Monday, May 31, 2010

:: Selamat Hari Lahir ~ Angah ::

:: SALAM KELAHIRAN yg ke-26 ~ klik: MARLIYA MOHD SAIM ::

Juadah yg tersedia & terhidang di atas meja selain kek sbg pembuka selera, lebihan rezeki yg dikurnia b'sempena mengingati ulangtahun kelahirannya. Terima kasih buat ayahanda & bonda tercinta, juga buat semua yg menyediakannya (saya juga). Hihi.. Keropok lekor terengganu, epal hijau & jambu air+kuah rojak, nasi impit, rendang ayam, kuah lodeh & kuah kacang. Sedap3.. (",)

Buat angah & abg Munir, moga kebahagiaan & kemesraan ini berpanjangan.. Mohon kasih terus melimpah, sayang terus meruah. InsyaAllah biiznillah, baitul muslim yg barakah. Disetiap kepahitan, pasti da kemanisan. Bukti Allah x memandang sepi.. Tuhan menguji tak kn berhenti, bertahanlh duhai hati kerana setiap ujian yg diberi bukti Allah memerhati & mencintai, mahu melihat & menilai baik buruknya pekerti. Mohon rezeki bertambah, segala urusan dipermudah.. Buat angah, moga menjadi isteri solehah yg taat & setia disisi suami, berdiri dibelakang menyokongnya dlm tindakan & gerak-geri. Moga terus tabah berdepan mehnah, ditetapkn hati x berbelah bahagi. Jelas hadaf & kemahuan, hadapi segala dgn kesabaran.. Senyum sokmo :)



Majdah Safiyyah anugerah terindah.. Si pintar cerdik yg suci bersih sifatnya, puteri sulung anugerah Allah. Bukti cinta & pengikat kasih kalian berdua, anugerah Allah utk dijaga & dipelihara dgn sebaik2nya.. 1 tahun 7 bulan berlalu, bahagia kami setiap waktu. Tingkah comel & riuh rendahnya berlagu buat kami x jemu. Buat angah, moga menjadi ummi mithali buat anak2 yg dikasihi. Anak2 soleh solehah yg berjiwa, acuannya drpd ayahanda bonda, didikannya bersifat sempurna. Anak2 yg beroleh cinta & kasih syg yg sempurna, jgn terlepas pandang di mana2. Anak soleh solehah, mereka anugerah, harta & pewaris yg paling berharga..


Angah & ibu.. ada pro & kontranya. Dalam b'hujah, keputusannya blm tentu sama. hehe.. Apa pun, kasih & sayang x mesti diluah dgn kalimah, cukup bersahaja boleh dibukti dgn tingkah. betulkn ngah? hehe.. Ibu & anak, x mungkin terpisah walau ada yg bercanggah. Ikatan hati, ada nya chemistry :) Angah, semoga menjadi anak yg baik & menyenangkn.. Kejayaan & kebahagiaan hidup yg dikecapi dikongsi utk membahagiakn, kemewahan & lebihan rezeki anugerah ilahi digunakn utk sama2 memberi bantuan. irsyad utk saya juga, kita semua :) Terima kasih kerana x pernah melupakn, segala yg diusahakn pasti dialas dgn keikhlasan. Yg dicari dlm hidup hanyalah keberkatan. "redha perlu dicari bukan dinanti"..



Hehe.. ayah & majdah. Majdah memanggil 'ayah', panggilan yg lebih mudah. Majdah rindu ayah, ayah rindu majdah. Tunjuk gambar ayah, majdah dakap, jerit 'ayah..ayah'. Jumpa lelaki yg bermisai mcm ayah, ditunjuknya 'ayah..ayah'. Alahai.. majdah. Memang x blh nampak ayah, dgr suara ayah :) hehe. Bila b'cakap telefon dgn ayah bukan main lg, siap cari bantal baring2 lagi. majdah..majdah. Moga terus membesar & dewasa dlm cinta & sejahtera. Bila besar nanti, jgn lupa ayah ya syg..

