Wednesday, August 25, 2010

:: Saya Bukan Budak Hingusan ::

Menenang hati .. merendah emosi
Jauh pandangan dilempar ke luar jendela
Mata dipejam, nafas dihela dalam-dalam
Minda pantas berputar mengenang kisah silam

November 2006..
Masih segar kenyataan dlm ingatan
Kemas berbekas kenangan dlm lipatan
Terngiang2 perkataan
Jelas terbayang tingkah & perbuatan
Cacian & herdikan masih lagi kedengaran..


Angkuhnya nilaian mereka
Menongkat kaki, memandang cuma ekor mata
Bersilih ganti menunjuk taringnya
Mengata kami sesedap rasa
Bagaikn kami x beribu x berbapa
Hebat sangatkah mereka?
Benar sungguhkah kata & tindakan mereka?
Sempurna sangatkh didikan & kasih sayang mereka?
Mahu dihormati & dipandang mulia
Namun tidak menghormati, menilai membabi buta
Cuma sedikit penghormatan utk mereka
Lantaran usia kita yg jauh berbeza.

Ibarat pepatah.. tempat jatuh lagi dikenang.
Hati.. bagai dihiris dgn belati.
Parut lukanya sungguh merengsa
Buat saya berduka, rasa tidak selesa
Resah.. gundah gulana.
Kosong.. terasa bisa yg menjerut dada

Besar sangatkah salahnya
Bercanggah benarkah pernyataan yg ada
Kaedah penyampaiankh yg tidak mengena
atau cara penerimaan & pemahaman kita yg b'beza
Hingga kami dipandang sebelah mata
Dilontar kalam yg tidak sepatutnya
Dibiarkn longlai terkulai menghadam segala
Pada andaian & pernyataan lampau yg kini menjadi nyata.
.
Bukan berdendam
Apatah lagi mahu berdiam
Cuma berhasrat menjernihkn kalam
Segalanya.. bukan hanya lintasan yg bersifat sementara
Tetapi berlangsung & berlanjutan tiada hujungnya
Bersimpuh selesa menghuni minda
Bersahaja.. payah utk dilenyap sempurna.
.

2006, 18 tahun cuma pada angka
2010, menginjak ke usia 22
4 tahun berlalu..
Allah membantu x kenal jemu
Mengurnia kekuatan pada hati2 yg perlu
Mengagih kesempurnaan hidup pada yg mahu

Saya bukan lagi budak hingusan
Yang mudah diterjemah tingkah & perkataan
Mengiya dan merelakan apa jua tindakan
Berfikiran cetek, tidak memandang persekitaran
Pembuktian sudah ada
Jelas terbentang didepan mata

Kami punya hati, punyai harga diri
Diam kami bukan berdendam
Mengalah bukan beerti kalah
Menanti detik & ketikanya
Andai masih ada ruang & setia bersaudara
Untuk berdepan, bersemuka b'tentangan mata
Lapang dada kami utk berdepan semua sengketa.
Luas akal kami untuk menjawab semula hujah mereka


Saat ini pada nilaian mata
Allah sedang mengembalikn semula kalam mereka
Allah memulangkan herdikan & cacian mereka
Allah menguji mereka tanpa mereka menyangka
Dalam bahagia, mereka sebenarnya terlepas pandang banyak benda
Kehidupan mereka baru sahaja bermula
Baru mahu mengorak langkah utk berjaya
Sungguh Dia maha mengetahui segala..

Yang ada, jangan cuma mengangguk & memejamkn mata
Melihat dgn mata, menilai dengan hati & minda
Bukan sekadar mendengar & mengiyakan segala
Menurut, tidak memikirkn baik buruknya
Dewasa cuma pada angka & usia
Tidak pada kematangan & mendalam nilai kemanusiaannya
Menilai cuma pada hati yg tidak ketentuan rasanya
Ibarat lalang yg ditiup hilang arah lentoknya
Tidak pada realiti yg menjawab & memperjelas segala..

2006.. Muqaddimah pada percaturan yg diluar jangka
Titik mula kami berair mata
2010.. penyerahan sepenuhnya pada Ilahi
Yakin pada takdir & ketentuanNya
Pasti, yg kita sebenarnya sedang diuji
Percaya, bila kelak dikejutkan Allah dia dari lena
Diuji Allah dgn mehnah & airmata
Dia akan kembali berjaga
Kembali kepada hakikat yg mula-mula..

No comments: