Thursday, January 19, 2012

:: 2012~ Kembali Bernafas ::


Selamat Tahun Baru 2012~ Salam buat semua.. Sungguh saya amat merindui dunia blogger ini. Sudah terlalu lama saya menyepi, bukan tiada fakta mahupun peristiwa yg ingin dikongsi tetapi kekangan masa & kesibukan kerja yg kerapkali mencemburui. Alhamdulillah, kini saya kembali semula beraksi menconteng seentri dua di sini setiap hari bermula Februari nanti, insyaAllah. Kepada semua pembaca yg mengikuti blog ini, sahabat2 yg selalu bertanya khabarnya merindui cerita dan entri2 terbaru dari saya, insyaAllah blog saya tidak akan sepi dan bersawang lagi selepas ini. Hihi.. Alhamdulillah, 6 bulan yg berlalu pergi, ternyata sepi itu terisi. Terlalu banyak perkara yg berlaku selama tempoh itu. Apa pun di tahun baru, hadir bersama semangat & azam yg baru.. Moga tahun ini menatang janji kebahagiaan, tahun kemanisan bwt jiwa2 yg mengharapkn. Amiinn..

ilham abadi: Terima kasih buat pembaca & sahabat2 yg x jemu2 menjengah ke laman ini, mencuba kalau2 ada entri terbaru dari saya, amat saya hargai. Melangkah ke alam pekerjaan. Alhamdulillah, moga redha Allah bersinar selalu. Tabah hati x berbelah bagi..

Sunday, June 12, 2011

:: (G7) Sek Men Islam Hidayah ::

Penyatuan 2 jiwa~ Perkahwinan. Bersatu mereka atas nama CINTA..


Hafizul amin & kak Nur Sakinah berbahagia dgn kehadiran cinta hati mereka Fatehah. Balqis & Afif, Farhanah & suami, Maryam & Anas, Amariah & suami, Faid muzahid & isteri sedang menanti kelahiran cahayamata mereka yg pertama. Mohon dipermudah Allah segala. Buat sahabat2 yg dipilih Allah t'lebih dahulu utk berumahtangga, moga baitul muslim yg dibina b'kekalan buat selama-lamanya dlm ketenangan, cinta & kasih sayangNya. Moga redha Allah b'sinar selalu.. (",)v Siapakah yg akan menyusul nanti, mengikuti jejak mereka melangkah ke peringkat hidup yg seterusnya? insyaAllah, menanti walimah sahabat seterusnya yg mana pasangan mempelai ke2-2nya dr batch kami Januari nanti. Aamiin ya Allah, mhon dipermudah.. ^_^


..Alhamdulillah, teman sekelas, rakan sebaya yg t'lebih dulu dipilih Allah utk melangkah ke alam rumahtangga. Dianugerahi Allah nikmat bahagia, dititip tenang & redha pada jiwa mereka untuk memberi & menerima, susah & senang biarlah bersama..

---------------------------------------------------------------------------

Sebuah Pertemuan
~ Reunion. Ukhuwwah kembali terjalin dlm renung mata, sentuhan & dakapan mesra. Jauh di mata namun tetap dekat dihati semua..

[2008]
..fazlina, munirah, asma' & hanisah. setiap kali reunion & brjumpa kita mesti ada gmbar b'sama. hehe. Mun, selamat kembali & selamat berwalimah dgn pilihan hati bila tiba masanya nanti.. (",)v

[2009]

[2011]


-sabtu 28/5/2011-



..walimah Anas & Maryam Februari 2011..


ilham abadi: Ya Allah.. kami rindukn zaman sekolah. Pada setiap pertemuan, x lekang bibir kami menutur kata b'cerita, menyimpul senyum dlm dada, mengenang & membasahi semula kenangan & peristiwa. Zaman sekolah sarat dgn 1001 cerita & peristiwa. 2005~ kurang lebih 6 tahun sudah kami meninggalkannya, namun yg pasti keadaan & kemesraan dulu masih terus berulang setiap kali bertemu lagi. Ya Allah, hamba mohon peliharalh ikatan hati & p'sahabatan ini.. 5 tahun sudahpun jauh meninggalkn kami, namun kelak jangan dipisahjauhkn lagi kami hanya kerana jarak & waktu yg mencemburui. Moga segala yg telah, sedang & akn berlaku ke atas kami nanti punya manfaat & hikmah tersendiri. Dekatkn hati kami, kuatkn ingatan kami, temukn kami pada keadaan2 yg seterusnya dlm cinta kasih, dlm redha & rahmat Ilahi.

Saturday, June 11, 2011

:: Kem Kembara Nuqaba' ::

[20-22/5/2011] Alhamdulillah, dikurniai Allah nikmat sihat & sejahtera selain kelapangan dada & masa, b'kesempatan bersama 80 org adik2 peserta dlm program 3 hari 2 malam Kem Kembara Nuqaba' anjuran Badan Ukhuwah & Dakwah Islamiah (BUDI) Sek Berasrama Penuh Integrasi Gombak (SBPI), dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) & Inspire Club IIUM. Hadir sy sbg fasilitator mewakili Inspire, program latihan utk para naqib & naqibah (nuqaba') adik2 tingkatan 5 ini b'langsung sepenuhnya di UIAM Gombak.





Program 3 hari ini b'tujuan utk menggilap & membakar semangat juang adik2 utk terus cemerlang dlm memantapkn tarbiyyah di sekolah melalui usrah & seterusnya mewujudkn biah solehah selain memberi pendedahan tentang pengurusan usrah yg b'kesan. Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas kesempatan ini. Terima kasih kpd PEPIAS di atas kesudian mengadakn kolaborasi bersama kami Inspire Club IIUM seterusnya mengundang kami sbg fasilitator dlm sebuah program yg sarat dgn tarbiyyah & manfaatnya ini. Alhamdulillah, sy & 3 lagi sahabat turut sama m'bantu menyumbang tenaga & b'kongsi ilmu sekadar termampu, hadir sbg fasilitator mewakili Inspire. Syukran awi2 akhi Mohd Suhairi Ismail, adik2 Siti Juliana Latiman & Siti Razifah Khamis. X lupa juga buat abg Presiden Inspire Club IIUM Syed Kamil Syed Mohd Nasser di atas kunjungan, semangat juga dorongan yg diberikn sepanjang 3 hari b'langsungnya program ini. Moga redha Allah b'sinar selalu..


..adik2, bittaufiq ma'akum najah dlm SPM 11 ini. insyaAllah, 9 A1 & 11 A1 dlm genggaman. berjaya di dunia & di akhirat sana..


Alhamdulillah, program 3 hari yg sarat dgn ilmu & manfaat, pelentur jiwa & penguat semangat. 3 hari melalui proses pentarbiyahan diri.. Mentarbiyah & ditarbiyah Ilahi. Syukur ya Allah.. rasa gerun menjentik hati, minda di asah berkali2 saat berdepan dgn adik2 ini. Pertama kali bertentangan mata dgn anak2 ini di ADM LT, sy m'perbetulkn niat, mengumpul kekuatan & semangat. Jernih air muka, indah senyuman mereka mencermin sucinya hati & ikhlasnya jiwa mereka utk menerima & memberi sepanjang b'sama kami. Generasi baru, umat akhir zaman yg dikurniai Allah kesungguhan & semangat, pengetahuan & keyakinan yg jauh berbeza melebihi kami para fasilitator sewaktu seusia mereka. Apa pun alhamdulillah, kami memandangnya sbg suatu kelebihan, sbg cabaran utk kami menjadi lebih bersedia, menambah & memperbaiki mana2 kelemahan pd jiwa & pengetahuan yg ada..

