Showing posts with label :: peristiwa ::. Show all posts
Showing posts with label :: peristiwa ::. Show all posts

Friday, November 26, 2010

:: Mabruk ya Ukhtie ::

23/11/2010: Angah berkonvokasi

Alhamdulillah, selasa lepas b'kesempatan hadir sama meraikan majlis konvokasi angah IPGM/KPLI-JQAF di Putrajaya.. Tahniah angah, mabruk ya ukhtie atas darajah mumtazah (cemerlang) yg diperolehi. Alhamdulillah, berbekalkn ketabahan, semangat & kesungguhan diri, anugerah cinta & kasih syg anak & suami, doa restu ayahanda bonda & seisi family, akhirnya sempurna sudah segala kursus, praktikum, latihan & tugasan yg mengikat & dipertanggungjawabkn atas diri kurang lebih setahun setengah lamanya..

..happy family: anak & suami yg mnjadi kekuatan, pemberi dorongan & semangat utk terus melangkah. mengenangkan mereka, semangat x mudah mengalah, ujian bukan pematah, diri jadi semakin gagah..
.
.
..kami hadir memberikn sokongan sbg penghargaan atas kejayaan & kecemerlangannya. hari bahagia, hari kejayaan & hari bermakna buatnya utk dikongsi bersama semua..

Tahniah Angah.. Moga Allah melimpahi rahmat & kasih sygNya buat seisi family. Teruskn menjadi guru yg disenangi & disayangi, paling byk menerima anugerah & hadiah bila Mei (hari lahir & hari guru) menjelmakn diri. Menjadi pendidik yg kalam & tegurannya didengari & dituruti, bila berjauhan & tiada sehari dicari2 & dirindui.. cewwah! (",) Tahniah angah, selamat maju jaya utk yg seterusnya. Terus jadi warga pendidik yg berkhemah, berdedikasi & disanjungi, lemah lembut & bertoleransi. Selamat menjadi warga pendidik yg cemerlang, gemilang & terbilang (",) warga pendidik yg berjasa, ikhlas dlm bekerja, ilmunya berterusan selagi disampai & diamalkn, ganjaran pahalanya tidak berpehentian. insyaAllah, kecemerlangan ini sbg titik mula, batu loncatan utk kejayaan & kebahagiaan yg seterusnya.. all the best utk yg seterusnya.. perangsang utk kami berjaya. hehe..

Monday, November 1, 2010

:: Aidilfitri 2010 ~ 1431H ::

Salam semua.. Kurang lebih sudah sebulan blog ini tiada sentuhan. Bukan saya kekeringan idea mahupn peristiwa, cuma dikekang dek kelapangan masa & kesibukan kerja. cewwah! (",) InsyaAllah.. mengimbau smula peristiwa, b'cerita srba sedikit ttg kisah aidilfitri kami sefamily pd tahun ini. Aidilfitri pertama kami di kulai johor, disambut cuma kami b4. Angah & family beraya di Pendang, Kedah, kak lin & family beraya di Sg Buloh, Selangor. Alhamdulillah, kemeriahan tetap kami rasai, namun mungkin sedikit berbeza drpd aidilfitri2 yg sebelumnya bila raya pertama kami bertambah serinya dgn kehadiran tetamu2 yg kurang lebih 50 org semuanya. Rakan sepejabat ibu (non-muslim) yg b'bangsa india & cina hadir ke teratak kasih kami sepanjang hari pertama aidilfitri. Terasa betul2 1 Malaysia. hehe.. Memandangkn sluruh muslimin menyambutnya, pulang ke kampung b'hari raya, ibu mnjemput rakan2 pejabatnya yg bukan Islam yg sememangnya b'cuti & x kemana2. Penat mmg penat, namun keseronoknannya tetap menyengat. Mana tidaknya, cuma saya & kakak, ibu & ayah yg memasak, menyediakan semua juadah & kelengkapan rumah (open house). Namun, hilang letihnya bila hadir mereka b'sama keluarga, habis licin smua juadah yg ada. Hadir mereka bukan tangan kosong, bsma hamper, duit raya, buah2an & buah tangan yg lainnya. Best3, sgt mewah.. Alhamdulillah, tidak b'sama keluarga yg lainnya atas rasa setia b'saudara, namun kehadiran mereka menyerikan suasana..

..Aidilfitri 2010..
.

1 Syawal: rumah terbuka, Bandar Putra Kulai, Johor.

.
..Keletahnya di pagi Aidilfitri..

..cak! gelagat majdah dlm Alza..
.
Juadah: nasi minyak, ayam masak merah, daging beriani, rendang daging, kuah lodeh, nasi impit, kuah kacang, agar-agar, tembikai & oren, air sarsi, puding buah2an, kek oren.
.
ilham abadi: terima kasih pd semua yg hadir. rakan sepejabat ibu cina & india yg hadir b'sama family, Diviya & abg2nya (adik tuisyen saya b'bangsa india), pakcik Hisyamuddin Alham & sluruh keluarga yg hadir disebelah malamnya. Syukran awi2.. insyaAllah, b'temu lg di lain kali (",)

Monday, August 9, 2010

:: Dia Pergi.. الفاتحة ::

بسم الله الرحمن الرحيم

* الحمد لله رب العالمين * الرحمن الرحيم * ملك يوم الدين
* إياك نعبد وإياك نستعين * اهدنا الصراط المستقيم
* صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

... آمين ...

1/8/2010 (Ahad): Di teratak kasih anakanda, diruang tamu rumahnya.. sekujur tubuh t'baring lesu x bermaya. Kaku, tidak lagi bernafas seperti dulu. Satu jasad mulia yg tlh diangkat rohnya, jantung & nadi ibunda yg tidak lagi berdegup dan berdenyut sepeti biasa, sesak dikelilingi kenalan & sanak saudara. nenek.. bonda kpd ayahanda t'cinta. ibu kpd 16 org cahayamata, nenek kpd lebih 100 org cucunda & moyang kpd entah berapa cicitnya. Ramai, tidak pantas mengira bilangannya. Tenang pemergiannya, lancar kalam syahadahnya, jelas mudahnya nenek melepaskan nyawa. Nenek dikafan membawa senyuman, tenang b'sahaja wajahnya seperti sdg dlm lena..

.

Nenek.. lemah lembut orgnya. senyuman, x pernah lekang dr bibirnya. kepulangan kami disambut mesra, sibuk dia mahu menyediakn segala. Setiap kali mahu pulang semula meninggalkannya, tenang dia melambai2 dr dalam jendela. Nenek.. senyum simpulnya x puas lagi dijamah mata, kata & pintanya belum jemu lagi didengar dan ditunai sempurna. Nenek pergi meninggalkn kami utk selama2nya.. Pergi menghadapNya, kembali kepada pemilik yg mencipta. Apa pun, bertuah nenek, syukur kami pada yg Esa, hari pengebumiannya dihadiri semua. Cukup, lengkap 4 tingkat keturunannya: daripada anak, cucu & cicitnya semua b'gegas pulang bersama utk menatap wajahnya yg mulia. Perginya dipermudah Allah krana hayatnya sarat amal jariah. Cerita ayah pada kami, nenek dulu guru mengaji sejak dr ayah kecil lagi. Ajar anak2 kampung mengaji, smpai ke usia senja dgn berkacamata nenek x putus lg mengaji. Nenek tukang urut, bidan kampung yg sama2 membantu melahirkn ummat Muhammad. Apa yg menarik ttg nenek, nenek ingat semua cucu2nya biarpun lebih seratus bilangannya. Setiap kali kami balik, nenek mesti b'tanya pd yg tiada. Kuat ingatannya, berkat ayat2 alquran yg x jemu dibacanya. Alhamdulillah, nenek pergi tidak meninggalkn harta yg berganda, tetapi pergi meninggalkn kami semua assetnya yg paling b'harga. InsyaAllah.. x kan putus doa & alfatihah kami utk nenek, dari generasi ke generasi yg seterusnya..

.

ilham abadi: Bukan senang nk b'gambar dgn nenek, beruntunglh mereka yg masih sempat meraikn hari bhagia mereka bersama nenek.. Ramadhan yg dirai, Syawal yg bakal mnjelang nanti, pasti terasa, hilang serinya tanpa nenek disisi. Nenek, raudhatul jannah tempat kembali. Amiin. al-fatihah~~ (Jimah binti Limat)

Saturday, July 17, 2010

:: Lembaran Baru ::

Salam semua.. Alhamdulillah, kembali smula ke Taman Ilmu & Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, meneruskan sesi pengajian yg seterusnya. 12-7-2010~ Semester 1 2010/2011 bermula. 3 minggu saya b’cuti bersama family di teratak kasih kami di kulai johor stelah smpurna mnjalani smester pendek kurang lebih 2 bln lamanya. Short semester yg berlalu, byk membekaskn memori diminda & meninggalkn jejak dihati saya. Tempohnya sesingkat 2 bulan cuma, tp plbagai perkara baru menjengah kehidupan realiti, menduga hati & pendirian diri. Apa pun alhamdulillah.. zu fikrah, zu qudrah, zu quwwah anugerah Allah. Tawa & airmata mempamer ‘ibrah, mengajar saya realiti kehidupan yg sebenarnya.
.
Sem 1 2010/2011 dgn 19 credit hour.. Alhamdulillah, walaupun sedikit berat b’banding semester2 yg sebelumnya, saya menganggapnya sbg slh satu cabaran utk diri saya. Belajar drpd mula, x mengenal erti malas & putus asa.. ma’akum najah insyaAllah.. (“,)

Tilawah (1)
Introduction to history and civilization
Fiqhul qadha'
Creative thinking & problem solving
Mabahith hukm
Ijtihad wa ifta'
Turuq istinbat hukm (1)
.
Mohon drpd Nya, mendengar luahan & memperkenan permintaan. Memberikn ketenangan pd hati, moga tidak lagi di uji dgn perkara2 yg membuatkn saya menilai & b’fikir lebih drpd sekali. Memaruti luka pd hati yg tidak pantas saya lukai, memaling sepi pd hasrat mereka yg mahu mendekati, memohon hati drpd yg tidak berhak saya miliki. Jenuh sudah menyembah rasa payah utk melupakannya. Memandang dia yg berada di depan mata drpd sudut pandangan yg berbeza mnjadikn saya seorang yg berjiwa. Mahu memperindah segala, menambah baiki baik buruknya ilmu & pekerti utk duduk sama rendah & berdiri sama tinggi dgnnya. Sekadar mencuri pandang dr sipi, membatasi pandangan kini agar tidak lagi terlalu m’kagumi.. Saya menyimpul kemahuan, mematikan angan bila pasti kesempurnaan nilaian drpd kacamata saya layaknya hanya bersifat sementara, tidak pantas utk saya memandang & menginginkannya terus berada di depan mata utk selamanya. Terima kasih ya Allah menemukan saya dgnnya, memberi kesempatan mengenali & b’komunikasi dgnnya walaupun sekejap cuma. Ukhuwwah yg saya kira cukup bermakna sarat dgn pernyataan & hakikat yg b'guna, terasa benar manisnya. Hatinya milik Allah..
.
Kalau pun bukan dirinya, saya mahukn yg sepertinya. Yg mana hati tenang setiap kali memandangnya, jiwa tidak bercanggah dgn serasi pd setiap pandangan & pndiriannya, tercetus sedar & fikir pada bait2 ayat & perwatakannya. Senang dgn cara & penampilannya sejak pandang pertama, memenuhi kemahuan & citarasa. insyaAllah, berbaki 2 semester lg sebelum sempurna degree.. Mhon kekuatan drpd Ilahi & semangat yg x henti2 utk terus berdiri. Berlari jauh drpd kenyataan yg sebelumnya utk menghampiri hakikat yg seterusnya.
.
Ilham abadi: Selamat menjalani semester baru sem1 2010/2011 buat sahabat2 semua. Bitaufiq, insyaAllah ma’anaa najah.. Ya Allah, kuatkn saya. Maafkn saya atas ujian hati ini.. Semester baru, lembaran baru.. (“,)

Monday, June 21, 2010

:: Kasih Untuk Ayah ::

:: SELAMAT HARI BAPA ::
.untuk ayah ~ Mohd Saim bin Safrin
.
.
Ayah, Abah, Walid, Abi, Abuya, Abati, Bapa, Baba & Papa.. itulah panggilan keramat anak kpd s'orang lelaki yg sudah b'keluarga. Kehebatan s'orang ayah itu tiada tandingannya. Sebut saja 'ayah'.. anak2 pasti berhati2 menjaga tingkahnya kerana ayah selalunya tegas dan penuh b'disiplin. Dalam byk p'kara, ayah hadir sbg pemutusnya. Berbanding ibu, ayah jarang menzahirkn kasih sayangnya menerusi belaian manja & pelukan mesra. Kebanyakn mereka, lebih byk brtindak drpd b'kata2. MendiamN diri, mengajar anak2 dgn perbuatan & gerak geri. Menggunakn bahasa badan sehingga anak2 m'buat telahan sendiri. Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah.. Ayah saya? yg sebaliknya. Sikap & asuhannya sedikit berbeza. InsyaAllah, akn saya kisahkn di lain masa. hihi.. (",)
.
A Dad is a person who is loving and kind,
And often he knows what you have on your mind.
He's someone who listens, suggests and defends.
A dad can be one of your very best friends!
He's proud of your triumphs, but when things go wrong,
A dad can be patient and helpful and strong
In all that you do, a dad's love plays a part.
There's always a place for him deep in your heart.
And each year that passes, you're even more glad,
More grateful and proud just to call him your dad!
Thank you, Dad.. for listening and caring,
for giving and sharing. But, especially, for just being you!
.
Ilham Abadi: 'selamat hari bapa' istimewa buat ayahanda yg t'cinta (محمد صائم بن صفرين) juga buat bapa2 d seluruh dunia. Doa saya, semoga ayah dipanjangkn usia & b'bahagia. Sebagai anak, tiada hadiah istimewa dapat saya berikn, selain doa ingatan yg b'panjangan & sebaris janji utk saya kotakn.. beraksi dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yg tidak mengecewakn, najah fiddin, fiddunya wal akhirah.. insyaAllah..

Sunday, May 16, 2010

:: 16 Mei ~ Selamat Hari Guru ::

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat..

.

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Cikgu2, Guru2, Ustaz-Ustazah, Sir- Madam, Muallim-Muallimah yg telah mendidik saya, bermula di Tabika KEMAS (93-94), Sek Ren Kebangsaan Senai (95), Sek Ren Islam Hidayah (96-00), Sek Men Islam Hidayah ( 01-05), Cenfosiium PJ (06-07), Cenfosiium Nilai (08), IIUM gombak (08-11).. Trima kasih buat segala2nya, moga redha Allah sntiasa bersama kalian smua. Doakn kejayaan & kebahagiaan kami, yg mgharapkannya.. Semua guru2 di Sek Men Teknik Gombak, Sek Kebangsaan Tanjung Lalang Temerloh Pahang, Sek Men Kebangsaan Miharja, Sek Men Kebangsaan Wangsa Maju, Sek Men Kebangsaan Gombak Setia, Sek Kebangsaan Taman Melawati & semua sekolah2 yg sempat kami INSPIRE bersama mereka.
.

ilham abadi: selamat hari guru buat semua.. ibu & ayah selaku guru prtama dlm hidup saya. x lupa buat kakak2 & abg2 ipar saya selaku pendidik yg berjasa. moga tabah hati, x berbelah bahagi. istiqamah menyampaikn ilmu angerah Ilahi. moga diberkati segala usaha kalian. sungguh ilmu itu anugerah, pinjaman drpd Allah..

Wednesday, April 28, 2010

:: Sem 3 2009/2010 ::

26/4/2010.. Semester 3 (shortsem) 2009/2010 b'mula.. Alhamdulillah, kali prtama & t'akhir menjalani semester pendek ini. Agak kecewa, cuma dpt 1 subjek sahaja walaupn prncangn asalnya 2.. rasa rugi utk menerusknnya tp saya pcaya sgala ada hikmahnya. 1 subjek dgn 3 credit hour, pasti mampu saya kuasai dgn sebaiknya, meningktkan lg CGPA yg ada. insyaAllah.. usaha, ikhtiar, doa & tawakal moga yg t'baik milik semua..

Saturday, April 10, 2010

:: Imbauan Kenangan Sem-2 2009/2010 ::

Salam semua.. Kurang lebih, 10 hari saya tidak mengemaskini blog ini. Ada peristiwa, ada bahan yg mahu dikongsikn bersama cuma kekangan masa yg x mengizinkn utk saya menerusknnya. Alhamdulillah, selesai sudah mnjalani peperiksaan akhir semester beerti sempurna sudah sem 2 2009/2010. Alhamdulillah, trima kasih kpd mereka yg terus mengikuti & xjemu b'tanyakn tntg post2 saya yg t'baru. InsyaAllah, post kali ini sekadar mahu b'cerita b'kisar tentang peristiwa/pengalaman/perkara2 yg b'laku sepanjang sem-2 2009/2010 (disember'09-april'10) yg lalu..

- [16.2.10] Ayah mula b'tugas di kemaman, terengganu.
- [3.1.10] Abg munir mula b'tugas di SMK Permas Jaya.
- Alhamdulillah, keberkatan hidup yg dicari, Allah mengurniakn lebihan rezeki utk disyukuri bwt mereka (angah sekeluarga), hidup jadi b'tambah mudah & sempurna..
.
- [17.1.10] Bersama meraikan kunjungan adik2 R2J4 SMIH ke UIA Gombak.

- [20.2.10] Berprogram di SM Teknik Gombak.
.
- [4.3.10] Birthday ibu yg ke-51, [12.4.10] Birthday ayah yg ke-53.

- [22.3.10] kelahiran anak buah ke-3. Abiyyu Haziq Zulqarnain.
.
- Menyertai kelab KARISMA, sebuah kelab fasilitator.
- Mengikuti basic training sehari & Advance Intensive Training 4hari 3 malam.
.

- Mengenali SynerDina. [ceksu, kamil, afnan, kak yan, asma, ain, nik, jue, ayu, khairina, faa, kina, teha, bai]

. - 1 Dekat berlalu, kelab KARISMA diperbaharui & dikenali sbg kelab INSPIRE.

- 1 semester, sempurna lesen kereta L & P
- [3.2.10] ulangtahun kelahiran sarina, [5.2.10] selamat hari lahir ain.
- Majlis pertunangan roomate: kak nabila & abg ahmad izzuddin.

- Setelah 2thn sebilik di UIA, baru semester ini dpt b'gambar bsma..

ilham abadi: terlalu byk peristiwa, ada yg x saya cerita. cinta? moga Allah p'mudahkn segala. thn dpn thn yg ke-3 d bumi uia, juga tahun yg t'akhir bwt saya. Mhon Allah p'mudahkn sgala apa yg direncana..

