Monday, August 9, 2010

:: Dia Pergi.. الفاتحة ::

بسم الله الرحمن الرحيم

* الحمد لله رب العالمين * الرحمن الرحيم * ملك يوم الدين
* إياك نعبد وإياك نستعين * اهدنا الصراط المستقيم
* صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

... آمين ...

1/8/2010 (Ahad): Di teratak kasih anakanda, diruang tamu rumahnya.. sekujur tubuh t'baring lesu x bermaya. Kaku, tidak lagi bernafas seperti dulu. Satu jasad mulia yg tlh diangkat rohnya, jantung & nadi ibunda yg tidak lagi berdegup dan berdenyut sepeti biasa, sesak dikelilingi kenalan & sanak saudara. nenek.. bonda kpd ayahanda t'cinta. ibu kpd 16 org cahayamata, nenek kpd lebih 100 org cucunda & moyang kpd entah berapa cicitnya. Ramai, tidak pantas mengira bilangannya. Tenang pemergiannya, lancar kalam syahadahnya, jelas mudahnya nenek melepaskan nyawa. Nenek dikafan membawa senyuman, tenang b'sahaja wajahnya seperti sdg dlm lena..

.

Nenek.. lemah lembut orgnya. senyuman, x pernah lekang dr bibirnya. kepulangan kami disambut mesra, sibuk dia mahu menyediakn segala. Setiap kali mahu pulang semula meninggalkannya, tenang dia melambai2 dr dalam jendela. Nenek.. senyum simpulnya x puas lagi dijamah mata, kata & pintanya belum jemu lagi didengar dan ditunai sempurna. Nenek pergi meninggalkn kami utk selama2nya.. Pergi menghadapNya, kembali kepada pemilik yg mencipta. Apa pun, bertuah nenek, syukur kami pada yg Esa, hari pengebumiannya dihadiri semua. Cukup, lengkap 4 tingkat keturunannya: daripada anak, cucu & cicitnya semua b'gegas pulang bersama utk menatap wajahnya yg mulia. Perginya dipermudah Allah krana hayatnya sarat amal jariah. Cerita ayah pada kami, nenek dulu guru mengaji sejak dr ayah kecil lagi. Ajar anak2 kampung mengaji, smpai ke usia senja dgn berkacamata nenek x putus lg mengaji. Nenek tukang urut, bidan kampung yg sama2 membantu melahirkn ummat Muhammad. Apa yg menarik ttg nenek, nenek ingat semua cucu2nya biarpun lebih seratus bilangannya. Setiap kali kami balik, nenek mesti b'tanya pd yg tiada. Kuat ingatannya, berkat ayat2 alquran yg x jemu dibacanya. Alhamdulillah, nenek pergi tidak meninggalkn harta yg berganda, tetapi pergi meninggalkn kami semua assetnya yg paling b'harga. InsyaAllah.. x kan putus doa & alfatihah kami utk nenek, dari generasi ke generasi yg seterusnya..

.

ilham abadi: Bukan senang nk b'gambar dgn nenek, beruntunglh mereka yg masih sempat meraikn hari bhagia mereka bersama nenek.. Ramadhan yg dirai, Syawal yg bakal mnjelang nanti, pasti terasa, hilang serinya tanpa nenek disisi. Nenek, raudhatul jannah tempat kembali. Amiin. al-fatihah~~ (Jimah binti Limat)

No comments: