Saturday, September 5, 2009

:: Sahur ::

Dari 'Amru bin al'as, ssungguhnya Rasulullah SAW bersabda: [فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر] Maksudnya: "Perbezaan antara puasa kita & puasa ahli kitab ialah BERSAHUR". -HR Muslim: 1096
.
.
Kelebihan bersahur: Keberkatan pd makanan sahur. Nabi bersabda: [تسحروا فإن في السَحور بركة] Maksudnya: "Bersahurlah, sesungguhnya pd makanan sahur itu ada keberkatan". Allah & para malaikat m'doakn org yg b'sahur. [السَحور أكلة بركة فلا تدعوه ، ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء، فإن الله وملائكته يصلون على المتسحرين] Maksudnya: "Makanan sahur itu berkat, maka jgn sekali-kali kamu meninggalkannya, walaupun hanya meneguk seteguk air, sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan mereka2 yg bersahur."
.
Hukum bersahur:
Hukum bersahur adlh sunnah muakkadah. Ini berdasarN 3 qarinah:
1. Perintah Nabi supaya bersahur. [تسحروا فإن في السَحور بركة]
2. Sahur membezakan antara puasa muslimin dan ahli kitab.
[فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر]
3. Larangan Baginda drpd meninggalkn sahur. [السَحور أكلة بركة فلا تدعوه]
.
Sekiranya sdg b'kumandangnya azan, sedangN minuman masih ditangan, apa yg perlu dilakukan? Rasulullah SAW bersabda: [إذا سمع أحدكم النداء، و الإناء في يده، فلا يضعه حتى يقضي حاجته] Maksudnya: "Apabila salah s'org dr kamu tlh m'dengar azan, sedangN minuman masih ditangannya, maka janganlah dia meletakN minuman td sblm dia menunaiN hajatnya" -lihat Shahih Sunan Abi Daud: 2060
. .

.

Makanan yg terbaik utk bersahur
Rasulullah SAW bersabda: [نعم سَحور المؤمن التمر] Maksudnya: "Sebaik-baik makanan suhur mukmin itu adlh tamar." -HR Abu Daud: 2345.
Sekiranya tiada makanan, kenyang/tidak mahu makan, minumlah sekurang2nya seteguk air. Apakah kita tidak menginginN keberkatan serta doa drpd Allah & para malaikat? Hadith Rasulullah SAW: [ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء] Maksudnya: "Walaupun dgn meneguk seteguk air". -HR Ahmad: 3/12 & 44, Ibnu Hibban: 3476.

Monday, August 31, 2009

:: Puasa Tanpa Solat? ::

Orang yg meninggaln solat jika ia meninggalkannya krn mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dr agama dgn sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yg murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa. Adapun jika ia meninggalkan solat krn malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya:
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.
.
Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya..” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).
.
Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah.

Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, ia tidak diterima..
.
Ilham abadi: sekadar ilmu yg mahu d kongsi. slama ini sekadar memerhati, tiba masanya nnti akn saya lafazN sendiri.. mhon kekuatan dariNYA utk saya mula b'suara.

Monday, August 24, 2009

:: i 4-1-b ::

Salam semua.. memandangN saya kekeringan fakta & peristiwa, utk entri kali ini saya cuma mahu b'kongsi tentang huruf & angka ini (i 4-1-b) . i 4-1-b, di sini lh p'mulaan & pengakhiran aktiviti hidup saya stiap hari..
.
.
Ya,bilik saya di UIA Gombak utk sem1 & 2 bg sesi 2009/2010 ini. Mahallah Asiah, blok i tingkat 4 (yg paling tinggi) compartment b. apa yg nk saya kongsiN d sini.. Mahallah ni cukup selesa, paling luas utk b'sndiri, paling ramai foreigner yg menghuni. Dlm 1 bilik ada 4 compartment. Alhamdulillah, kami x b'kongsi apa2 pn melainN cermin, ruang tamu & pintu masuk bilik ni. yg memisahN kami hanyalh dinding & langsir. saya yg b'jalan kaki stiap hari dr mahallah ke kelas xkurang 20 minit, dgn bilik di tingkat 4 yg mmestiN saya menaiki 60 ank tangga stiap kali pulang ke bilik, mkn cuma skali dlm sehari, menikmati nasi b'lauk sminggu kurang lebih 4x, mcmnalh nk gemuk saya ni.. berat dr f5 cuma b'ganjak se'KG? aduhai. xpa2.. yg pnting ada buah stiap hari utk saya, xmkn nasi pn xpa :)
.
Bilik saya? Walaupn almari baju, katil & kerusi b'wrna oren, kebanyakan brg2 utama saya b'wrna biru. Cadar,sejadah,tuala,tikar,langsir, iron, smuanya biru. bangunan mahallah biru, lantai bilik kami pn biru ^_^ sbb tulah bl angah & kak ila singgah ke kamar saya, pening & rimas kata mreka (mrk mmg anti sungguh dgn wrna tu. hehe.. ) xdlh MESTI biru, cuma saya senang dgn warna tu.
.
ilham abadi: Apa pn yg psti, doaN saya terus najah utk semester ni. dugaan hadir silih b'ganti, mhon terus d tetapN hati. Tapi saya pasti, tuhan menguji xN b'henti..

Saturday, August 22, 2009

:: Ramadhan alMubarak ::


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
.
sebening air wudhu'
sesuci kalam tuhan
semerdu alunan zikrullah
seindah solat 5 waktu
setenang hati tanpa benci & dendam
jika tangan x sempat berjabat
biarlah salam saling bersahut
jika wajah x sempat bertatapan
pastikn silatulrahim saling berpaut
ramadhan yg dinanti
hadirnya pasti dirai..
.
ilham hamba: ramadhan kareem,allahu akram! smoga b'oleh rahmat, keampunan, & t'lepas drpd api neraka.

Saturday, August 8, 2009

:: Majdah 10 bulan ::

Salam semua.. dh lama rasanya saya x b'kongsi cerita ttg anak buah saya yg sorang ni. anak buah ke-2, Majdah Safiyyah Munir yg baru 10bln usianya. Majdah dh semakin m'besar, panjang. Nanti mcm tinggi je orangnya, tp xtahu m'ikut siapa. Umi & abinya? rendah2 shaja. hihi.. Majdah dh pandai duduk sndiri, merangkak pantasnya, gaya askar pn ada. dia dh kuat b'diri, dh boleh b'jalan tp masih blm blh dilepasN. Riuhnya dia.. mengikut saja stiap tingkah & kata. Stiap kali melihatN keletahnya, terasa majdah sperti prmainan bateri yg ditarik talinya & b'gerak sendiri. hihi.. lasaknya dia masyaAllah, xmengenal letih gamaknya. Stiap kali kemana2, org2 psti meneka dia "baby boy". Dah dipakaiN baju pink2 pn ttp srupa. Kesian dia.. xplh syg, bl rambut majdah & lebat & panjang nnti, mesti t'serlah 'baby girl' majdah tu. hihi..

..leka menonton 'upin & ipin'..
.

Majdah safiyyah.. Senyumannya yg paaaaling murah. Stiap kali memimpinnya b'jalan, bibirnya xlekang dgn senyuman. PegangN dia menaiki anak tangga, m'dongak memandang wajah kita smbil melemparN snyuman manja. amboi2 dia.. bangga benar dh pandai b'jalan & menaiki anak tangga. terlalu byk aksinya kalau hendak dicerita. sgt2 t'hibur & bl b'jauhan kerapkali merinduinya.. sgt2.. Majdah dh da 5 btg gigi. 3 di atas & 2 di bawah. TengokN dia mengunyah biskut tiger, amboi2.. mcm org besar gayanya. Setiap tingkahnya diiringi senyuman, stiap masa walau di mana jua dia b'ada.. terlalu murah dgn senyuman.

..balik dr nursery. boleh b'gerak sendiri x stroller tu? hihi.. cantik payung sobeghi dia :) ..

..banyaknya menan jedah..
.
ilham abadi: insyaAllah, 30septempber nanti ada post baru utk majdah lagi. nanti majdah baca lagi tau. hihi :)