Salam Ulangtahun Kelahiran yg ke-26. moga usia berpanjangan, rezeki dimurahkn. tabah dlm kepayahan, tunduk dlm kemuliaan. moga ditetapkn iman & dipermudahkn urusan. Nikmat kesihatan & semangat yg b'terusan, anugerah kekuatan hati & perasaan, moga dpt disempurnakn segala tuntutan.. impian menjadi kenyataan. moga hadir kebahagiaan bwt jiwa2 yg memerlukn.. :)

.

ilham abadi: Selamat hari lahir angah. moga redha Allah bersinar selalu..

Sunday, May 30, 2010

:: Bergembira Sakan ~ Ani Sup Utara ::

Salam semua.. Alhamdulillah, syukur pd Allah atas kesempatan b'kumpul bersama family b'sempena cuti pd 28-30 Mei yg lalu. Ayah yg b'tugas di Kemaman Terengganu, jarang2 skali dpt kami bertemu (saya & angah, ayah lebih selalu pulang ke johor baharu). Abg munir, kak ila & ibu yg b'tugas di Johor baharu, saya & angah yg b'tugas dan masih menuntut di sini (selangor), Allah temukn & kumpulkn kami pd cuti kali ni. Alhamdulillah, walaupun sefamily lg tidak da bersama, kesempatan ini tetap kami nikmati dgn sebaiknya, b'gembira sakan gamaknya. hehe.. Walaupn cuma sempat 3 hari kami nikmati bersama ayah, tetap kami rasakn cukup b'makna, terubat juga rasa rindu kami pd ayah, syukur alhamdulilah.. bermula dgn cadangan abg munir utk m'bawa kami menikmati makan malam di tempat yg ''berprestij'' katanya, kami ke TTDI jaya Shah Alam..

.29/5/2010: ..Ani Sup Utara.. memang berprestij tempatnya, bersesuaian dgn harga. Segala jenis sup tersedia, dgn harga kurang lebih rm7-rm15 stiap satunya. Sup kambing, sup tulang, sup cendawan, sup ayam, sup daging, sup campur & sebagainya. Syukur padaNya di atas lebihan rezeki yg dikurnia, trima kasih buat angah & abg munir di atas kesempatan ini & sikap x jemu membelanja. Pasti da berkatnya, Allah akn mengurniakn rezeki berganda.. (",)

.

.
Si comel yg pintar cerdik & suci bersih ~ Majdah Safiyyah Munir sbg penyeri suasana.. Gelagat & tingkah comelnya menceriakn suasana, menambahkn lagi rasa selera. Ayah yg nampak cukup b'selera, sungguh sup kambing & sup tulang mnjadi kegemarannya, mmg mengena dgn seleranya. hihi..
.
Alhamdulillah, sempurna menikmati makan malam bersama, kami seterusnya ke Danau Kota. Payahnya nak meletakkn kereta, memusing 3-4 kali baru b'jumpa. Ayah x turun sama, menjaga Majdah yg sudahpun terlena. Ratusan gerai yg dibuka di sebelah malam bermula jm 10 mlm hingga ke jam 3 pagi. Pelbagai barangan & perkakasan yg dijual di sana. Bertemu dgn warga kota yg pelbagai rupa & rencah hidupnya. Geleng kepala melihat umat akhir zaman ini, terus beristighfar dlm hati. Uptown Danau Kota, terlalu bersesak dgn manusia. Kesiannya bila melihatkn anak kecil yg tidak mengerti apa didukung & ditolak bersama di dlm keretanya. Asap rokok yg berkepul2 bebas ke udara, lelaki perempuan yg tak mampu dipastikan dr mana asal datangnya, saya simpulkn sgt tidak sesuai utk membawa mereka (anak2 kecil). Syukurlh Majdah sudah terlena & x dibawa turun bersama. Dlm sesak2 manusia, dgn anak muda yg x tentu hala, t'cemarnya udara & pandangan mata. Telinga didengarkn dgn muzik & nyanyian karaoke yg entah apa2, mata dihidangkn dgn gelagat manusia yg x mengena, aduhai ibu kota..
.
ilham abadi: Apa pun, syukur padaNya atas kesempatan bersama, bergembira sakan gamaknya.. bila bersama, mcm2 yg nak dibuatnya. ibu lah terutamanya, nk masak itu & ini katanya.. mcm2 ada.. setiap permintaan & keinginan kami mahu dipenuhinya. Alahai ibu..ibu (",)

