirat sana..


Alhamdulillah, program 3 hari yg sarat dgn ilmu & manfaat, pelentur jiwa & penguat semangat. 3 hari melalui proses pentarbiyahan diri.. Mentarbiyah & ditarbiyah Ilahi. Syukur ya Allah.. rasa gerun menjentik hati, minda di asah berkali2 saat berdepan dgn adik2 ini. Pertama kali bertentangan mata dgn anak2 ini di ADM LT, sy m'perbetulkn niat, mengumpul kekuatan & semangat. Jernih air muka, indah senyuman mereka mencermin sucinya hati & ikhlasnya jiwa mereka utk menerima & memberi sepanjang b'sama kami. Generasi baru, umat akhir zaman yg dikurniai Allah kesungguhan & semangat, pengetahuan & keyakinan yg jauh berbeza melebihi kami para fasilitator sewaktu seusia mereka. Apa pun alhamdulillah, kami memandangnya sbg suatu kelebihan, sbg cabaran utk kami menjadi lebih bersedia, menambah & memperbaiki mana2 kelemahan pd jiwa & pengetahuan yg ada..

Adik2 naqib & naqibah SBPI Gombak~ Adik2 ini adalah adik2 yg sgt hebat, adik2 yg mindanya sarat. Adik2 yg tinggi ilmunya, tetap pendiriannya, besar kesungguhannya & bersemangat waja. Bukan adik2 yg acuh tidak acuh sikapnya, tetapi adik2 yg berjiwa mulia. Bukan juga adik2 yg pemalu tetapi adik2 yg agung rasa ingin tahu, adik2 yg x jemu b'kongsi ilmu. Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas kesempatan ini. Merasakn diri sgt b'tuah, antara yg dipilih Allah bila bersama dgn adik2 ini, kesempatan utk menerima & memberi, membantu & dibantu, mengajar & diajar, membimbing & dibimbing mereka..


LDK1- Nama & trademark kumpulan dibentuk pd LDK ini. ketua dipilih secara sepakat, suara majoriti. Tenang & besar hati melihat adik2 sy, menjadi bersemangat & lebih kuat dgn penyatuan & trademark yg dibuat.. Rindu mereka, [farohee, hakim, naim, hidayat, nasirah, balqish, adilah & syafinaz] قائدالإسلام nama diberi (",) Setiap kali mengingati mereka, pasti bagai terngiang2 suara & terpandang2 diruang mata gaya mereka yg b'sahaja stiap kali diminta mempersembahkn trademark mereka..


من نحن؟

نحن خليفة الله

قائد الإسلام

ولذلك..

لا تخاف ولا تحزن

إن الله معنا

!!تكبير.. الله أكبر


illham abadi: Adik2, smoga berjaya di dunia & diakhirat sana. Moga terus istiqamah, dipelihara Allah utk terus berada pd jalan yg sebenarnya. Anak2 yg hebat & berjiwa, sayangnya kalau kelak diuji Allah ats diri mereka, dijentik rasa leka & bersenang2 dgn nikmat dunia hingga terjerumus ke lembah yg tidak sepatutnya.. Allah, peliharalh kami. Peliharalh adik2 ini..

Monday, June 6, 2011

:: Rehlah Kita ::

Salam semua.. Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi tanpa cerita & peristiwa, saya kembali menconteng seentri dua sbg perkongsian santai bersama pembaca2 semua.. :) azam sy utk hari ini, mengemaskini blog yg sudah lama tidak dikemaskini ini dgn 3 @ 4 buah entri. semoga berjaya.. hehe. Menulis ini tidak memadai cuma dgn cerita, perlu dihadirkn sekali perasaan & jiwa. Gambar sbg pengantara, pemudah cara utk sy menyusun kata. (",)

[Ahad-15 Mei 2011]: Alhamdulillah, 15 Mei 2011 berkesempatn menikmati seharian b'sama sahabat2 Inspire di Sungai Sendat, Ulu Yam. Rehlah yg dirancang di saat2 akhir, x semena2 & bersifat tiba2 ini tegar diteruskn berbekalkn semangat & kesungguhan semua. Sepetang b'kumpul & merancang, semalam b'keputusan & membuat persiapan. Alhamdulillah, Allah membantu memberi kekuatan & kecekalan, kesabaran berdepan keadaan. Seharian yg sarat dgn kenangan & kebersamaan, seharian yg bukan semata2 santai & suka2 tetapi terisi dgn pengisian & perkongsian berguna. Tandas & surau yg tersedia memudahkn lagi keperluan kami biarpun terpaksa bergilir2 & berkongsi. Alhamdulillah biiznillah.. kancil, viva & iswara menyatukn kami 4 lelaki & 10 perempuan di sana. Biarpun perjalanan yg panjang (rasa mcm x smpai2 je, hehe), terpaksa melalui tanah merah utk masuk ke dalam, rasa teruja utk menikmati seharian bersama semua di sana melenyapkn segala keluh kesah & gundah gulana dlm minda & jiwa. hehe.. Sungguh! Sungai Sendat itu cukup indah & memikat, menjadi saksi penyatuan & kata sepakat. hehe..