Monday, March 22, 2010

:: Fatrah Imtihan ::

Fatrah imtihan UIAM semester 2 2009/2010 bermula..
(26/3/10) الفقه العبادات 2
(27/3/10) نظام الحكم الإسلامي
(31/3/10) أدلة الأحكام 1
(1/4/10) introduction to political science
(4/4/10) الفقه المواريث والأوقاف
(الفقه الزكاة (10/4/6
(7/4/10) test JPJ

.
Buat semua teman2 yg sdg & bakal m'jalani peperiksaan akhir semester 2009/2010 ini, t'utamanya buat saudara-mara & kenalan2 saya walau d mana pun mereka berada.. Selamat m'duduki imtihan akhir semester ini, moga najah selalu. D mana ada kemahuan, d situ Allah bukaN jalan. KuatN semangat, bulatN tekad. Mg Allah p'mudahN sgala urusan. TerusN m'ulangkaji, ciptaN kecemerlangan skali lg..
.
Buat smua yg memanah doa & ingatn saya mlalui SMS & suara.. walau x b'sua muka, kemesraan x t'gambar d ruang mata, bayangan & ingatn takN pernah mati, doa & harapan m'iringi langkah kaki.. selagi ada RINDU d hati, selagi itu KASIH b'semi. Good Luck semua, utk ssiapa shaja yg mengenali & menembak doa saya. Saya sntiasa m'doaN yg t'baik utk teman2 smua. Mg najah selalu.. najah fiddin, fiddunya wal akhirah. amiin.. ~moga redha Allah b'sinar selalu~

Sunday, March 21, 2010

:: Final Exam UIAM ::

..24/3 -- 8/4..

Tuesday, January 5, 2010

:: 4 Minggu Berlalu.. ::

Salam semua.. 4 minggu sudah pun b'lalu, meneruskn pengajian & berada d dlm semester 2 2009/2010. Alhamdulillah, skali lg d berikn kesempatan ruang & waktu utk b'kongsi cerita tntang kehidupan & pengajian saya pd smester kali ini. mm.. jadual smester ni x terlalu padat sperti smester yg lepas walaupun jumlah jam kreditnya sama 18.5. isnin & rabu cuma 2 kelas, selasa & khamis sdikit terhimpit bilamana saya harus mnyempurnakn 4 kelas drpd jm8'30-3.30ptg, rehat pd jam1-2ptg. jumaat? kelas saya d bilik. hihi.. :) oklah.. apa pun, subjek2 saya utk smester ni yg jumlah jam kreditnya 3:

intro. to political science
نظام الحكم
أدلة الأحكام 1
فقه الزكاة
فقه المواريث والأوقاف
فقه العبادات2
family management & parenting

seterusnya..


Alhamdulillah, saya d kurniakn Allah lebihan rezeki yg m'bolehkn saya memiliki lesen L & P pd semester ini, insyaAllah biiznihi. Ya, saya xpernah memikirkn nya & xprnah m'jangkakn yg saya akn mengambilnya dlm tempoh pengajian saya d UIA ni. Selalunya bila d ajukn p'soalan 'bila nk ada lesen & boleh memandu sendiri..' jawapan saya mesti bila dh b'kerja nanti. Alhamdulillah.. saya tekad & m'cekalkn hati utk semester ni. pejam mata, saya belanjakn rm600 utk menyempurnakn nya. kalaupn ada penambahan ataupn pengulangan sesi, kurang lebih cuma rm100 lg. Murahkn? alhamdulillah.. KPP telah pun saya hadiri, ujian b'komputer sudah pun saya jalani dgn 48/50 markah yg saya p'olehi.. Hujung minggu ni saya akn ke bengkel asas pemanduan pula. pernah memandu wira & honda accord pd usia 15thn, tetapi sampai ke hari ni blm pernah memandu uji mana2 kereta lagi. Doakn saya, mohon sgalanya d p'mudah.. لله تعالى saya mahu b'dikari, p'lahan2 m'perbaiki & memajukn diri..

KELAB KARISMA: UIA. target- helping problematic student. visi: to produce world leader. motto: الرهبان في الليل والفرصان في النهر, sebuah kelab mentoring & fasilitator yg saya sertai semester ni. juga b'tujuan utk memaju & m'bina keyakinan diri, saya b'usaha utk m'dapatkn nya. Alhamdulillah.. temuduga yg berjaya m'bolehkn saya meneruskn misi yg seterusnya. 2 stage yg mesti saya jalani, basic training sehari & AIT 4 hari sebelum saya secara rasmi nya d tauliahkn sbg s'org fasi kelab karisma. insyaAllah, saya akn m'berikn komitmen yg spenuhnya. ijtima' kubra yg saya hadiri tempoh hari, menyuntik semangat saya utk terus kekal berada di dalamnya..
.
ilham abadi: doakan saya terus najah.. najah fiddeen, fiddunya, wa fi akhirihi..

