Thursday, March 4, 2010

:: Rahmat Allah Buatmu ~ Ibu ::

..tiada kata secantik bahasa, utk ku gambar bahagia..

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN yg ke-51

.
Hidup ini terlengkap dengan hadirmu
Terima kasih ya Allah mendatangkn Ibu
Kufikir ia tanda kasihNya yang mendodoi kalbu
Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku

Kulihat kau amat sederhana ibu
Nasihat-doronganmu memanah jiwaku
Kadangkala mengalir air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu

Hari ini hari lahirmu
Di pagi negeriku berdoa
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasihNya tak kunjung putus
Buatmu ibu yang berhati mulus

Orang lain sibuk mengejar waktu
Tetapi aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu
Dengan tembakan-tembakan doa
Aku sujud kepada Tuhan
Yang memberikan aku kebahagiaan

Selamat hari lahir ibu
Semoga Allah mencintaimu
Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai ibuku..

Selamat Ulangtahun kelahiran yg ke-51.. moga usia b'panjangan, rezeki dimurahkn. tabah dlm payah, segala urusan dipermudah, b'depan kami yg pelbagai kerenah.. Nikmat kesihatan & semangat yg b'terusan, anugerah kekuatan hati & perasaan, moga dapat disempurnakn segala perintah & tuntutan, impian menjadi kenyataan. Moga hadir kebahagiaan bwt jiwa2 yg memerlukn..

Wednesday, March 3, 2010

:: Falsafah Cinta & Perkahwinan ::

Salam semua.. Artikel lama sbg p'kongsian bersama.. ^_^
.
Pelajar: guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
.
Guru: Ada sebuah ladang gandum yg luas didepan sana. Berjalanlh kamu dan jgn sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkn, ertinya kamu telah menemui cinta.
.
Pelajar t'sebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dgn tangan yg kosong.
.
.
Guru: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?
.
Pelajar: Saya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dgn satu ranting yg paling menakjubkan tapi saya tidak tahu apakah ada lagi yg akn menakjubkn di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yg paling menakjubkn selain drpd yg saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
.
Guru: ya, itulah cinta..
.
...................................................................................................................

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kpd gurunya, apa itu perkahwinan?

.

Guru: ada hutan yg subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yg paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dgn membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pd pandangan guru tersebut.

.

Guru: mengapa kamu memotong pohon seperti ini?


Pelajar: Berdasarkn pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh drpd hutan tersebut dan aku takut akn kembali dgn tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yg terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Guru: itulah perkahwinan..

.

ilham abadi: Mengapa tidak diikhlaskn, panjatkn syukur padaMU ya Rahman.. Oh tuhanku, redhailh hidup ini.. mengapa terlalu m'dambakn kesempurnaan, menagih benar nokhtah keserasian? Mengapa tidak menerima dia yg seadanya, kerna hakikatnya dia org yg sama, yg pernah dulu kita puja, meminta utk mendapatkn cinta & perhatiannya.. dulu cuba memiliki, kenapa kini mengkhianati?

Monday, March 1, 2010

:: Selamat Bertunang ~ Kak Nabila ::

Alhamdulillah.. family yg jauh didekatkn, family yg dekat dirapatkn. Org yg jauh dikenalkn, hubungan yg dekat b’panjangan.. family yg jauh datang b’tamu, family yg dekat puas dijamu. (“,) hihi.. Segalanya b’mula dgn p’temuan, sedetik p’kenalan yg m’buahN cinta & kbahagiaan.. 2 negeri, selangor & terengganu, 2 jiwa lelaki & perempuan, diilhamkn petanda melalui p’temuan, rasmi p’hbungan dgn p’tunangan, menanti saat utk disatukn..
.

Mabruk & tahniah bwt roomate saya, kak Rabiatul Nabila & abg Ahmad izzuddin di atas majlis pertunangan yg b'langsung jumaat 26/2/10 yg lepas. Majlis b’langsung ringkas penuh b’adat, sarat dgn janji & pra-syarat. Senyuman yg t’ukir pantulan kesyukuran bwt sgala janji kbahagiaan yg bakal ditunaikn.. Moga kebahagiaankn b’panjangan, dihamparkn setia dlm jiwa2 kalian. 4 bln yg dihadapan, mg dipermudahkn Allah sgala urusan, sempurna segala p’siapan.. Jun yg dinanti, hadirnya pasti dirai..

SELAMAT BERTUNANG.. mg redha ALLAH b’sinar selalu..

ilham abadi: kak nabila, mohon maaf kerna x b'kesempatn utk hadir sama meraikn. saya yg dikejauhan, akn sentiasa m'doakn. moga tabah b'depan mehnah, segala urusan dipermudah.. salam kebahagiaan yg b'panjangan, moga redha Allah b'sama2 kalian. insyaAllah, walimah nanti saya pergi. ^_^ heee..

Friday, February 26, 2010

Wednesday, February 24, 2010

:: Ayuh Jadi Cemerlang! SMTG ::

Salam smua.. Alhamdulillah, rasmi sudah sbg salah seorg fasilitator Kelab Karisma IIUM batch 10. Advance Intensive Training 4 hari 3 malam benar2 melatih kami utk menjadi seorg fasi. dgn modul yg sarat, masa yg sntiasa mengikat, kem komander yg benar2 menguji.. masyaAllah.. 4 hari rasa bagai nk mati! apa pun AIT, akn saya kisahkn di post yg lain nanti.
.
Seterusnya.. pd 20/2/2010 saya b'kesempatan m'hadiri program pertama utk karismarian batch 10, program sehari AYUH JADI CEMERLANG! di sek men teknik gombak. Peserta terdiri drpd adik2 tingkatn 4 seramai 300 org. Kami fasilitator seramai 28 org, dibantu oleh 30 org PRS drpd adik2 tingkatan 5 sbg core fasi.. Adik2 dibahagikn kpd kumpulan2 kecil dgn pengendalian seorg fasi & core fasi utk sesi LDK1, LDK2, dan sesi muhasabah diri.

Sewaktu sesi p'bincangan, report & penilaian sesama fasi, plbagai masalah yg m'jengah telinga kami. Ada fasi yg mengeluh, adik2 ini terlalu matang, xmahu buat itu & ini, m'gunakn istilah bukan2 yg d luar pemikiran kami, ada adik2 yg sgt pasif, ada pula terlalu aktif & sukar utk diperhati, ada pndapat yg tidak kreatif.. bukan mereka tidak b'potensi, tp program sehari yg dihadiri skadar utk memenuhi hari.

..core fasi PRS tingkatn 5..

Alhamdulillah, saya b’depan dgn adik2 yg sangat b’potensi. langsung tidak menimbulkan rasa kurang selesa sepanjang berinteraksi & b’komunikasi yg boleh m’buatkan saya mula berspekulasi. Alhamdulillah.. adik2 yg tenang, satu persatu bila b’hujah, tertib pada tingkah, xpernah lekang dgn senyuman baik lelaki mahupun perempuan. Bak kata ketua fasi kami abg che’ su, adik2 saya sama macam saya. Heh. Apa pun, saya percaya mereka anak2 yg baik, pelajar yg b’potensi & mudah diperbaiki. cuma program sehari, mmg tidak cukup utk benar2 m'buah serasi. program follow up yg dinanti, mohon hadir lebih b'erti. Saya percaya, banyak lg perkara yg mahu dikongsi, Cuma kekangan waktu yg tidak menyebelahi. Alhamdulillah.. core fasi yg sangat b’potensi, juga tertib pada tutur & tingkahnya. Adik faisal, bakat kepimpinan yg menyerlah, sgt byk m’bantu..

..adik2 saya, group 1. xcukup s'org lagi..

..adik2 semua: eyka, nad, erni, aslam, 2face, zharfan, faisal, syafiq, kecik..

..aktiviti sebelah malam + muhasabah..

Apa pun pada saya, modul biarlh b'sesuaian dgn peringkat usia, mengena dengan kematangan peserta. Adik2 lebih berminat dgn modul yg melibatkn fizikal, perdebatan yg m'bolehkn mereka bebas b'suara & melontarkn pendapat. perlaksanaan mestilah b'sesuaian dgn rasional, tidak meninggalkn adik2 dlm tanda tanya. Apa pun, fasi tetap perlu bijak memainkn peranan mereka utk mengolah semula, merasionalkn apa yg dilaksana. Program sehari yg sangat singkat memerlukn program follow up yg lebih cepat. Adik2 asyik b'tanya, bila lagi kami akn hadir semula b'temu dgn mereka. InsyaAllah biiznihi, adik2 yg b'potensi ini p'kembangan mereka akn terus saya ikuti melalui telefon, emel & laman2 sosial yg ada..

ilham abadi: Alhamdulillah, amanah sudah pun saya sempurnakn. Program seterusnya di Sek Men Selayang, Sek Men Gombak Setia, andai saya b'kesempatan..