Terima kasih semua.. Abg Syazwan, Kamil, Hajar & ain. Adik2 syg: Raed, Teha, Jue, Ifa, Quya, Alwani, Fatin & Shafiyah, setiap saat bersama akan diingati sampai bila2 :) Abg Suhairi, terima kasih atas kesudian menghabisi seharian b'sama kami. Keletihan jelas ketara diwajahnya kerana semalaman berjaga & bersengkang mata utk menyempurnakn projek & tugasannya. Apa pun dari kami, syukran awi2.. setiap saat bersama amat kami hargai.


..Kejernihan & ketenangan di sini menggamit memori..


Alhamdulillah, lebihan rezeki anugerah Ilahi utk dikongsi. Juadah utama yg kami nikmati sepanjang seharian di sini. Ayam, daging, kentang, sosej & carrot dibakar, Coslow, kek pisang, keropok, kacang2, buahan2 & minuman sbg pelengkap hidangan kami sampai ke petang..

..adik2 yg akk sayang~ Fatin & Shafiy, ewah2. hehe..


..sahabat2 lelaki yg selalu ada bersama kami. tetap bersama dlm tawa & airmata. Susah & senang kita biarlh terus bersama selagi jelas matlamat & hadafnya. Syukur ya Allah ats pertemuan & persahabatan ini. Terima kasih ceksu, abg wan, kamil & raed atas kesempatan ini..


..1001 kenangan~ berguruh & berhujan di bawah pepohon hutan yg tinggi melampai. Alhamdulillah, hujan yg turun lebat bukan penghalang utk kami menyiapkn BBQ & hidangan utk hari itu. Ada payung, ada lebar dedaun hutan utk kami menumpang teduh :) Nikmat kasih sayang & ukhuwwah kami rasai dlm mudah & payah.


..ceksu, abg wan, kamil & raed yg gigih membina tempat utk kami berteduh. hehe.. diperbuat drpd kayu kayan hutan yg dipacakkn, tikar & surat khabar yg dibentangkn. Alhamdulillah, urusan kami dibantu & dipermudah Allah bila akhirnya diberikn ruang, berteduh kami di bawah pondok yg berhampiran.. :)


..Terima kasih semua, 1001 kenangan & peristiwa telahpun kita rasai bersama. Hampir 2tahun bersama, karisma@inspire menyatukn kita. Pahit manis kenangan & peristiwa mendewasakn kita. Moga ingatan & kemesraan ini berkekalan bwt selamanya. Walau apa pun yg di hadapan, biar mengalir air mata tak berperhentian, jangan pernah mengalah dgn pendirian. InsyaAllah, selagi punya ruang utk menerangkan, selagi ada kesempatan utk menzahirkn kenyataan, lontarkn & perbetulknlh keadaan.. Moga redha Allah b'sinar selalu.. :)

..Singgah sebentar utk menunaikn solat asar di Masjid Jamiatus Solahiah, menikmati makan malam bersama semua di deretan gerai makanan depan kubur, seterusnya menunaikn solat maghrib di masjid kampung berhampiran. Alhamdulillah..


ilham abadi: indah ukhuwwah bersulam kasih & sayang kerana Allah. Bila bertemu x jemu, bila berpisah x gelisah. (eh, gelisah kerana rindu. hehe..) Kebersamaan & kebahagiaan ini, mohon berulang lagi.

Sunday, May 1, 2011

:: INSPIRE ~ All The Best!! ::

Alhamdulillah, 18/4/2011-21/4/2011 berlangsung Advance Intensive Training utk adik2 baru, Karisma 11 @ Inspire 02. Jutaan terima kasih & syabas sy ucapkn kepada mainboard Inspire yg x jemu berusaha, barisan komiti yg bersemangat waja, senior2 Karisma @ Inspire yg hadir sama memeriahknnya, adik2 kasih & sayang ahli baru Inspire 02, juga kpd semua yg terlibat menjayakannya secara langsung mahupun sebaliknya. Alhamdulillah.. (",) Tidak berkesempatan hadir bersama semua, namun percaya AIT lepas cukup berjaya & banyak manfaatnya dilihat drpd gambar2 yg ada & komen2 adik2 baru yg sy baca di wall mereka & wall Inspire. Sedikit kelemahan yg wujud & ada sepanjang 4 hari bersama akn diperbaiki di lain nasa, insyaAlah.. :)



Cuma 9 lelaki utk batch kami, 21 lelaki utk batch 11 di AIT. Alhamdulillah, moga kekuatan & manfaatnya berganda lagi ('',) Adik2, teruskn bersama family Inspire hingga ke akhirnya. Jangan tersungkur, mengalah & menyepi ditengah2. TAHNIAH!! Adik2 yg hebat2 belaka, dipilih Allah utk bersama kami semua.. (",)



Berakhirnya AIT, maka bermulalh episod yg baru utk kami senior2 & adik2 semua junior Inspire. (",) Tahniah akak ucapkn buat adik2 Inspire 02 semua, selamat menjadi sebahagian drpd kami, family besar Inspire.. Berbangga & berbahagia mengenali adik2 semua, adik2 terpilih yg hebat2 belaka. Hehe. Bai'ah yg adik2 lafazkn dipenghujung AIT lepas telahpun dicatat & diangkat malaikat, menunggu masa utk ia dikota. InsyaAllah, akak percaya akujanji yg dilafaz adik2 bukan lontaran bersahaja yg cuma ikutan dibibir saja, tetapi sarat dgn makna selari dgn keyakinan & azam utk berusaha memenuhi segala. Sehari selepas adik2 ditabal sebagai ahli & fasilitator Inspire Club IIUM secara rasminya, maka bermulalh segala & tergalaslh tanggungjawab besar dibahu adik2 semua. Tanggungjawab utk membantu adik2 yg diluar sana, generasi baru yg amat memerlukn sokongan & perhatian kita. Mereka yg perlu didekati & dibantu, diperhati bukan dibiar tidak dipeduli. Dipimpin pendirian & langkah mereka bukan dipinggir & dipandang hina kerana ketelanjurannya. Memberi mereka pandangan, jalan, pilihan & kata dua dlm membuat keputusan, bukan dikongkong & dipaksa mereka menuruti segala hingga mereka berasa tidak berguna & jati diri mereka dipersia.

InsyaAllah adik2, dlm proses belajar & mengajar ini kita akan diajar dengan banyak perkara. Kita akan disentap & terkesima dgn perkara2 yg diluar jangka. Kita juga akan berusaha memperbaiki & mempersiapkn diri sebelum bertemu dgn mereka, sungguh itulah yg sebaiknya (",) Yg pahit akan nampak manis akhirnya, yg buruk akn tersingkap indahnya dimana. Good luck utk adik2 semua, FRIEND adalah medan yg seterusnya, group binding bersama trainers - hubungan & kekuatannya perlu diperkukuhkn selalu. Adik2, sayangi trainers adik2 & selalulh bersama mereka, jangan dibina tembok & jurang pemisah yg kelak akan menjauhkn adik2 semua drpd Inspire. Trainers yg ada hebat2 semuanya, mereka akn memberikn yg terbaik, lebih drpd apa yg adik2 duga. insyaAllah.. hehe. Percayalh adik2 telah dipilih Allah utk bersama Inspire, hati yg digerakkn ini bukan utk dipersia. InsyaAllah, memilih Inspire sbg lapangan utk adik2 menyumbang & berjasa selain sbg salah satu persatuan yg adik2 sertai di UIA ini adalah pilihan yg tepat & mengena. InsyaAllah.. bersama Inspire, adik2 akn perolehi semuanya. Ilmu & pengalaman berharga, semangat & ukhuwwah seperti sebuah keluarga. Kasih syg & kemesraan yg tumbuh & hidup dlm Inspire bukan bersifat sementara, bukan cuma ketika berprogram semata. Adik2, teruskn bersama Inspire hingga ke akhirnya. Ikhlaskn hati, perbetulkn niat bersamanya.. InsyaAllah, adik2 akn terus berada di lapangan yg sebenarnya.. (",)




ALL THE BEST!!

Tahniah utk trainers Inspire semua.. Abg Syazwan, Abg Kamil, Abg Raed, Kak Hajar, Kak ain, Kak Teha, Kak shafiyah, Kak Wani, Kak Fatin & Kak Quya. Hehe. Sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan bersama mereka di AIT disaat kewujudan sy diharapkn, selain sebenarnya AIT lah antara kemuncak yg sepatutnya perlu ada sy bersama mereka memberikn semangat & sokongan. Takdir tuhan mengatasi segala, pasti ada hikmahnya. hehe.. Apa pun alhamdulillah, berkesempatan juga mengirim ucap & pesan, sepatah dua kata utk mereka semua, 10 org trainers yg selalu ada bersama sy (",) utk abg wan, kamil, hajar, ain & adik2 semua: teha, fatin, wani, shafiyah & quya, good luck & selamat maju jaya utk kalian semua.. Kamil & Ain sbg partnernya, sudah boleh dijangka. Masin mulut sy, selalu diucap2 & akhirnya menjadi nyata. hehe. Teha & Hajar, Raed & Quya, memang mengena. Fatin & Shafiyah, pasti berbahagia & bersemangatlh adik2nya. hehe. Abg wan & wani, pasti ada serasinya di mana2. Partner trainers yg ada, pilihan yg terbaik sebenarnya utk saling melengkapi & menyempurna. Tahniah semua!!


Susah senang kalian biarlh bersama, jgn terlepas pandang pada banyak benda, jgn diletakkn tanggungjawab menjaga adik2 itu cuma dibahu seorang sahaja. Teha, shafiyah, quya, wani & fatin, akk percaya pd kemampuan adik2 semua. Akk akn selalu ada menyokong & membantu mana2 yg termampu, memberi pandangan & buah fikiran seperti selalu. InsyaAllah.. Good Luck utk semua, jaga adik2 kalian dgn sebaiknya. Teruskn perkara2 baik yg diusahakn trainers kita yg sebelumnya. Perbaiki pd sedikit kelemahan mereka pd kita yg tidak disengaja. Group binding, lunch & iftar bersama, gathering & sebagainya perlu diteruskn utk menyatukn hati2 kalian dgn mereka. Jaga adik2 dgn sebaiknya, cubalh semampunya utk selalu ada bersama mereka walau dlm kesibukan kerja. Jgn dihampakn pada permintaan & idea2 mereka. Dekati mereka, jgn diwujudkn jurang & beza, tiada istilah 'aku trainers-dia adik' yg sebenarnya x membawa ke mana & kelak bakal mengundang rasa kurang selesa pd mereka. Sayangi & hargai kewujudan & usaha mereka, kelak kalian juga akn menerima pulangan yg sama.. insyaAllah. Good Luck Trainers. All the Best!! (",)