Thursday, November 19, 2009

:: Sempurna.. ::

Alhamdulillah, b'akhir krtas yg t'akhir (fiqh usrah) ptg td,b'mkna smpurnalh sudah smester 1 2009/2010 ni.. selamat b'cuti utk teman2 smua, moga b'temu lg disember nanti..
20/11-4/12.. saya di bandar putra kulai, johor.
7/12.. smester 2 2009/2010 b'mula.

Tuesday, November 3, 2009

:: Fatrah Imtihan ::

Salam semua.. fatrah imtihan sudah pun b'mula..

31/10- leadership and management (presentation)
9/11- arabic for islamic studies (arabic)
11/11- islamic ethics (arabic)
14/11- fiqh ibadah 1 (arabic)
14/11- fiqh jinayat (arabic)
15/11- usul fiqh al-islami (arabic)
19/11- fiqh usrah al-islamiyyah (arabic)
.
.
Buat semua teman2 yg sdg & bakal m'jalani peperiksaan akhir semester 2009/2010 ini, t'utamanya buat saudara-mara & kenalan2 saya walau d mana pun mereka berada.. Selamat m'duduki imtihan akhir smester ini, moga najah selalu. D mana ada kemahuan, d situ Allah bukaN jalan. KuatN semangat, bulatN tekad. Mg Allah p'mudahN sgala urusan. TerusN m'ulangkaji, ciptaN kecemerlangan skali lg..
.
Buat smua yg memanah doa & ingatn saya mlalui SMS & suara.. walau x b'sua muka, kemesraan x t'gambar d ruang mata, bayangan & ingatn takN pernah mati, doa & harapan m'iringi langkah kaki.. selagi ada RINDU d hati, selagi itu KASIH b'semi. Good Luck semua, utk ssiapa shaja yg mengenali & menembak doa saya. Saya sntiasa m'doaN yg t'baik utk teman2 smua. Mg najah selalu.. najah fiddin, fiddunya wal akhirah. amiin.. ~moga redha Allah b'sinar selalu~

Monday, October 5, 2009

:: Lebaran 2009 ::

Salam semua.. hari ni syawal yg ke-16. masih dlm mood raya. walaupn isnin-jumaat saya ke kuliyyah seperti biasa, sabtu & ahad ttp digunakn dgn sbaik2nya utk m'ziarahi saudara mara & jiran tetangga. rasanya masih blm t'lewat lg utk saya ucapkn SALAM AIDILFITRI maaf zahir & batin bwt smua yg mengenali saya..

Aidilfitri 2009, disambut sperti biasa. cuma thn ni sdikit istimewa, dgn kehadirannya mraikn syawal yg prtama. Majdah safiyyah, anak buah yg ke2.. hadirnya menyerikn lg aidilfitri kami pd thn ini..
.

..majdah~1thn..

..juadah d pg raya..

..d rumah kulai, bandar putra..

..ayah & ibu..

..kami.. (saya yg sgt suka t'pejam mata bl b'gmbr)

..family angah & abg munir..

..majdah & abg munir d kedai gambar..

..ibu & kakla d rumah kundang,selangor..
.

Kepulangan yg dinanti, langsung tidak m'beri erti.. penantian di aidilfitri, tetap tidak membuahkn kepuasan dihati.. namun aidilfitri ttp kami raikn penuh ceria. tiada lg linangan airmata, walau msih b'sisa luka & rajuk dihati smua. Jenuh sudah menyembah rasa. Bwt mrk yg xkunjung tiba, smoga b'bahagia.. kami boleh terus b'diri, terus melangkah penuh b'erti, namun kenangilh jiwa bonda & ayahanda, jgn dinafikn hak mreka utk b'terusan dlm bahagia. Kami tidak m'harapkn apa2, cuma m'dambakn cebisan kebahagiaan yg slamanya. Biarpun cuma belahan & sisanya shaja. biar kepulangan hanya skejap cuma, tapi pulang utk slama2nya.. bkn hadir sejam cuma, m'hilang lebih stahun lamanya. aidilfitri yg seterusnya, mg menatang jnji kebahagiaan bwt kita. bwt mreka yg x kunjung tiba, smpai bila?

ilham abadi: salam aidilfitri.. moga hadir nya lg m'bawa erti

Sunday, August 2, 2009

:: Sem1 09/10 bermula ::


3 minggu sudah pn berlalu.. Rasanya, masih blm t’lambat utk saya ucapN selamat m’jalani semester yg baru sem1 09/10 bwt teman2 UIA smua. Dh lama entry ni nk saya publishN, s’awal hari p1 semester ini b’mula. Namun, ksempitan masa x m’izinN utk entry ini saya sempurnaN.. apa pun, thn ni merupakn thn ke-2 pengajian saya d Taman Ilmu & Budi, IIUM gombak ni dlm bidang Ilmu Wahyu & Warisan Islam dgn pgkhususan feqh & usul feqh. Alhamdulillah, semester yg b’lalu sudah saya jalani dgn jayanya b’bekalN kesungguhan & ketabahan, kekuatan semangat & kesihatan anugerah drpd yg Maha Esa. InsyaAllah, saya akn menerusknnya d samping usaha & doa yg b’lipat ganda utk saya menyempurnaN pengajian saya kurang drpd tempoh yg sepatutnya. 4-5thn yg d jangka, cb saya smpurnaN kurang lebih 3/3thn stengah cuma. insyaAllah.. teman2, doaN saya najah & terus tabah memandangN stiap semester mehnahnya berbeza..
.
Ramai teman2 yg b’tanyaN tntg perancangan hidup saya d masa hadapan. Sekadar melemparN snyuman, dgn ringkas m’beriN jawapan: ‘‘biarlah takdir yg menentukn d smping usaha yg b’terusan’’.. apa pn d sini cb saya garisN.. ..
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ..Jodoh? Biarlh takdir tuhan yg menentukan. X mahu lg menyulam angan mahupun b’terusan mletakN harapan..
.
ilham abadi: doaN saya terus najah, terus tabah b'depan mehnah.

Thursday, July 9, 2009

:: Sempurna.. ::

Alhamdulillah.. tepat jm10 mlm td, b'akhir sudah tugasan saya sbg guru tuisyen d rumah. 3 bln yg pergi, sekurang2nya cuti saya terisi. Alhamdulillah, ilmu yg sedikit telah saya agihN smpurna. B'bekalN semangat & kesungguhan yg t'pancar drpd wajah adik2 saya, saya m'gagahi diri utk menyempurnaN amanah ini meskipun keletihan saban hari. dengan waktu belajar & subjek yg ditentuN sndiri oleh mereka, dgn kehadiran yg xtentu masa, kdgkala hadir lebih awl & kadangkala lewat drpd yg sepatutnya, m'buatN ada ketikanya malas m'jamu perasaan saya & lemah m'huni semangat saya.
.
Bermula dgn bena yg d gantung di teratak kasih kami, kesedaran ibubapa ttg peri pentingnya prestasi, panggilan telefon & p'mintaan ibubapa yg b'tubi2, saya menyempunaN amanah ini. Cuma rm5 utk 1jam, tmpuan & penyampaian terus scara p'seorangan, suasana belajar d rumah yg santai & tiada tekanan, m'buatN kelas ini m'dapat smbutan. Permintaan yg hadir b'tubi2, namun xmampu dipenuhi kesemuanya lantaran waktu yg tidak m'izinN. Saya yg cuma b'seorangan, p'mintaan subjek yg b'lainan dgn wktu & usia yg tiada persamaan, tmpuan sepenuhnya yg diperluN.. Setiap hari b'mula pg & ptg m'bawa ke malam. Isnin hingga jumaat, cuma sabtu & ahad saya berehat. bahasa melayu, math & sains, kajian tempatan, bahasa inggeris, b.arab, iqra' & alquran telah saya smpurnaN.
..
Alhamdulillah, dlm wktu yg singkt cuma sempat 3bln b'sama saya, saya ttp m'harapN kefahaman yg sepenuhnya drpd adik2 saya. Adik2 akak.. Moga najah selalu. Adik2 yg akn m'duduki peperiksaan UPSR pd tahun ni, buat yg t'baik. Mg Allah p'mudahN segala. Cuma ada 2 bln saja lg utk adik2 b'sedia. Adik2 yg lain, terusN blajar & m'ulangkaji. TerusN mengaji, alquran mesti selalu dihati, titikan sntiasa ayat2 ini. Mhon ampun & maaf buat segala salah & silap, kekurangan & kelemahan drpd segi penyampaian & penilaian. InsyaAllah, ada kesempatan b'cuti akk akn hubungi adik2 akk smula. Kita akn bertemu smula & adik2 smua akn akk ajar sperti biasa. Moga najah selalu. insyaAllah.. doa akk sntiasa m'iringi tiap langkah kaki..

ilham abadi: x b'kesempatan b'gambar b'sama mereka2. nantilh beli camera & handphone sendiri. heee..

