Friday, January 22, 2010

:: Penguasaan Pro-M Merosot di UIA ::

Penguasaan kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot apabila hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi dalam pilihan raya kampus hari ini, berbanding 20 kerusi yang dimenanginya tahun lalu.

Seorang jurucakap Pro-M memberitahu Malaysiakini, keputusan di kampus Gombak memperlihatkan kumpulannya menang dua kerusi di Fakulti Ekonomi dan Fakulti Kejuruteraan, masing-masing satu kerusi di Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan dan Fakulti Undang-undang. Lapan kerusi lagi dimenangi di kampus Kuantan.

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memberikan keputusan lengkap pengundian di kampus berkenaan "atas sebab-sebab keselamatan".

Sebanyak 29 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus kali ini - 16 di Gombak dan 13 di Kuantan. Kumpulan Pro-Aspirasi (Pro-A) pula menang empat kerusi - dua di Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi, manakala masing-masing satu kerusi di Fakulti Undang-undang dan Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan. Calon bebas pula memenangi enam kerusi di Fakulti Seni Bina dan kerusi antarabangsa.

Ditanya kenapa penguasaan Pro-M merosot berbanding tahun lalu, sumber berkata, terdapat calon yang tidak dapat giat berkempen kerana memberi tumpuan kepada peperiksaan pertengahan semester yang masih berjalan. Sehubungan itu, sumber menambah, pihaknya akan membuat bedah siasat punca kemerosotan kumpulannya dalam masa terdekat. sumber: http://www.malaysiakini.com

Wednesday, January 20, 2010

:: Allah Sayang Semua (1) ::


ilham abadi: teringat waktu nakal kecik2 dulu.. suka sgt petik daun & bunga2. habis botak pokok2 tu x b'bunga. hihi.. main jual2, jadikn daun2 yg b'beza saiz tu sbg duit. (",) mmg btul.. pokok2 yg da d sekeliling kita tu ada gunanya. bkn sekadar prhiasan utk mengindahkn prsekitaran smata.. hee..

Saturday, January 16, 2010

:: Laknat Allah ke Atasnya ::

Salam semua.. MasyaAllah.. Allahuakbar!! (http://beritamuslim.wordpress.com) saya baru menemui blog ini sbentar tadi. saya m'baca satu p'satu artikel yg ada, nyata smuanya jelas menghina ISLAM, ALLAH & baginda RASULULLAH.. Laknat Allah ke atas penulis blog ini yg saya kira terlalu berani melemparkn fitnah ke atas agama Allah (islam) ini. blog ini masih lg b'operasi, entri t'akhir penulis b'tarikh 1/1/2010.
.
"..wahai tuhan yg m'bolak-balikkn hati, tetapkanlh hati2 kami di dalam agamaMU & ke arah ketaatan kepadaMU.."
.
ilham abadi: mohon padaNYA menetapkn hati2 muslimin.. m'beri hidayah kepada musyrikin..

:: Bukan Sekadar Cinta Fitrah ::

Masa b'cinta mungkin warna sbenar pasangan kita tidak nampak ketara. Dia rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita atau kita juga rela mengikutnya. Tetapi semakin lama b'rumahtangga, maka semakin ketara kelemahan & kekurangannya. Ah, bagaimana hendak mengekalkn cinta? Apakah ia umpama bulan yg dipuja dr kejauhan tetapi botak & lopak dimata angkasawan?