ilham abadi: Teringat sgt pd trainer sy yg banyak berjasa, Mohd Suhairi Ismail & Izyan Farhana Zainal Azman. Terima kasih ceksu & kak yan, amanah atas kami (SYNERDINA) telah pun kalian sempurnakn dgn sebaiknya. Setahun bersama, kami dijaga dengan sebaiknya. Selalu dekat & ada bersama kami walau dlm kesibukan kerja. resah kami dipeduli & rajuk kami diperhati, tidak dibiarkn menangis sendiri. Terima kasih bwt segala2nya. Trainers yg membimbing trainers kami & seterusnya trainers kami yg membimbing kami, turun temurun dr generasi ke generasi. hehe.. RINDU trainers, SAYANG semua..

Tuesday, February 15, 2011

:: Gathering SYNERDINA ::

16/1/2011: Gathering SYNERDINA, seharian b'sama semua (kami & trainers) di Taman Tasik Perdana. Alhamdulillah, ksempatan ke-2 bwt kami smua mnikmati seharian bsma, keluar drpd tekanan & kesibukn kerja. Semester lepas di Tasik Titiwangsa, smester ini di Tasik Perdana. 2 taman rekreasi yg menjadi saksi kemesraan & kesatuan kami. Hehe.. Terima kasih bwt ceksu & kak yan ats ksudian mghabiskn seharian bsma kami smua, dr pagi smpai ke senja. Maaf kami phon drpd trainers berdua di atas sgala kekurangn & kelemahan yg wujud & ada sepanjang seharian kita b'sma.
.
..taman tasik perdana..
.Alhamdulillah, biiznillah viva hitam & putih mnjadi pgantara yg menyatukn kami di sana. Seharian yg sarat dgn 1001 mkna & rasa. Penat mmg tidak terkata, tetapi kemesraan & kebahagiaan saat bsama melentur canggung & membalut rapi keletihan yg x terkira sebelumnya.. Slot t'akhir drpd ceksu & kak yan mmberi kesan yg mndalam pd minda & jiwa, fursoh bwt kami b'suara, b'cerita & b'kongsi rasa. Sungguh x kenal maka x cinta. Semakin dlm pengenalan, smakin byk yg tidak kita ketahui sebenarnya. 'Surat cinta' memberi ruang utk kami b'kata2, menzahir penghargaan, semangat & nasihat tanpa perlu b'suara, kertas putih yg akn disimpan smpai bila2. Di sana terpahat prihatin & kasih sayang sesama kita.

..taman kancil & rusa..

..menikmati makan tengahari diperkarangan masjid negara slps solat zohor..

Seharian yg sarat dgn kenangan.. Terima kasih kpd smua yg ada b'sama kami smua. Ceksu, kak yan, kamil, afnan, teha, ain, faa, nik & bairah. x lupa juga pd yg tidak b'kesempatan hadir bsama kerana kekangan masa, kesibukan kerja & sbagainya~ asma, ayu, kina, khairina & izzah. Moga redha Allah b'sinar selalu. Mhon kasih terus melimpah, sayang terus meruah..
.
..cenderahati ingatan & kenang2an drpd kami semua buat trainers b2..

Ceksu & kak yan, terima kasih buat segala2nya. Terima kasih atas kesudian membimbing & mengasuh kami seinci erti hidup berdikari. Syukur ya Allah, memilih kami utk b'sama mereka, utk b'sama smua. Minda & jiwa kami x b'canggah dgn serasi. Mohon maaf drpd sy mewakili smua bwt segala2nya. Semakin hari semakin sayang.. Semakin mendalam rasa ukhuwwah & utuhnya kemesraan kita. Sayu hati bila mengenangkn hakikat perpisahan & kelak kita semua akn b'jauhan. Adat & hukum alam menyatakn, setiap pertemuan ada p'pisahan. B'hasrat memati & menokhtahkn perpisahan bila sedar yg sbnrnya kita sudah mnjadi semakin dekat, hati2 kita sudah pun terikat.. Yg dulu memilih utk mmbisu, kini dia lh yg rajin m'celah ini & itu. Yg dulu malu2, kini dia lh yg suka menyakat, b'seloroh x menentu. ^_- hehe.. Semester ini hampir ke penghujungnya, kelak pergi seorang demi seorg drpd kita krana tntutan hidup, keluarga & masyarat diluar sana yg lebih memerlukn kita. Mhon ingatan & kemesraan ini berpanjangan utk selama2nya. Mohon adanya penerusan & kesinambungan drpd salam & jabat pertama kita di AIT dulu.. ~RINDU trainers SAYANG semua~

:: Bernafas Kembali.. ::

