Thursday, July 30, 2009

:: Rindu.. ::


Senja belum berlabuh
Namun ingatan ini sudah menjalar kesegenap mindaku
Yang suci dan tulus merinduimu
Yang amat perit aku lalui dalam bebanan hatiku
Tahukah kau kerinduan ini seperti menghiris
Nyilu dan pedih dihati ku saat ingatan ini telus padamu
Namun aku redha dan rela atas hukuman abstrak ini
Yang aku semai dengan keampunan Pencipta
Yang aku siram dengan Rahmat Ilahi
.
Aku sedar dimana tempat aku berpijak
Aku bukan bermimpi malah benar aku akui
Perasaan yang hadir ini bukan undangan atau kepura-puraan
Ia adalah yang konkrit dan hakiki yang harus aku tempuhi
Terima kasih tuhan kerana menghidupkan rasa rindu ini
syukur aku padaNYA yang maha mengetahui
Tentang rindu yang bertaut pilu ini
Kerana aku sedari dan aku ketahui
Biar berjuta kali rindu ku dipersembah dalam puisi
Namun yg pasti rindu ini tiada penghujungnya..

5 comments:

~PaMpeRed bY worDs~ said...

Pasti payah menanggung rindu...
Bersabarlah...semoga ianya berhasilkan kebahagiaan...
Ameen... (^_^)

:: NZMS :: said...

ya..
rindu bukan pasrah,
tapi nikmat & hikmah.

azuwahasan said...

wahh
pandai awk brsajak
hehe

dinbarbaroza said...

wawa...pandai brsjk...=)

:: NZMS :: said...

saya merinduinya.. sgt2..