Wednesday, April 13, 2011

:: 'Frust' dalam Bercinta ::

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini. Benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yg paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yg pernah paling kita cintai. Ramai orang yg hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai: "Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yg engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yg sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yg dicintainya.” Justeru, yg minta mati, akibat frust cinta ramai sekali. Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yg diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yg dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yg dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yg dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!). Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah, kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yg datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yg kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

.

"Ada sesuatu perkara yg kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yg kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kpd kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yg lebih mengetahui.” Kita inginkn org yg kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikn. Kita rasa dialah terbaik utk kita (u're the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita tersental lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini?.” Kita frust kerana merasakan dialah yg terbaik, tercantik, ter.. ter.. segala2nya. Sukar membayangkn ada org lain seumpama dia. Cinta diberikn seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yg terpaksa menerima nasib ini?” Harga diri org yg putus cinta slalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yg pergi (merak kayangan). Sedangkn jika masih ada iman bersemi di dada, kita masih boleh berfikir & berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dgn apa yg telah Allah tegaskn bahawa yg baik pd pandangan kita belum tentu baik dlm realitinya. Katakan, dia yg pergi itu bukan yg terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi utk org lain. Dan yg terbaik utk kita pasti datang sbg gantinya!

.
Jangan katakn kenapa aku yg kena? Jangan labelkn aku yg malang. Tetapi katakn, aku yg terpilih. Terpilih utk putus cinta dgn manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dgn Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskn utk menyambungkn. Putus cinta dgn manusia, tersambung cinta dgn Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahn, kemiskinan, kegagalan, termasuklah putus dlm bercinta. Dalam ujian kesusahan slalunya manusia lebih mudah ingatkn Allah. Alangkah indahnya jika org yg frust cinta itu kembali kpd Allah secara sihat – maksudnya, bkn sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yg sejati. Allah tidak pernah mengecewakn. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yg tidak mencintai kamu adalah sia2, menyia-nyiakan org yg mencintai kamu adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan.. siapa yg paling mencintai kita? Siapakah yg kita sia-siakan selama ini? Fikir.. Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir.. barangkali putus cinta ini adalah rahmat yg tersirat, “Allah menjemput aku utk mencintaiNya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yg sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIA lah Tuhan yg sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya utk menyambungkan cinta kepadaNya. Ketika itulah org yg frust cinta akan benar2 terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
.
Percayalah frust dlm bercinta itu satu ujian. Ujian dlm kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yg besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yg tersusun rapi utk difahami & dihayati sepanjang hayat. Frust dlm cinta jika ditakdirkn berlaku kpd anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yg dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran2 ini akn memberi panduan dan suluhan utk menjalani hidup dgn lebih tenang dan bahagia pd masa akn datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akn selalu menghadapi keadaan yg tidak menentu. Kemungkinan besar kita akn ‘frust’ berkali2. Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran2’ tertentu yg perlu difahami benar2 sblm menghadapi usia dewasa yg jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran2’ itu dan apakah cara sebaik2nya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yg mesti dijawab oleh setiap remaja. Jgn sampai pelajaran yg sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa-siswi yg terpaksa repeat akibat gagal dlm peperiksaan mereka.


Remaja adalah kelompok manusia yg sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkn alam kanak2 tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women) Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yg hendak bertukar menjadi wap, maka molekul2nya terlebih dahulu bergerak dgn cepat dan tidak menentu. Samalah dgn remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain2 elemen2 mereka sdg bergolak. Tercari2 identiti, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam2 lagi. Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi & kondisi – suka & duka, kejayaan & kegagalan, permusuhan & kasih-sayang, sempadan & teladan. Muncul pelbagai individu dgn pelbagai kelakuan & sikap. Terjadi bermacam2 peristiwa dgn membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dlm bercinta. Semua ini tidak berlaku sia2 melainkan ada ‘pelajaran’ yg dibawanya utk difahami dan dihayati. Remaja mesti dpt membaca ‘mesej’ yg dibawa oleh stiap peristiwa, individu dan keadaan yg berlaku ke ats mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali2. Sebab itu kita pernah temui org tertentu yg sntiasa berdepan dgn masalah yg sama berulangkali.


Jadi langkah pertama supaya remaja ‘lulus’ dlm pelajaran mereka ialah mereka perlu akur bahawa setiap yg berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yg mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yg baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya. Utk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakn pada diri, “apakah pelajaran yg disebalik smua itu.” Pandanglah smua yg berlaku ke ats kita ada tujuan tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yg berlaku dlm hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yg hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah sterusnya dlm apa jua situasi & masa, kita hakikatnya sdg belajar & dididik. Memang pd lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yg sdg bertindak ke ats kita tetapi sedarilah hakikatnya smua itu adalah dtg dari Allah. Smuanya berlaku dgn izin Tuhan, yg dgn itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dgn baik. Apakah sebenarnya yg menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran2 yg dtg dlm hidup kita? Tujuan utamanya ialah utk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkn justeru hidup adlh satu proses perubahan yg berterusan. Yg tidak berubah dlm hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia. Apa yg boleh kita ubah ialah diri kita sendiri.


Jadi, berubahlah mengikut haluan & kawalan kita sendiri. Jangan izinkan org lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yg menimpa tetapi kita diberi kuasa olehNya utk mentadbir diri kita. Malangnya, ramai manusia yg ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah2 ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu! Ringkasnya, ujian hidup datang dgn pelajaran, dan pelajaran itu dtg bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali2 pelajaran disampaikn, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dlm ‘sekolah’ kehidupan. Frust cinta, hakikatnya adlh ujian yg ingin merubah kita utk mula mencintaiNya.

.

Ingat, setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yg akn anda hadapi.. maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan.. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali2 menangguhkan pelajaran, nanti kita akan menangguhkan perubahan, akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan. Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dlm bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib org tua yg tidak belajar semasa mudanya! Kita perlu sedar, hidup ini bagaikn satu siri gelombang yg datang secara bergilir2. Ada ketikanya, gelombang kecil & tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar & ganas.


Tuhan menetapkan bahawa hidup manusia ada pasang surutnya. Justeru dlm kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira krn slps kegembiraan itu mgkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan krn mungkin slps itu Allah swt datangkn perkara2 yg menggembirakan. Kesedaran tntg hukum Sunnahtullah ini memberi ketenangan dlm hidup. Apabila ditimpa kesusahan, rasakn dlm hati.. Ya, slps ini akn dtg kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila dtg kesenangan, kita tetap tidak alpa. ya, slps ini akn dtg kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan & kesusahan yg abadi di dunia ini. Kehidupan adlh satu pergiliran yg berterusan.. Cabaran kita bkn utk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikn diri dlm setiap keadaan yg berubah2 itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dlm bercinta terimalah bahawa itu adlh hakikat hidup. Hidup bukanlah yg serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup! Sematkn di hati kata pujangga ini:“Sesungguhnya org yg berkali2 gagal bercinta, pd suatu saat akan bertemu jua dgn cinta sejati yg ditunggunya!”

ilham abadi: yg bernama harapan x selamanya indah, yg tersadai impian bukanlah b'erti b'akhirnya masa depan. matahari tetap ada, impian x kan basah selamanya..

1 comment:

about mie... said...

subhanallah...pkongsian yg b'manfaat bg ank2 mda cm sy...:-)