Saturday, June 20, 2009

:: Selamat Hari Bapa ::

Alhamdulillah, saya skali lg d kurniaN kesempatan utk menulisN sesuatu sempena m'peringati hari yg istimewa ini. 21 Jun Hari Bapa, sedikit t'awal drpd tanggal yg sbenarnya. Ayah, abi, bapa, baba, abah, abuya, abati, & papa.. itulah panggilan keramat anak kepada s'orang lelaki yang sudah b'keluarga. Kehebatan s'orang ayah itu tiada tandingannya. Sebut saja 'ayah'.. anak2 pasti berhati-hati m'jaga tingkahnya kerana ayah selalunya tegas dan penuh b'disiplin. Dalam byk p'kara, ayah hadir sbg pemutusnya. B'banding ibu, ayah jarang m'zahirN kasih-sayangnya menerusi belaian manja & pelukan mesra. kebanyakan ayah, lebih byk b'tindak drpd b'kata2. MendiamN diri, mengajar anak2 dgn perbuatan & gerak geri. MenggunaN bahasa badan sehingga anak2 m'buat telahan sendiri. Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah..
.

Sempena Hari Bapa (yg ke-27 utk ayah), saya mengucapN 'selamat hari bapa' istimewa buat ayahanda yg t'cinta Mohd Saim b. Safrin. 21thn mengenalinya.. masih belum puas saya gambarN betapa istimewanya dia d hati semua. Doa saya, semoga ayah d panjangN usia & b'bahagia. Sbg anak, tiada hadiah istimewa dpt saya beriN, selain doa ingatan yg b'panjangan & sebaris janji utk saya kotaN.. beraksi d pentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewaN, najah fiddin, fiddunya wal akhirah.. insyaAllah..
.
ilham abadi: selamat hari bapa. wawa saaaayang ayah!! heee..

Saturday, May 16, 2009

:: Selamat Hari Guru ::



16 mei: selamat hari guru saya ucapN kpd smua wrga pndidik d sluruh Malaysia.. <t'masuklah abg munir & angah, kak lin & abg zul> t'utamanya kpd guru2 saya, ibu, ustaz & ustazah, cikgu2, mdm & sir yg pernah m'didik saya. Mengenang smula guru2 saya, ketika mula2 b'tatih, kali pertama menyandang beg d bahu, seterusnya ke bangku sekolah rendah & menengah, melangkah ke bumi CENFOS iium PJ & Nilai, seterusnya kini d main campus IIUM Gombak..
"..Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.."

ilham abadi: ..selamat hari guru, terima kasih buat segala2nya. mg redha Allah b'sinar slalu.. d kesempatan yg t'sedia, cuba saya titipN smula nama2 mereka yg b'jasa. sedihnya.. slesai mengerah minda utk mengingati smula nama2 mreka & m'barisN kesemuanya, dr mula b'tatih hinggalh ke dewasa, post tu hilang entah ke mana, xb'kesempatan utk saya merakamNnya. aduh.. line d sini sdikit x menyebelahi. :(
.................................................................................
>> ucapan happy teacher's day saya trima drpd s'org adik tuisyen saya. pelajar prempuan b'bangsa india, drjah6. so sweet.. (",) lama betul dia genggam jemari saya. ngee... hihi.

Sunday, May 10, 2009

:: Selamat Hari Ibu ::

SELAMAT HARI IBU.. buat smua- [ibu,mama,mak,ummi,mami] & yg sewaktu dgnnya. tiada detik yg paling b'makna & manis utk d kenang bagi seorang wanita, melainN ketika saatnya b'gelar isteri & ibu, punya keluarga & cahaya mata.. hadirnya melengkapN rasa, lahirnya bawa sempurna. tiada lain yg d harapNnya drpd s'org anak melainN segunung kasih, p'hatian, kejayaan & penghormatan. kemesraan yg b'panjangan & ingatan yg b'kekalan, anugerah t'indah utk d terusN.. Hari Ibu, hadirnya bukan sekali, kasih utk nya setiap hari, kucupan syg b'kali-kali.. tidak t'nilai kasihmu ibu, mencintai kami setiap waktu..

ilham abadi: Selamat hari ibu utk ibu, kak lin & angah.. terima kasih buat segalanya. kami sayang kamu!!

Tuesday, April 14, 2009

:: Cuti Panjang Bermula ::

Alhamdulillah.. b’akhir sudah suatu keadaan yg d namaN peperiksaan.. 7 madah yg tlh d tempuh, mg m’buahN kejayaan. Pengorbanan yg di semai, keterbatasan yg di canai, moga kelak bisa di tuai kecemerlangan. Apa pn yg pasti, sdikit t’kilan dgn semester ni.. Rasa suram, lapang x t’isi.. ada ktika hilang p’timbangan, x mampu b’depan dgn kmungkinan. Segalanya yg d hadapan memerluN perancangan, p’sediaan drpd peringkat permulaan.. Mehnah & tribulasi hadir silih b’ganti, mg terus tabah b’depan situasi.. Tirai sem2 2008/2009 yg b’labuh meninggalN banyak kenangan. Moga hadir lg kesempatan, segala pasti saya rakamN..

Cuti semester b'mula, 15 april- 13 julai. Selamat bercuti teman2, mg b'sama kembali julai nanti.. insyaAllah.. (",)