Kata bijak pandai, ssuatu akn b'akhir mengikut bagaimana ia b'mula. Muqaddimah banyak menentukn natijah. Untuk mengekalkn cinta sampai ke syurga, ia mesti diperkukuh dr pangkalnya. Perkahwinan dimulakn dgn p'cintaan, tetapi disempurnakn dgn tanggungjawab. Sebab itu ramai ahli psikologi m'definasikn cinta sbg 'rasa ingin b'tanggungjawab kpd sseorang!'.
.
Janganlh hendaknya cinta dan rumahtangga dibina hanya utk memenuhi kehendak fisiologi & biologi, mengejar status sosial, atau lebih hina lg hanya utk memenuhi keperluan fizikal & material semata. Jika rumahtangga hanya dibina utk makan minum, p'lindungan, pengangkutan, seks, kawan, kesihatan & keegoan.. apa bezanya cinta kita dgn cinta haiwan? ingat kata Farabi, "cinta yg didorong utk memenuhi kehendak seks ialah cinta yg diilhamkn tuhan utk binatang!". Itulh cinta kelas dua.
.
.
Cinta yg meminggirkn cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan ujian. Cinta hanya semata2 b'asaskn fitrah adalah cinta kelas bawah. sesekali jika t'jadi p'tembungan kehendak Allah & kemahuan pasangan, yg mana satu didahulukn?Jjika didahulukn kehendak pasangan, sah cinta telah tersasar. Sesebuah keluarga tidak akn dapat b'tahan dgn perubahan fizikal. Bila wajah kendur, cinta luntur. Bila kecantikan hilang, cinta melayang. Inilah punca mengapa ramai pasangan b'pisah skalipun mereka saling cinta-mecintai. B'pisah, bukan kerana tidak cinta tetapi cinta mereka telah meminggirkn cinta Allah. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkn.. Justeru, tapak cinta itu dihati, bukan dimata. Cinta yg dibina atas dasar cinta Allah akn m'jadikn p'kahwinan sbg taman atau kebun p'cintaan. Mungkin sesekali badai melanda, tetapi atas dasar ibadah, amanah & tanggungjawab, cinta dapat dibina semula.. rumahtangga akn dipacu ke arah cinta yg selamanya, disyurga (",)
.
ilham abadi: rujukan- buku 'satu rasa dua hati' (",). sekadar mahu b'kongsi.. ia wujud d dlm sbuah p'kahwinan mahupn p'hubungan.

Friday, January 15, 2010

:: Pesan Teman (4) ::

Pernah suatu ketika sdg Rasulullah b'kumpul d dalam satu majlis b'sama para sahabat, tiba2 b'genang airmata baginda SAW. Para sahabat gelisah melihat ssuatu yg x mereka senangi d wajah Rasulullah (berduka & b'airmata). Apabila d tanya oleh saidina Abu Bakar, baginda mengatakn bahawasanya baginda trlalu merindui umatnya yg disebut sbg ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati shinggakn saidina Abu Bakar skali lagi b'tanyakn Rasulullah 'bukankh kami ini ikhwanmu?'. Rasulullah m'jawab "tidak. kamu smua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tetapi mereka ttp terus b'iman & sgt mecintaiku. aku sgt rindu utk b'temu mereka..''
.
..KITAKAH IKHWAN ITU? muhasabahlh andai kita tidak pernah sekali pun menitiskn airmata kerinduan & kecintaan kpd baginda..
.
ilham abadi: SMS yg saya trima drpd temn saya ptg td. trima kasih khair faris.. (",) mesej yg pnjg b'jela, sarat dgn mesej yg b'guna.

:: Kasih Suci ::

Silent Inspiration from Married Couple who have disabilities. But Lead Normal Life. Fatima And Ahmad married with both having disability.. Ahmad Has no both hands, and Fatima has no both feet but the couple are both strong in the field of artwork activities. (sumber: http://imamazhari.blogspot.com/)
.
Bila m'baca artikel ni, t'ingat lagu nyanyian amy mastura: kasih suci. antara liriknya..
ku terima dirimu dengan seadanya
dalam suka dalam duka
..kau tetap cahaya..
.
ilham abadi: alhamdulillah.. doa kebahagiaan bwt mreka. kita yg sma2 smpurna, mgapa tidak saling m'hargainya?

Saturday, January 9, 2010

:: Sifat Orang Cemerlang ::

  • Niat yang betul
  • Ada wawasan & matlamat
  • Sentiasa menambah ilmu
  • Perhatian terfokus
  • Daya tahan yang tinggi
  • Bersifat warak
  • Manfaatkan masa muda
  • Mengembara & mengambil pengajaran
  • Tekun & membina kerjaya
  • Sabar
  • Contohi orang yg berjaya
  • Amanah & jujur
  • Tidak berputus asa
  • Bekerja secara berpasukan

orang yg cemerlang ibarat sebuah empangan, apabila anak2 sungai dr hulu atau hilir mengalirkn air ke dalamnya, lama-kelamaan empangan itu akn penuh. maksudnya, jika kita m'hiasi hidup kita dgn sifat2 org cemerlang, diri kita juga akn menjadi cemerlang.