Adik2 naqib & naqibah SBPI Gombak~ Adik2 ini adalah adik2 yg sgt hebat, adik2 yg mindanya sarat. Adik2 yg tinggi ilmunya, tetap pendiriannya, besar kesungguhannya & bersemangat waja. Bukan adik2 yg acuh tidak acuh sikapnya, tetapi adik2 yg berjiwa mulia. Bukan juga adik2 yg pemalu tetapi adik2 yg agung rasa ingin tahu, adik2 yg x jemu b'kongsi ilmu. Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas kesempatan ini. Merasakn diri sgt b'tuah, antara yg dipilih Allah bila bersama dgn adik2 ini, kesempatan utk menerima & memberi, membantu & dibantu, mengajar & diajar, membimbing & dibimbing mereka..


LDK1- Nama & trademark kumpulan dibentuk pd LDK ini. ketua dipilih secara sepakat, suara majoriti. Tenang & besar hati melihat adik2 sy, menjadi bersemangat & lebih kuat dgn penyatuan & trademark yg dibuat.. Rindu mereka, [farohee, hakim, naim, hidayat, nasirah, balqish, adilah & syafinaz] قائدالإسلام nama diberi (",) Setiap kali mengingati mereka, pasti bagai terngiang2 suara & terpandang2 diruang mata gaya mereka yg b'sahaja stiap kali diminta mempersembahkn trademark mereka..


من نحن؟

نحن خليفة الله

قائد الإسلام

ولذلك..

لا تخاف ولا تحزن

إن الله معنا

!!تكبير.. الله أكبر


illham abadi: Adik2, smoga berjaya di dunia & diakhirat sana. Moga terus istiqamah, dipelihara Allah utk terus berada pd jalan yg sebenarnya. Anak2 yg hebat & berjiwa, sayangnya kalau kelak diuji Allah ats diri mereka, dijentik rasa leka & bersenang2 dgn nikmat dunia hingga terjerumus ke lembah yg tidak sepatutnya.. Allah, peliharalh kami. Peliharalh adik2 ini..

Monday, June 6, 2011

:: Rehlah Kita ::

Salam semua.. Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi tanpa cerita & peristiwa, saya kembali menconteng seentri dua sbg perkongsian santai bersama pembaca2 semua.. :) azam sy utk hari ini, mengemaskini blog yg sudah lama tidak dikemaskini ini dgn 3 @ 4 buah entri. semoga berjaya.. hehe. Menulis ini tidak memadai cuma dgn cerita, perlu dihadirkn sekali perasaan & jiwa. Gambar sbg pengantara, pemudah cara utk sy menyusun kata. (",)

[Ahad-15 Mei 2011]: Alhamdulillah, 15 Mei 2011 berkesempatn menikmati seharian b'sama sahabat2 Inspire di Sungai Sendat, Ulu Yam. Rehlah yg dirancang di saat2 akhir, x semena2 & bersifat tiba2 ini tegar diteruskn berbekalkn semangat & kesungguhan semua. Sepetang b'kumpul & merancang, semalam b'keputusan & membuat persiapan. Alhamdulillah, Allah membantu memberi kekuatan & kecekalan, kesabaran berdepan keadaan. Seharian yg sarat dgn kenangan & kebersamaan, seharian yg bukan semata2 santai & suka2 tetapi terisi dgn pengisian & perkongsian berguna. Tandas & surau yg tersedia memudahkn lagi keperluan kami biarpun terpaksa bergilir2 & berkongsi. Alhamdulillah biiznillah.. kancil, viva & iswara menyatukn kami 4 lelaki & 10 perempuan di sana. Biarpun perjalanan yg panjang (rasa mcm x smpai2 je, hehe), terpaksa melalui tanah merah utk masuk ke dalam, rasa teruja utk menikmati seharian bersama semua di sana melenyapkn segala keluh kesah & gundah gulana dlm minda & jiwa. hehe.. Sungguh! Sungai Sendat itu cukup indah & memikat, menjadi saksi penyatuan & kata sepakat. hehe..



Terima kasih semua.. Abg Syazwan, Kamil, Hajar & ain. Adik2 syg: Raed, Teha, Jue, Ifa, Quya, Alwani, Fatin & Shafiyah, setiap saat bersama akan diingati sampai bila2 :) Abg Suhairi, terima kasih atas kesudian menghabisi seharian b'sama kami. Keletihan jelas ketara diwajahnya kerana semalaman berjaga & bersengkang mata utk menyempurnakn projek & tugasannya. Apa pun dari kami, syukran awi2.. setiap saat bersama amat kami hargai.


..Kejernihan & ketenangan di sini menggamit memori..


Alhamdulillah, lebihan rezeki anugerah Ilahi utk dikongsi. Juadah utama yg kami nikmati sepanjang seharian di sini. Ayam, daging, kentang, sosej & carrot dibakar, Coslow, kek pisang, keropok, kacang2, buahan2 & minuman sbg pelengkap hidangan kami sampai ke petang..

..adik2 yg akk sayang~ Fatin & Shafiy, ewah2. hehe..


..sahabat2 lelaki yg selalu ada bersama kami. tetap bersama dlm tawa & airmata. Susah & senang kita biarlh terus bersama selagi jelas matlamat & hadafnya. Syukur ya Allah ats pertemuan & persahabatan ini. Terima kasih ceksu, abg wan, kamil & raed atas kesempatan ini..


..1001 kenangan~ berguruh & berhujan di bawah pepohon hutan yg tinggi melampai. Alhamdulillah, hujan yg turun lebat bukan penghalang utk kami menyiapkn BBQ & hidangan utk hari itu. Ada payung, ada lebar dedaun hutan utk kami menumpang teduh :) Nikmat kasih sayang & ukhuwwah kami rasai dlm mudah & payah.


..ceksu, abg wan, kamil & raed yg gigih membina tempat utk kami berteduh. hehe.. diperbuat drpd kayu kayan hutan yg dipacakkn, tikar & surat khabar yg dibentangkn. Alhamdulillah, urusan kami dibantu & dipermudah Allah bila akhirnya diberikn ruang, berteduh kami di bawah pondok yg berhampiran.. :)


..Terima kasih semua, 1001 kenangan & peristiwa telahpun kita rasai bersama. Hampir 2tahun bersama, karisma@inspire menyatukn kita. Pahit manis kenangan & peristiwa mendewasakn kita. Moga ingatan & kemesraan ini berkekalan bwt selamanya. Walau apa pun yg di hadapan, biar mengalir air mata tak berperhentian, jangan pernah mengalah dgn pendirian. InsyaAllah, selagi punya ruang utk menerangkan, selagi ada kesempatan utk menzahirkn kenyataan, lontarkn & perbetulknlh keadaan.. Moga redha Allah b'sinar selalu.. :)

..Singgah sebentar utk menunaikn solat asar di Masjid Jamiatus Solahiah, menikmati makan malam bersama semua di deretan gerai makanan depan kubur, seterusnya menunaikn solat maghrib di masjid kampung berhampiran. Alhamdulillah..


ilham abadi: indah ukhuwwah bersulam kasih & sayang kerana Allah. Bila bertemu x jemu, bila berpisah x gelisah. (eh, gelisah kerana rindu. hehe..) Kebersamaan & kebahagiaan ini, mohon berulang lagi.

Sunday, May 1, 2011

:: INSPIRE ~ All The Best!! ::

Alhamdulillah, 18/4/2011-21/4/2011 berlangsung Advance Intensive Training utk adik2 baru, Karisma 11 @ Inspire 02. Jutaan terima kasih & syabas sy ucapkn kepada mainboard Inspire yg x jemu berusaha, barisan komiti yg bersemangat waja, senior2 Karisma @ Inspire yg hadir sama memeriahknnya, adik2 kasih & sayang ahli baru Inspire 02, juga kpd semua yg terlibat menjayakannya secara langsung mahupun sebaliknya. Alhamdulillah.. (",) Tidak berkesempatan hadir bersama semua, namun percaya AIT lepas cukup berjaya & banyak manfaatnya dilihat drpd gambar2 yg ada & komen2 adik2 baru yg sy baca di wall mereka & wall Inspire. Sedikit kelemahan yg wujud & ada sepanjang 4 hari bersama akn diperbaiki di lain nasa, insyaAlah.. :)



Cuma 9 lelaki utk batch kami, 21 lelaki utk batch 11 di AIT. Alhamdulillah, moga kekuatan & manfaatnya berganda lagi ('',) Adik2, teruskn bersama family Inspire hingga ke akhirnya. Jangan tersungkur, mengalah & menyepi ditengah2. TAHNIAH!! Adik2 yg hebat2 belaka, dipilih Allah utk bersama kami semua.. (",)



Berakhirnya AIT, maka bermulalh episod yg baru utk kami senior2 & adik2 semua junior Inspire. (",) Tahniah akak ucapkn buat adik2 Inspire 02 semua, selamat menjadi sebahagian drpd kami, family besar Inspire.. Berbangga & berbahagia mengenali adik2 semua, adik2 terpilih yg hebat2 belaka. Hehe. Bai'ah yg adik2 lafazkn dipenghujung AIT lepas telahpun dicatat & diangkat malaikat, menunggu masa utk ia dikota. InsyaAllah, akak percaya akujanji yg dilafaz adik2 bukan lontaran bersahaja yg cuma ikutan dibibir saja, tetapi sarat dgn makna selari dgn keyakinan & azam utk berusaha memenuhi segala. Sehari selepas adik2 ditabal sebagai ahli & fasilitator Inspire Club IIUM secara rasminya, maka bermulalh segala & tergalaslh tanggungjawab besar dibahu adik2 semua. Tanggungjawab utk membantu adik2 yg diluar sana, generasi baru yg amat memerlukn sokongan & perhatian kita. Mereka yg perlu didekati & dibantu, diperhati bukan dibiar tidak dipeduli. Dipimpin pendirian & langkah mereka bukan dipinggir & dipandang hina kerana ketelanjurannya. Memberi mereka pandangan, jalan, pilihan & kata dua dlm membuat keputusan, bukan dikongkong & dipaksa mereka menuruti segala hingga mereka berasa tidak berguna & jati diri mereka dipersia.

InsyaAllah adik2, dlm proses belajar & mengajar ini kita akan diajar dengan banyak perkara. Kita akan disentap & terkesima dgn perkara2 yg diluar jangka. Kita juga akan berusaha memperbaiki & mempersiapkn diri sebelum bertemu dgn mereka, sungguh itulah yg sebaiknya (",) Yg pahit akan nampak manis akhirnya, yg buruk akn tersingkap indahnya dimana. Good luck utk adik2 semua, FRIEND adalah medan yg seterusnya, group binding bersama trainers - hubungan & kekuatannya perlu diperkukuhkn selalu. Adik2, sayangi trainers adik2 & selalulh bersama mereka, jangan dibina tembok & jurang pemisah yg kelak akan menjauhkn adik2 semua drpd Inspire. Trainers yg ada hebat2 semuanya, mereka akn memberikn yg terbaik, lebih drpd apa yg adik2 duga. insyaAllah.. hehe. Percayalh adik2 telah dipilih Allah utk bersama Inspire, hati yg digerakkn ini bukan utk dipersia. InsyaAllah, memilih Inspire sbg lapangan utk adik2 menyumbang & berjasa selain sbg salah satu persatuan yg adik2 sertai di UIA ini adalah pilihan yg tepat & mengena. InsyaAllah.. bersama Inspire, adik2 akn perolehi semuanya. Ilmu & pengalaman berharga, semangat & ukhuwwah seperti sebuah keluarga. Kasih syg & kemesraan yg tumbuh & hidup dlm Inspire bukan bersifat sementara, bukan cuma ketika berprogram semata. Adik2, teruskn bersama Inspire hingga ke akhirnya. Ikhlaskn hati, perbetulkn niat bersamanya.. InsyaAllah, adik2 akn terus berada di lapangan yg sebenarnya.. (",)




ALL THE BEST!!