Salam semua.. الحمدلله بإذن الله blog ini b'nafas semula.. hehe. Atas p'mintaan followers yg setia & sahabat2 yg lainnya, sy kembali menggagahi diri menconteng seperenggan dua cerita di laman blogger yg ada ni. Bukan sy kekeringan idea, fakta mhupun peristiwa, cuma dikekang dek masa, kesibukan kerja, program2 & sebagainya.. Apa pun, jom sy kongsikn b'sama semua peristiwa2 yg sy lalui sepanjang menyepi selama 2 bulan ini.. (",)
..
.
13/12/10: Semester 2 2010/2011 b'mula.. Alhamdulillah, cuma b'baki sesem lg sblm sy smpurna degree. Dgn 17.5 credit hour, mhon Allah m'permudahkn segala...
..
Segalanya yg b'kaitan dgn INSPIRE CLUB IIUM. Hehe.. 19/12/10 b'langsungnya program pertama Inspire utk semester ini. Annual General Meeting, p'lepasan jawatan oleh mantan board yg t'dahulu & penyerahan smula kpd board yg baru. Sgguh, amanah ini bkn hak milik tetapi anugerah. TAHNIAH & TAKZIAH utk sy & utk mereka. Tahniah atas nama rela & b'sedia, takziah atas nama t'paksa & merasakn blm tiba lg masanya. Tahniah jika tanggungjawab itu mampu dilaksanakn sebaiknya, takziah atas murka Allah, amarah & pandangan serong manusia jika amanah itu dipenuhi tidak sempurna. Apa pun, slmt b'usaha & slmt maju jaya. Ikhlaskn niat & b'lapang dada..



Seterusnya, ijtima' kubra.. Malam yg menyatukan ahli baru & lama, menyambut & mengalu2kn penyertaan baru oleh adik2 INSPIRE batch 11. Alhamdulillah, b'kesempatan mengendalikn 1 group b'sama adik2. Mendekati mereka, b'kongsi cerita bg menarik minat & meyakinkn mereka ttg INSPIRE.. Senyuman x lekang dr bibir sy, p'soalan2 yg diajukn adik2 x dipinggir b'sahaja. Alhamdulillah di atas kkuatan & kelancaran lidah yg Allah berikn pd sy, pd mereka.. (",)

..ahli baru, adik2 Inspire batch 11..


29 & 30/1/11: Training Of Trainers (TOT) diadakn, latihan & bimbingan awal yg diberikn kpd trainers2 INSPIRE CLUB IIUM seramai 9 org semuanya. Alhamdulillah, program b'jalan dgn sbaiknya & diakhiri dgn ba'iah b'serta jamuan dihari yg kedua. Apa pun, TAHNIAH drpd sy buat trainers smua~ [abg mohd syazwan, kamil khalid, ain, hajar, fatihah, shafiyah, alwani, ruqayyah & fatin]. All the best utk smua. InsyaAllah, di mana ada kesulitan & jalan buntu, disana Allah hadir utk m'bantu.. Selamat menjadi trainers yg baik, dihargai & disayangi adik2. hehe..

ilham abadi: P'kongsian ttg program2 INSPIRE blh dibaca di sini: INSPIRE CLUB. Alhamdulillah, final year yg sgt sibuk dgn pengajian & program2 tmbahan. Mhon kekuatan & semangat yg b'terusan.. Program Basic Traning Inspire utk adik2 baru batch 11 yg b'langsung ahad lepas (13/2/11) akn sy kongsikn kemudian. Pertama kali menyampaikn usrah bersama ahli2 Inspire sluruhnya lelaki & prempuan, m'bawa bab munakahat dgn topik khitbah. Wah3, hangat benar p'bincangan dgn plbagai pndapat & p'soalan. Alhamdulillah, penyampaian & p'kongsian ptama slps m'galas amanah memegang biro da'wah & tarbiyyah. Moga redha Allah b'sinar slalu..

Saturday, November 13, 2010

:: Gathering SYNERDINA ::

Sabtu 16/10/10: Gathering SYNERDINA di Taman Tasik Titiwangsa. Syukran awi2, جزاكم الله خيرا كثيرا bwt kak yan & ceksue ats kesudian mluangkn masa & hadir bsama kami smua wlupun dlm kesibukan menyempurnakn tugasan, projek & sbgainya. Terima kasih pd kamil & ain yg byk menyumbang, menyokong & membantu saya, xjemu melayani p'soalan2 & idea2 sy, ini & itu.. hehe. Terima kasih utk sahabat2 SYNERDINA semua: Kina, Teha, Jue, Ayue, Asma, Khairina, Afnan & Faa yg hadir bg menyempurnakn & memeriahkn lg gathering sEpetang SYNERDINA di Taman Tasik Titiwangsa. x dilupakn juga pd sahabat2 yg x b'kesempatn hdir bsama kita: Izzah, Nik & Bairah.. insyaALLAH bertemu & bsama lg kita d lain kali..
.
..SYNERDINA dlm kenangan..
.
..trainers: ceksue & kak yan..

Harapan kami, mhon kalian terus mnjadi trainers kami slagi mmpu kita bsama, b'temu jasad, mata b'tentang mata, selagi bisa kita b'komunikasi b'sma. Mhon maaf di atas sgala kekurangn yg ada.. kami b3 pn x menyangka, apa yg ada t'sedia memberikn kejutan pd ceksu & k.yan. hehe.. tp mmg t'pancar jelas, ketara airmuka yg sayu & terharu tu. hehe. insyaAllah.. moga ada kebaikan yg mnjadi ingatan & kenang2an yg kita bwa pulang drpd gathering kita ini..
.

Ceksue & Kak Yan, terima kasih bwt segala2nya. Pendekatan yg mengena, b'sesuaian dgn tempat & masa. Pembawakn diri yg b'sahaja, mmudahkn hati & akal kita dilentur sempurna. insyaAllah, mhon bntuan & tunjuk ajar drpd kalian yg sntiasa sudi m'bntu mai semua. Terima kasih di atas segala ksungguhan & usaha yg kalian lakukn utk sntiasa ada bsma kami, mminjamkn akal, bahu, hati & telinga wlu dlm kesibukan kerja & sbgainya. ceksu & k.yan, kami mhon sokongan, kalam semangat yg b'terusan. prhatikn kami, dekati kami, terus ada bsama kami.. Ceksue & kak yan, trima kasih bwt sgala2nya, x jemu m'berikn yg tbaik bwt kami smua. sgguh kami b'syukur & b'bahagia dipilih Allah utk b'sama kalian b2. hati x b'canggah dgn serasi, minda x lelah dgn itu & ini. x salah gerak hti kmi swktu d AIT, sgguh Allah m'dgr & m'perkenan telahan hati kami. hehe.. syukran awi2 krna slalu ada bsma kami, x mlepaskn kami pd yg lain utk pgrm2 kita sblm2 ini. ceksu: atas rasa tggungjwb, dlm kesibukn program, tugasan, ijtima' & sbgainya, msih sempat mnjengah kita sblm pgrm b'mula. wlu x dpt b'pgrm bsma, msih sudi singgah m'zahir amanah ditangga besar. hehe.. kak yan & ceksu, mninggalkn sementara tuntutn kerja yg lbih pnting sbnrnya utk hadir & ada bsma kita wlu b'baki msa cuma sehari dua . trima kasih trainers, kami amt mghrgai stiap saat & ketikanya klian bsma kami smua..Kami mohon tunjuk ajar & bantuan, sokongan & semangat yg b'terusan. Jangan dilepaskn ikatan tali pd kami yg kalian genggam slama ini..
.

Sejujurnya dr hati, kami semua b'lapang dada, blajar utk menerima ats semangat & sokongan bekalan kalian b2. Menzahir rela bila mengenangkn harapan kalian yg mesti disempurna. Niat lillahi taala, namun atas nama duniawi, kenyataan itu sedikit sebanyak menguatkn kami.. Mengenangkn kalian ceksu & kakyan, harapan & kesungguhan kalian utk melihat kami smua anak buah acuan kalian yg meneruskn agenda ini, kami menerima dgn hati yg t'buka. b'sedia utk tidak b'sedia sbnrnya..InsyaAllah bakal2 trainers, truskn apa yg tlh mrk usahakn, ulangi & teladani pndekatan yg mrk gunakn :) insyaAllah.. truskn apa yg dirasakn smpurna, p'baiki andai ada sdikit klemahn yg x disengaja.. Mhon saling ingt m'ingati, saling nasihat-menasihati pd yg t'lupa. sem hadapan.. moga kita masih dipertemukn. Tahun akhir utk saya & kamil, smester akhir utk ceksue, k.yan & khairi. SYNERDINA~ mhon tetap ada wlu kita dikekang dek masa, mgkin kesibukn kerja & sbgainya akn m'jarakkn kita. menyukarkn kita utk b'diskusi, b'kongsi & b'tentangan mata apatah lg utk b'sama.. SYNERDINA ttp ada, wlupun masing2 punya komitmen yg b'beza.
.

~Jika kita terlena dengan nikmat dunia yang sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat selama-lamanya..~

.

..sentuhan tangan drpd kami utk ceksue & kak yan..

Pada semua, mhon maaf di ats segala kelemahan & kkurangn yg ada spnjg 4 jam kebersamaan kita. Daripada segi persiapan, pengurusan masa, aktiviti, tazkirah yg mgkin berjela, makanan kek & mihun yg ada, hadiah utk trainers & sbgainya. Apa pun trima kasih smua.. atas krjasama yg diberikn b'mula drpd kesanggupan sahabat2 smua utk melupakn sementara tuntuan kerja, kesudian utk b'temu saya mninggalkn kata2 & jejak sahabat2 smua d atas hasil kerja tangan utk trainers kita yg x sberapa. Seharian yg memenatkn, menjejaki sahabat2 yg b'ada di pelbagai2 tempat.. hehe. ♥ UNTUKMU TRAINERS, TIDAK MENGAPA.. ♥ trima kasih utk smuanya..

..sharing moment, makan2..
.


..3 lelaki dlm family kami..
..kami~ sesi tukar2 hadiah..

TAHNIAH bwt keluarga SYNERDINA semua yg tlh dipilih Allah, mnjadikn mnusia sbg pgantaraNya, menganugerahi manusia ilham & ptanda mllui gerak hati & nilaian mata, menilai anda smua dgn hati & minda, utk sterusnya memilih sebahagian kita sbg mainboard & trainers utk sesi depan 2010/2011 insyaAllah.. Selamat b'usaha & b'kerja, slmt maju jaya & slmt menyempurnakn amanah itu dgn sbaik2nya bwt smua.. ~Amanah ini bkn hak milik, tetapi anugerah~ "Perbaiki dirimu kemudian serulah pd yg lain.." HAB. Tahniah & takziah utk semua. Tahniah atas nama rela & b'sedia, takziah ats nama t'pksa & merasakn blm tiba lg masanya. thniah jika tggugjawab itu mmpu dilaksanakn dgn sbaiknya, takziah atas dosa & murka Allah, amarah & pandangan serong manusia jika amanah itu dipenuhi tidak smpurna. mm.. apa pun, slmt b'usaha smua. Selamat maju jaya. Ikhlaskn niat & b'lapang dada..

..sebahagian perempuan dlm family kami..
InsyaAllah, ini hakikat yg mengikat. Sekali tangan b'jabat, selamanya kita b'sahabat. SYNERDINA~ selamanya m'jadi titik nokhtah yg menyatukn kita smua. Pahit manis kenangan sudah kita rasai b'sama. mgkin tidak spnuhnya hingga bisa ppatah melayu "bagai isi dgn kuku" diterjemah smpurna, namun memadai "cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya". insyaAllah.. :) Sahabat2 smua: percayalh, SYNERDINA tetap akan ada walau sem dpn kita punya komitmen yg berbeza. Pertemuan & kebersamaan ttp akn kita teruskn. Sekali tangan b'jabat, selamanya kita b'sahabat. Selamanya kita ttp akn b'sama. Kelak t'batas masa & jarak kita utk b'mesra & b'tentangan mata.. kita menyapa, b'sua & b'komunikasi d alam cyber. huhu. insyaAllah..
.
Gathering sem dpn akn mnjadi antara kenangan yg akn terus menyengat minda utk terus kita ingat. ingatan, kemesraan & kasih sayang, itu yg sbnrnya mengikat. Hati, jgn dibiarkn mati kerana rasa meninggi diri. Kenang smula kita yg dI AIT, ptama kali b'sua & b'tentangan mata. Terasa bagai baru semalam kita b'taaruf bsama dlm LDK slot ptama. hehe.. rindu saat itu.. ♥ insyaAllah.. x cukup cuma skali p'tmuan dlm sem hadapan, akn diusahakn berkali2 mengikut kesempatan & kelapangan. InsyaAllah :) SYNERDINA~ di sini kita b'mula. Ber'sama utk selama2nya slagi nyawa dikandung jasad. SYNERDINA ttp akn kita teruskn.. kelak smpurna degree, ssiapa yg akn b'walimah nnti jemputlh ssama ahli. insyaAllah.. :) ♥♥

Saturday, November 6, 2010

:: INSPIRE ~ Sem 1 2010/2011 ::


Salam semua.. insyaAllah, entri kali ini b'kisar tentang INSPIRE club IIUM. Satu2nya kelab yg diberikn perhatian & mndapat komitmen sepenuhnya drpd saya sepanjang kurang lebih 3 semester ini. Alhamdulillah, masa terus berlalu~ masih mampu b'tahan & b'sedia, b'lapang dada b'setuju utk terus b'sama dgnnya bagi semester2 yg seterusnya atas amanah & agenda yg dipertanggungjawabkn ke atas diri saya utk diteruskn b'sama semua. InsyaAllah, b'usaha utk menyempurnakn amanah ini dgn sebaik2nya b'bekalkn kekuatan & semangat anugerah Allah, bantuan & sokongan semua sahabat2 & senior (",)
.
Sekadar p'kongsian bersama.. Antara aktiviti2 yg telah dilaksanakn pd penghujung semester 1 2010/2011 ini.. Kenangan & pengalaman yg akn terus dikenang, sarat dgn peristiwa suka & duka, tawa & airmata. Kami beroleh kekuatan & kesempurnaan melalui kerjasama, manisnya ukhuwwah & rasa setia b'saudara, mengenal erti berusaha & tidak b'putus asa, merasai pahit manisnya p'canggahan, berbezanya pendirian seterusnya mengambil toleransi dan kebersamaan sbg penyelesaian. Hati, semakin hari semakin serasi. hehe.. Mohon kemesraan b'panjangan, ukhuwwah b'kekalan, abadan abadaa.. Gambar sbg penterjemah keadaan, cuma beberapa keping utk p'kongsian disini, selebihnya abadi di ruangan FB. insyaAllah..
.
.................................................
.
..
27/10/2010: Sesi Fotografi INSPIRE CLUB IIUM.


..B'gambar kenangan ditangga besar. Sebahagian kami~ INSPIRE batch 07,08,09 & 10.
.
..Management Board INSPIRE 2009/2010. Patah tumbuh hilang b'ganti, namun tetap x sama dgn kalian semua yg berbudi. Syukran awi2, segala amal & kebaikan akn diganjari dgn pahala & kebaikan. Jasamu dikenang..
.
..1/5 daripada bacth kami. INSPIRE batch'10..