ilham abadi: rujukan- majalah solusi#14

Friday, January 8, 2010

:: Selamatkn Aqidah, Rungkaikn Kekeliruan ::

  • Tuntutan pihak Herald Catholic t'hadap kerajaan utk m'benarkn mereka m'gunakn kalimah ALLAH bg tujuan penerbitan bahan b'cetak 'Herald Catholic Weekly.
  • Dalam konteks masyarakat Malaysia & bangsa melayu, kalimah ALLAH b'sifat eksklusif yg hanya merujuk kpd konsep tuhan yg difahami oleh umat islam sahaja.
  • Tuntutan ke-9 Interfaith Commission (IFC) adalah org bukan Islam tidak boleh dilarang drpd m'gunakn kalimah2 suci Islam.
  • Bahasa asal alquran adalah bahasa arab manakala bahasa asal Taurat ialah bahasa hebrew, dan bahasa yg digunakn dlm Injil ialah bahasa greek. justeru, kalimah yg merujuk kpd istilah tuhan dlm terbitan Herald sepatutnya m'gunakn istilah yg diguna pakai dlm bahasa greek memandangkn kalimah ALLAH adlh pinjaman drpd bahasa arab (alQuran).
  • Isu ini b'mula pd tahun lalu berikutan tuntutan pihak gereja menggunakn kalimah ALLAH bg merujuk kpd god dlm tulisan b'kaitan ajaran kristian. mereka memohon p'gunaan kalimah ALLAH dlm beberapa akhbar spt: Catholic Weekly Herald, Catholic Sabah and Today's Catholic of Sarawak. beberapa p'kataan lain juga dituntut p'gunaannya spt kaabah merujuk kpd gereja, solat merujuk kpd sembahyang di dalam gereja & baitullah.

Pernah dulu mereka menuntut utk m'gunakn bahasa melayu utk bible mereka. kemudian menuntut m'gunakn kalimah ALLAH utk penerbitan kristian. hari ini mereka menuntut utk m'gunakn kalimah ALLAH tanpa sekatan. Seterusnya nanti mereka akn menuntut hak utk m'kristiankn org islam tanpa sekatan. akhirnya nanti entah apa lg yg akn mereka tuntut? bimbang org islam akn keliru dgn buku2 yg b'unsur kristian yg menyangka itu adalah buku2 penulisan terbitan islam.

Kalimah ALLAH dlm agama kristian bukan merujuk kpd ALLAH yg difahami umat islam. ini kerana, d dlm agama Islam kalimah ALLAH merujuk kpd tuhan yg Esa. Adapun dlm agama kristian, kalimah ALLAH merujuk kpd Trinity, iaitu konsep ketuhanan satu dlm tiga iaitu tuhan anak, tuhan bapak & roh suci. sedangkn yg sebenarnya ALLAH itu Esa, tidak beranak & tidak diperanak..

ilham abadi: sekadar p'kongsian bersama.. risalah yg saya trima semasa m'hadiri usrah KARISMA UIA semalam.

Wednesday, January 6, 2010

:: Ada Benarnya ::

..pinta mereka, itu yg terbaik utk saya..

Tuntutannya mudah bukannya payah.. cuma saya yg cepat benar melatah. menyimpulkn yg harapan mereka menyesah, terus b'keras m'pertahankn ego & hujah. Sedikit canggung utk memenuhinya, berat rasanya utk beriya bukan kerna diri sempurna.. Gah mereka dgn fikrah yg ada, sdg saya cuma b'jiwa, mentaliti saya ada khilafnya, hadafnya sama natijahnya b'beza. Sungguh rencahnya masih tidak mengena, jelas lemah & silapnya pd saya..

~usrah~ Biar mata membacanya b'kali, biar telinga dipasak x henti, ia tetap masih belum m'cukupi, dari hidup m'bawa ke mati, ilmu & ukhuwah sntiasa perlu diperbaiki.. Disini lemahnya saya, menelan dari suapan yg b'beza. niatnya sama, cuma kaedah & rencahnya b'beza, mungkin atharnya juga xkekal lama.. Kenyang saya utk sementara, sedangkn jemari mreka sntiasa b'sisa. Harapan yg mesti saya sempurna, biar belum prnah b'sua, skadar nilaian drpd cerita..

