Friday, May 14, 2010

:: INSPIRE ~ Rasukan SMK Miharja ::

Alhamdulillah, tanggal 7,8 & 9 Mei 2010 sekali lagi kesempatan Allah berikn kpd Inspire Club IIUM hadir bagi menyempurnakn undangan drpd pihak Panitia Pendidikan Islam bagi mengadakn program FRIENDS KEM MOTIVASI, AKADEMIK & SYAKHSIAH bertempat di Sek Men Kebangsaan Miharja, Cheras, Selangor. Miharja, pelajarnya majoriti b'bangsa Cina & India. Justeru, program syakhsiah seperti ini dianjurkan utk adik2 pelajar beragama Islam drpd tingkatan 1-5, seramai 80 org peserta kesemuanya, lelaki & perempuan. 3 hari 2 malam b'program di Miharja, saya sifatkn program di sini lain drpd yg lain.. Apa pun alhamdulillah, puji & syukur saya panjatkn ats kesempatan & pengalaman b'harga diberikan Allah yg diletakkan di atas bahu kami ini. Saya antara yg dipilih Allah sebenarnya utk melihat & merasai sndiri pengalaman ini bilamana DIA menggerakkn hati saya utk sama2 menyertai program ini sbg komiti & fasi, sedang sebenarnya SMK Miharja bkn utk group kami.. Bukanlh pengalaman pertama bagi saya b'ada dlm keadaan ini, tetapi pertama kali b'depan dgn histeria beramai2 seperti ini yg sgt hebat, lama, b'ulangkali & berlarutan selama 3 hari. Apa pun saya simpulkn, pengalaman di Miharja sedikit sebanyak m'buka mata & minda kami utk b'depan dgn realiti yg sebenarnya. Berdepan dgn adik2 yg pelbagai rencahnya, hadir drpd latar belakang yg berbeza, hasil drpd percaturan hidup yg diluar jangka, sedikit sebanyak menduga rasa. Menguji kematangan akal & jiwa, menilai keberkesanan pndekatan yg diguna.


Rasukan Miharja yg b'terusan.. jumaat b'mula jam 1 pg m'bawa ke subuh hari, sabtu jam 5 ptg m'bawa ke jam 10 mlm & ahad jm8'30 pagi mmbawa ke waktu kemuncaknya apabila hadir yg mulia ustaz2 drpd Darul Syifa' meredakan suasana.. Rasukan yg b'jangkitan & b'sahutan, sekali mnjengah suasana bukan b'empat atau berlima tetapi lebih drpd yg sepatutnya, xmenang tangan kami dibuatnya. Jeritan, pekikan yg merata2 benar2 menduga rasa. Keletihan, kepayahan mengawal emosi b'depan keadaan ini benar2 menguji sebenarnya. Sedikit sebanyak menyedarkn kami, membuka minda kami fasi2 b'fikir sejenak & mengukur sendiri sejauh mana kemampuan & ditahap mana diri kami. Disebalik kelemahan & kepayahan, kami memohon kekuatan.. Laungan azan, bacaan yaasin & ayat kursi x henti2 kedengaran.. Syukur ya Allah, m'beri kami semua (fasi2 & trainers) kekuatan yg luar biasa, bukan b'sifat sementara..


Alhamdulillah, meskipun program b'jalan diluar jangkaan, bukan seperti plan A atau B yg dirancangkn tetapi plan Z yg menjadi kenyataan, kami tetap menerimanya sbg kekuatan. Ujian sbg penilaian, bukan pengalaman yg menakutkn tapi insiden yg memberikn kami kekuatan. Kekuatan mental & fizikal, rohani & jiwa utk b'depan segala cabaran. Alhamdulillah, berkesempatan b'bual panjang dgn 'nya' yg saya kira sbg ketua.. Apa yg mampu saya simpulkn, 'mereka' sntiasa memerhatikn kita, sntiasa mncari ruang utk bersatu dgn manusia sekiranya kita t'lepas pandang dimana2, b'sahaja m'perlekeh & m'tertawakn amalan & peribadi manusia. 'Mereka' kafir yg dilaknat Allah, sentiasa b'usaha utk menyesatkn kita. Program ilmiah yg mahu diisi dgn amalan2 kerohanian ditentang hebat oleh 'mereka'. Amukan, rasukan yg b'maharajalela kononnya sbg peringatan supaya kami tidak meneruskannya. Segala yg berlaku ada hikmahnya, sedikit sebanyak menyedarkn & membuka mata adik2 semua yg mungkin terleka. Silap kita juga yg seolah2nya mengalukn kehadiran 'mereka', seakan2 sudi b'kawan dgn 'mereka' bila solat tidak lagi dijaga, aurat entah ke mana, akhlak diluar jangka..


Sakit badan2 yg ditendang kerana x mahu melepaskn 'mereka' , lenguh tangan2 yg memegang kerana kekuatan 'mereka' yg luar biasa, tetapi tetap b'syukur dgn kesempatan yg tersedia di depan mata. Allah maha mengetahui segala. Sedikit pahit, tetapi manisnya tetap bersisa.. Alhamdulillah, saya dpt merasa memegang mereka semua (adik2 perempuan). Drpd adik2 yg terduduk longlai kerana'nya', adik2 yg menggigil ketakutan berkhayal melayan kehadiran'nya', adik2 yg meronta kerana rasukan'nya' sehinggalah adik2 yg t'baring kaku merelakn pemergian'nya'. Alhamdulillah.. dipenghujung pertemuan kami bersama guru2 & puan pengetua, sempat mereka menyampaikn ucapan trima kasih & rasa berbangganya mereka pd kami semua. Kata pengetua, kami semua 'berisi' dlm erti kata lain x kosong dgn ilmu & kekuatan rohani. Alhamdulillah.. Mana tidaknya, kalangan guru2 perempuan seorang 2 saja yg mahu memegang mereka, xberani katanya. hehe.. Alhamdulillah, Allah sentiasa mahu menunjukkn kekuasaanNya. Alhamdulillahx3.. syukur pada Allah. Terima kasih pada semua, moga Allah terus memelihara kita.. [Adik2 sayang, puan pengetua, ustaz & ustazah, semua guru2 SMK Miharja. Ceksu, abg zizan, abg paan, abg syazwan, raed, kak dal, kak hani, kak nor & kami fasi2 inspire club batch 10 yg berjasa]. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, realiti yg benar2 terjadi..

2 comments:

al-kandahlawi said...

kena kacau..program2 cmni mmg benda2 tu suka sgt gnggu..insyaALlah korg akn lebih kuat nnti..tk semua berpeluang handle situation mcm ni kan?

:: NZMS :: said...

alhamdulillah, Allah x jemu meminjamkn kekuatanNya pada kami.. Sgala yg trjadi psti da hikmah yg t'sndiri. insyaAllah.. pengalaman yg m'beri kekuatan pd kami :)