Saturday, January 16, 2010

:: Bukan Sekadar Cinta Fitrah ::

Masa b'cinta mungkin warna sbenar pasangan kita tidak nampak ketara. Dia rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita atau kita juga rela mengikutnya. Tetapi semakin lama b'rumahtangga, maka semakin ketara kelemahan & kekurangannya. Ah, bagaimana hendak mengekalkn cinta? Apakah ia umpama bulan yg dipuja dr kejauhan tetapi botak & lopak dimata angkasawan?


Kata bijak pandai, ssuatu akn b'akhir mengikut bagaimana ia b'mula. Muqaddimah banyak menentukn natijah. Untuk mengekalkn cinta sampai ke syurga, ia mesti diperkukuh dr pangkalnya. Perkahwinan dimulakn dgn p'cintaan, tetapi disempurnakn dgn tanggungjawab. Sebab itu ramai ahli psikologi m'definasikn cinta sbg 'rasa ingin b'tanggungjawab kpd sseorang!'.
.
Janganlh hendaknya cinta dan rumahtangga dibina hanya utk memenuhi kehendak fisiologi & biologi, mengejar status sosial, atau lebih hina lg hanya utk memenuhi keperluan fizikal & material semata. Jika rumahtangga hanya dibina utk makan minum, p'lindungan, pengangkutan, seks, kawan, kesihatan & keegoan.. apa bezanya cinta kita dgn cinta haiwan? ingat kata Farabi, "cinta yg didorong utk memenuhi kehendak seks ialah cinta yg diilhamkn tuhan utk binatang!". Itulh cinta kelas dua.
.
.
Cinta yg meminggirkn cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan ujian. Cinta hanya semata2 b'asaskn fitrah adalah cinta kelas bawah. sesekali jika t'jadi p'tembungan kehendak Allah & kemahuan pasangan, yg mana satu didahulukn?Jjika didahulukn kehendak pasangan, sah cinta telah tersasar. Sesebuah keluarga tidak akn dapat b'tahan dgn perubahan fizikal. Bila wajah kendur, cinta luntur. Bila kecantikan hilang, cinta melayang. Inilah punca mengapa ramai pasangan b'pisah skalipun mereka saling cinta-mecintai. B'pisah, bukan kerana tidak cinta tetapi cinta mereka telah meminggirkn cinta Allah. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkn.. Justeru, tapak cinta itu dihati, bukan dimata. Cinta yg dibina atas dasar cinta Allah akn m'jadikn p'kahwinan sbg taman atau kebun p'cintaan. Mungkin sesekali badai melanda, tetapi atas dasar ibadah, amanah & tanggungjawab, cinta dapat dibina semula.. rumahtangga akn dipacu ke arah cinta yg selamanya, disyurga (",)
.
ilham abadi: rujukan- buku 'satu rasa dua hati' (",). sekadar mahu b'kongsi.. ia wujud d dlm sbuah p'kahwinan mahupn p'hubungan.

1 comment:

Anonymous said...

karena cinta harus memilih,...by burhan shodiq. bez buku 2..