"Apabila kamu berasa letih utk m'buat kebaikan, sesungguhnya keletihan itu akn hilang dan kebaikan yg dilakukan akn terus kekal. dan sekiranya kamu b'seronok dgn dosa dan kemungkaran, maka keseronokan itu akn hilang dan dosa yg dilakukan akn terus kekal." ~saidina Ali bin Abi Talib

ilham abadi: trima kasih kerna mulai memerhati. saya b'bahagia dgn p'kembangan ini. mahu hadir lebih b'erti, cuma perlukn sedikit masa lg. insyaAllah, mhon takdir kn menyebelahi..

Tuesday, January 5, 2010

:: 4 Minggu Berlalu.. ::

Salam semua.. 4 minggu sudah pun b'lalu, meneruskn pengajian & berada d dlm semester 2 2009/2010. Alhamdulillah, skali lg d berikn kesempatan ruang & waktu utk b'kongsi cerita tntang kehidupan & pengajian saya pd smester kali ini. mm.. jadual smester ni x terlalu padat sperti smester yg lepas walaupun jumlah jam kreditnya sama 18.5. isnin & rabu cuma 2 kelas, selasa & khamis sdikit terhimpit bilamana saya harus mnyempurnakn 4 kelas drpd jm8'30-3.30ptg, rehat pd jam1-2ptg. jumaat? kelas saya d bilik. hihi.. :) oklah.. apa pun, subjek2 saya utk smester ni yg jumlah jam kreditnya 3:

intro. to political science
نظام الحكم
أدلة الأحكام 1
فقه الزكاة
فقه المواريث والأوقاف
فقه العبادات2
family management & parenting

seterusnya..


Alhamdulillah, saya d kurniakn Allah lebihan rezeki yg m'bolehkn saya memiliki lesen L & P pd semester ini, insyaAllah biiznihi. Ya, saya xpernah memikirkn nya & xprnah m'jangkakn yg saya akn mengambilnya dlm tempoh pengajian saya d UIA ni. Selalunya bila d ajukn p'soalan 'bila nk ada lesen & boleh memandu sendiri..' jawapan saya mesti bila dh b'kerja nanti. Alhamdulillah.. saya tekad & m'cekalkn hati utk semester ni. pejam mata, saya belanjakn rm600 utk menyempurnakn nya. kalaupn ada penambahan ataupn pengulangan sesi, kurang lebih cuma rm100 lg. Murahkn? alhamdulillah.. KPP telah pun saya hadiri, ujian b'komputer sudah pun saya jalani dgn 48/50 markah yg saya p'olehi.. Hujung minggu ni saya akn ke bengkel asas pemanduan pula. pernah memandu wira & honda accord pd usia 15thn, tetapi sampai ke hari ni blm pernah memandu uji mana2 kereta lagi. Doakn saya, mohon sgalanya d p'mudah.. لله تعالى saya mahu b'dikari, p'lahan2 m'perbaiki & memajukn diri..

KELAB KARISMA: UIA. target- helping problematic student. visi: to produce world leader. motto: الرهبان في الليل والفرصان في النهر, sebuah kelab mentoring & fasilitator yg saya sertai semester ni. juga b'tujuan utk memaju & m'bina keyakinan diri, saya b'usaha utk m'dapatkn nya. Alhamdulillah.. temuduga yg berjaya m'bolehkn saya meneruskn misi yg seterusnya. 2 stage yg mesti saya jalani, basic training sehari & AIT 4 hari sebelum saya secara rasmi nya d tauliahkn sbg s'org fasi kelab karisma. insyaAllah, saya akn m'berikn komitmen yg spenuhnya. ijtima' kubra yg saya hadiri tempoh hari, menyuntik semangat saya utk terus kekal berada di dalamnya..
.
ilham abadi: doakan saya terus najah.. najah fiddeen, fiddunya, wa fi akhirihi..

Friday, January 1, 2010

:: Karangan Adik Darjah 4 ::

Salam semua.. sekadar mahu b'kongsi senyuman dgn teman2 smua. Petikan ni di ambil drpd: http://wanshah87.blogspot.com/
.
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.
.
Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
.
ilham abadi: saya t'tarik dgn krangan yg ada. hihi.. kelakar. paling byk perkataan 'mati'. idea yg byk, cuma olahan yg sedikit tidak mengena. masih boleh d p'baiki. hihihi, comey..