......................................................
.
21/10/2010: INSPIRE~ Malam Jasamu Dikenang
.
.
Alhamdulillah, sempurna sudah majlis Malam Jasamu Dikenang. Terima kasih kepada semua senior & sahabat2 INSPIRE batch'10 yg hadir sama meraikannya. Majlis ini kendalian kami sepenuhnya, INSPIRE batch'10 sebagai usaha merai & menghargai senior2 INSPIRE yg bakal grad semester ini. Alhamdulillah, majlis yg diadakn seusai sempurna solat hajat & isya' berjemaah disamping, tazkirah & usrah INSPIRE ini b'langsung seperti mana yg dharapkn. Syukur pada-Nya atas anugerah kekuatan binding batch kami (INSPIRE batch'10) sehingga berjaya menganjur & mengendalikn beberapa program besar sendiri utk batch kami & ahli2 INSPIRE seluruhnya.. Terima kasih buat semua, moga ini menjadi antara nokhtah penyatuan kita semua, INSPIRE sekeluarga. insyaAllah.. (",)
.
..2 biji kek utk semua, dipotong oleh abg2 & kakak2 yg b'ada diakhir semester. Raed, Adib & Nash, rakaman video gimik yg b'jaya, meninggalkn kesan di hati & diminda semua. Tahniah! hehe..
.
..kami batch'10 yg hadir..
.
..senior INSPIRE batch 08. Terima kasih buat segala2nya..
.

Ilham Abadi: Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yg t'libat. Makanan & minuman yg memuaskn (",) Domino's Pizza, mee hoon goreng, kek dan air cocktail. Buat kakak2 & abg2 yg bakal grad semester ini, good luck & selamat maju jaya drpd kami semua.. MOhon dipermudahkn Allah segala urusan kalian semua diluar sana. Terima kasih drpd kami buat segala2nya. InsyaAllah, doa kami mengiringi tiap langkah kaki, moga b'temu lagi dilain kali. Kalian yg akn selalu kami rindui.. (",)
.
......................................................
.
.
.
25/09/2010: Retro RnD & INSPIRE Jamuan Raya
.

Bermula dgn perbentangan drpd biro RnD (Research and Development), majlis diteruskn dgn Jamuan Aidifitri INSPIRE. Terima kasih kpd Management Board INSPIRE 09/10 yg b'usaha mengadakn majlis seperti ini yg saya kira bisa menyatukn kita semua keluarga INSPIRE batch 06, 07,08,09, 10. Alhamdulillah.. sgt meriah. Dengan kuiz2 & persoalan2 yg dikemukakn sbg selingan semasa sdg menjamu selera & menikmati hidangan, koleksi lagu2 raya yg diperdengarkn, b'kumandang menghangatkn lagi suasana disamping sentuhan hiasan pd dinding2 & tema seragam raya yg dipakai semua. hehe.. terima kasih utk semua, moga redha Allah b'sinar selalu..
.
..sahabat2 lelaki INSPIRE yg hadir..
.
..kami..

..............................................................
.
.
26/09/2010: Group Binding Batch'10 bersama Trainers
.
.
Alhamdulillah, syukur atas anugerah kesempatan yg dianugerahi oleh Allah SAW utk program yg berjaya kami INSPIRE batch'10 adakn ini. Program yg b'langsung selama sehari b'tempat di Kem D'Perkasa Rebutia ini disertai seramai 36 ahli t'masuk trainers & kami sendiri batch'10. Alhamdulillah, program yg sgt menyeronokkn & objektif yg berjaya dicapai. Seharian bersama trainers, b'tujuan mengeratkn lg hubungn sesama kami selain meraikan mereka trainers kami yg berjasa. Antara aktiviti yg disertai bersama ialah: Jungle trekking, kotak beracun, explorace, tukar2 hadiah & slot bersama trainers di atas dataran air terjun antara slot terpenting sebenarnya..
.
..ahli kump 1, 2, 3 & 4 yg hadir ke program ini..

..saat2 manis antara kami & trainers yg sempat dirakamkn bersama..
.
..hadiah drpd kami yg x seberapa utk trainers yg b'jasa. Gambar diprint, diletakkn di dlm frame & diserahkn kpd presiden & trainers smua..
.
..Ayahanda presiden yg b'bahagia.. hehe.
.
Abg Umar, terima kasih buat segala2nya drpd saya mewakili INSPIRE batch'10 seluruhnya. Berbahagia bersama INSPIRE sebagai ahlinya bilamana abg umar sbg presidennya. Sangat terbuka orangnya, namun tetap pandai menjaga. Murah dengan senyuman dibibirnya, namun tetap tidak melepas pandang pada banyak benda. Mudah kami menerima segala, semudah saat kami berurusan dengannya. Abg Umar, trima kasih drpd kami adik2 batch'10 buat segala. Abg sgt banyak membantu kami semua. Patah tumbuh hilang b'ganti, namun tetap x kan sama dgn apa yg ada sebelumnya. Abg Umar, moga dipermudahkn Allah segala. Segala kesungguhan, pengorbanan, amal & kebaikan akn diganjari dgn pahala & kebaikan juga. insyaAllah.. Presiden yg sgt BAIK! Berjiwa ahli. hehe.. tiada jurang antara kita, pembawakn diri yg bersahaja, namun abg tetap dihormati semua, alasan utk abg disenangi keluarga INSPIRE seluruhnya.. (",)
.
..B'sama Ain, Fatin, Intan & Izzah..
.
..kami semua..
.
Ilham Abadi: Alhamdulillah, terima kasih diucapkn kepada semua. 1001 kenangan, 1001 pengalaman.. mhon ingatan & kemesraan berpanjangan, ukhuwwah berkekalan. Keseronokannya diluar jangka, melebihi apa yg kami bayangkn sebelum ke sana. hehe..