Tahniah utk trainers Inspire semua.. Abg Syazwan, Abg Kamil, Abg Raed, Kak Hajar, Kak ain, Kak Teha, Kak shafiyah, Kak Wani, Kak Fatin & Kak Quya. Hehe. Sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan bersama mereka di AIT disaat kewujudan sy diharapkn, selain sebenarnya AIT lah antara kemuncak yg sepatutnya perlu ada sy bersama mereka memberikn semangat & sokongan. Takdir tuhan mengatasi segala, pasti ada hikmahnya. hehe.. Apa pun alhamdulillah, berkesempatan juga mengirim ucap & pesan, sepatah dua kata utk mereka semua, 10 org trainers yg selalu ada bersama sy (",) utk abg wan, kamil, hajar, ain & adik2 semua: teha, fatin, wani, shafiyah & quya, good luck & selamat maju jaya utk kalian semua.. Kamil & Ain sbg partnernya, sudah boleh dijangka. Masin mulut sy, selalu diucap2 & akhirnya menjadi nyata. hehe. Teha & Hajar, Raed & Quya, memang mengena. Fatin & Shafiyah, pasti berbahagia & bersemangatlh adik2nya. hehe. Abg wan & wani, pasti ada serasinya di mana2. Partner trainers yg ada, pilihan yg terbaik sebenarnya utk saling melengkapi & menyempurna. Tahniah semua!!


Susah senang kalian biarlh bersama, jgn terlepas pandang pada banyak benda, jgn diletakkn tanggungjawab menjaga adik2 itu cuma dibahu seorang sahaja. Teha, shafiyah, quya, wani & fatin, akk percaya pd kemampuan adik2 semua. Akk akn selalu ada menyokong & membantu mana2 yg termampu, memberi pandangan & buah fikiran seperti selalu. InsyaAllah.. Good Luck utk semua, jaga adik2 kalian dgn sebaiknya. Teruskn perkara2 baik yg diusahakn trainers kita yg sebelumnya. Perbaiki pd sedikit kelemahan mereka pd kita yg tidak disengaja. Group binding, lunch & iftar bersama, gathering & sebagainya perlu diteruskn utk menyatukn hati2 kalian dgn mereka. Jaga adik2 dgn sebaiknya, cubalh semampunya utk selalu ada bersama mereka walau dlm kesibukan kerja. Jgn dihampakn pada permintaan & idea2 mereka. Dekati mereka, jgn diwujudkn jurang & beza, tiada istilah 'aku trainers-dia adik' yg sebenarnya x membawa ke mana & kelak bakal mengundang rasa kurang selesa pd mereka. Sayangi & hargai kewujudan & usaha mereka, kelak kalian juga akn menerima pulangan yg sama.. insyaAllah. Good Luck Trainers. All the Best!! (",)


ilham abadi: Teringat sgt pd trainer sy yg banyak berjasa, Mohd Suhairi Ismail & Izyan Farhana Zainal Azman. Terima kasih ceksu & kak yan, amanah atas kami (SYNERDINA) telah pun kalian sempurnakn dgn sebaiknya. Setahun bersama, kami dijaga dengan sebaiknya. Selalu dekat & ada bersama kami walau dlm kesibukan kerja. resah kami dipeduli & rajuk kami diperhati, tidak dibiarkn menangis sendiri. Terima kasih bwt segala2nya. Trainers yg membimbing trainers kami & seterusnya trainers kami yg membimbing kami, turun temurun dr generasi ke generasi. hehe.. RINDU trainers, SAYANG semua..