Tuesday, May 25, 2010

:: INSPIRE ~ SMK R1 Wangsa Maju ::

Salam semua.. Alhamdulillah, pd 22 Mei 2010 kami Inspire Club IIUM sekali lg diberikan kesempatan berprogram sehari di Sek Men Kebangsaan R1 Wangsa Maju. Program Kursus Jati Diri yg b'langsung selama sehari ini disertai seramai 75 org peserta yg trdiri drpd adik2 tingkatan 1,2 dan 4. Program sehari b'sama adik2 yg disifatkn hardcore ini memberikn kami pengalaman yg saya sifatkn luar biasa. Berdepan dgn mereka yg terpilih, 7 perempuan & 68 lelaki yg masing2 punya kisah & pengalaman t'sendiri, memberikn kami para fasilitator pengalaman yg beharga utk diingati. hehe.. Alhamdulillah, Allah x jemu mendengar doa & permintaan kami, memberikn kekuatan yg x henti2 sepanjang b'depan dgn adik2 ini. Kami fasilitator yg kesemuanya 'bunga', tetap b'syukur dgn kehadiran b'sama 2 kumbang melengkap suasana.. Utk b'depan dgn adik2 ini, pasti jelas lemahnya kami kalau tnpa kehadiran fasi lelaki. hehe.. terima kasih Raed & Fateh, juga abg umar, abg zizan & abg farhan.. :)

Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung/tidak langsung. Puan pengetua, barisan guru2 SMK Wangsa Maju, adik2 syg.. abg Kamil, Abg Umar, abg Farhan, abg Zizan, kak Fira, kak Hani, kak Dal dan kak Mas. Barisan fasilitator Inspire Club batch 10: Raed, Fateh, Hajar, Qayah, Fatin, Awatif, Aziah, Asiqin, Fatihah, Afrah, Bairah, 'Atiqah, Razifah & Ainul.

..8.00am: majlis pmbukaan & penyerahan adik2 oleh puan pengetua kpd kami..

..adik2 saya, LDK1-slot3 group binding..

..Aduhai adik ini.. hehe.
.
Adik Song yg b'bangsa Cina, benar2 menduga kami brdua. Aduhai adik ini.. jenuhnya utk benar2 b'komunikasi & bertentang mata dgn nya. pemalukah dia? atau hadir ke program ini krna t'paksa? kata teman2, adik ini mmg begini, sesi P&P pun dia macam ni. Bila mula rasa jemu & sebagainya, disokong pula dgn pintu pagar sekolah yg t'buka, bagai org mengantuk disorongkn bantallah jawabnya. hehe.. Provoke? jenuh.. "geleng2 kepala & xmahu" bagaikn sudah mnjadi pengenalan dirinya. Byk slot yg x mahu dia turut serta. Kami sekadar memerhati & m'biarkannya. Bukan mengabaikn, atau mahu m'biarkn dia terus b'alasan.. Sempat b'bual dgn salah seorg guru, kata beliau adik ini mmg begitu. Panggilkn saja guru disiplin, barulh dia tahu, barulh b'temu ruas dgn buku.. ceh. hihi. Apa pun, adik ini juga b'potensi, cuma mungkin dia mmg malu dgn kami. Tapi bila disamping teman2 sebangsanya, dia nmpak 'otai' & cukup berani, kami pula yg jadi xberani mlihatnya. hihi.. aduhai adik ini.

..teha & tiqah b'sama adik2 mereka..

..Abg Farhan, cara penyampaian yg menarik perhatian & menyeronokkn :) ..

..adik2 yg tekun mendengar & memberikn prhatian..
.
Abg Farhan, tahniah ats penyampaian slot yg baik & berkesan.. insyaAllah, moga bukan semata singgah di hati mereka yg b'sifat sementara, tp terkesan & menghuni akal mereka & b'sifat selamanya. Alhamdulillah, adik2 dpt menerima pa yg cuba abg farhan sampaikn. Sedih & sayu kata mereka pd video2 yg abg farhan tunjukkn. Penyampaian yg tidak membosankn, sarat dgn nasihat & peringatan, diselangi dgn aktiviti & kata2 spontan yg menarik perhatian. bagus2.. good job abg farhan! :) adik2 xda yg terlena walaupn hari hujan & mndamaikn. Adik2 masih b'semangat & bertenaga walaupn baru selesai makan nasi yg b'lemak = nasi lemak. hehe.

