Tuesday, February 23, 2010

:: Hadiah Persahabatan ::

Terima kasih akhi Ismail Mustafa atas pmberian ini.. buku yg b'tajuk "SAKINAH sumber ketenangan & keberkatan hidup" karangan A. Ubaidillah Alias & 2 keping CD Ketika Cinta Bertasbih musim 1 & 2, khabarnya sbg tanda persahabatan b'sempena dgn tahun kelahiran saya yg ke-21 disember lalu, kemas berbalut saya terima awal februari yg lalu..


SAKINAH, sebahagiannya sudah pun sempurna saya teliti satu persatu, sarat dgn kandungan & mesej tersendiri yg perlu difahami. Masih berbaki sebahagian lagi yg saya pasti kandungannya lebih bererti. mm.. cerita Ketika Cinta Bertasbih, d muat turun drpd internet dan dimuatkn dalam 2 keping CD, b'sungguh benar akhi.. Katanya, minta saya meneliti & menghurai ringkas d ruangan ini mengenai petikan puisi ini. B'sungguh benar dia utk menyampaikannya sehinggalh cerita ini smpurna saya menontonnya.

"Sekalipun cinta telah ku huraikn & ku jelaskn panjang lebar, Namun jika cinta kudatangi, Aku jadi malu pada keteranganku sendiri, Meskipun lidahku telah mampu m'huraikan, Namun tanpa lidah, cinta t'nyata lebih tenang, Sementara pena begitu t'gesa-gesa menulis segala, Kata2 pecah b'keping, begitu sampai kpd cinta,dalam menguraikn cinta, Akal terbaring x berdaya, Bagai keldai berbaring dlm lumpur.."

Ilham abadi: trima kasih akhi atas pemberian ni.. jalan cerita yg panjang berjela, tapi cuma beberapa nokhtah sahaja yg sebenarnya akhi mahu ana mengerti. betulkn? antaranya, ayat yg di atas ni. Ana hormati pndirian akhi, namun tetap mahu m'pertahankn pendirian diri.. ^_^ trima kasih atas kesungguhan & kelainan yg cuba diberi. Syukran awi2, mhon ukhuwwah diredhai..