Sunday, May 16, 2010

:: 16 Mei ~ Selamat Hari Guru ::

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat..

.

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Cikgu2, Guru2, Ustaz-Ustazah, Sir- Madam, Muallim-Muallimah yg telah mendidik saya, bermula di Tabika KEMAS (93-94), Sek Ren Kebangsaan Senai (95), Sek Ren Islam Hidayah (96-00), Sek Men Islam Hidayah ( 01-05), Cenfosiium PJ (06-07), Cenfosiium Nilai (08), IIUM gombak (08-11).. Trima kasih buat segala2nya, moga redha Allah sntiasa bersama kalian smua. Doakn kejayaan & kebahagiaan kami, yg mgharapkannya.. Semua guru2 di Sek Men Teknik Gombak, Sek Kebangsaan Tanjung Lalang Temerloh Pahang, Sek Men Kebangsaan Miharja, Sek Men Kebangsaan Wangsa Maju, Sek Men Kebangsaan Gombak Setia, Sek Kebangsaan Taman Melawati & semua sekolah2 yg sempat kami INSPIRE bersama mereka.
.

ilham abadi: selamat hari guru buat semua.. ibu & ayah selaku guru prtama dlm hidup saya. x lupa buat kakak2 & abg2 ipar saya selaku pendidik yg berjasa. moga tabah hati, x berbelah bahagi. istiqamah menyampaikn ilmu angerah Ilahi. moga diberkati segala usaha kalian. sungguh ilmu itu anugerah, pinjaman drpd Allah..

4 comments:

al-kandahlawi said...

selamt hr guru..guru kpd adik2

:: NZMS :: said...

:) hehe.. trima kasih abg hamdan..

+akufobia+ said...

selamat hari guru.

barboza said...

tanpa guru x la kita seperti skrg ni...

selamt untuk semua,,