..LDK2: slot3 motivasi diri. adik Dinesh yg kecil2 cili padi. hehe..

..LDK3: dilaksanakn secara beramai2..

..perancangan & rangka kerja yg dicipta oleh adik2 saya. Apa lah agak2 sudahnya..

..perbentangan adik2. adik2 saya, lokman & hakim yg berani..

..7 hasil rekaan adik2 yg diperbuat drpd straw, mewakili 7 buah kumpulan..

..LDK4: slot1 muhasabah diri. adik Lokman sbg robot.. mengaitkn dgn hakikat penciptaan manusia sbg hamba, individu, anak & manusia.

..Adik2 saya disamping core fasi. trima kasih watif.. sgt byk m'bantu akak & adik2 (",) ..
.
Mimie, azhar, dinesh, song, izz, lokman, hakim, nik ammar. adik2 yg baik.. alhamdulillah, Allah mengetahui kemampuan kami berdua. Allah menggerakkn hati adik2 ini utk bersama dgn kami. Adik2 hardcore yg tidak kami rasai kehardcoreannya.. Alhamdulillah, nakal yg x membantah, degil yg mendengar kata..

..Slot 2: sharing moment yg sgt menyentuh rasa..
.
'Andai dapat diputarkn semula masa, andai dpt dikembalikn smula masa..' pelbagai cerita & kisah hidup adik2 yg dpt kami dengarkn bsama. Berkongsi rasa & meluahkn segala. Memang yg nyata, x kenal maka x cinta. Peluang mndengar pengalaman hidup, kisah silam & kesilapan besar yg pernah dilakukan adik2 ini benar2 menyedihkn hati. Tabiat merokok dikalangan adik lelaki & perempuan, memukul hingga ke penjara seterusnya dibela keluarga, mencuri, episod kematian yg menyedarkn mereka & banyak lagi. Airmata yg mereka alirkn, sedu sedan yg kedengaran, kami sambut dgn pandangan & kata2 kekuatan.. Airmata penyesalan, kepala yg digelengkn jadi bukti andai dpt diputarkn semula masa, mereka tidak akn melakukn kesilapan & dosa2 ini..

..sesi penutup bersama adik2..
.

..sempurna majlis penutup, kami b'gambar kenangan b'sama sbahagian drpd mereka..
.
Adik2 syg.. adik2 sebenarnya adalah anak2 yg hebat, anak2 yg boleh berjaya, pelajar yg b'potensi. Degil adik2, nakal adik2, keras kepala & kerasnya hati adik2 bkn semata kehendak atau kemahuan adik2 sndiri. Perubahan sikap yg adik2 tunjukkan, nakal & kerasnya perlakuan, disokong oleh situasi & persekitaran. Masalah family yg x ketentuan & pengaruh kawan2 selain silap adik2 sendiri yg terlalu suka utk mencuba & banyak lagi.. ada ketika, adik2 hilang pertimbangan, terlalu mudah utk b'tindak diluar kewarasan & pemikiran.. Prtama kali memandang adik2 smua dicelah keping2 tetingkap dr luar dewan utama, menjengah prasaan bimbang & takut utk b'depan dgn semuanya. Tingkah adik2 dihadapan guru2 & puan pengetua, memberi gmbaran prtama & menguatkn lagi kebenaran nature yg hendak dibawa. Prsoalan demi prsoalan mnjengah telinga, mahu ke adik2 smua mndengar kata? mahukh adik2 smua menerima pa yg cuba kami bawa? Kami mohon kekuatan pd yg menguatkn, kami jelaskn pd diri hadaf kedatangan.. Kami raih semula keyakinan, perlahan2 mula timbul kesedaran yg sebenarnya kami antara manusia yg adik2 perlukan, kehadiran kami yg sebenarnya adik2 harapkn.. Kesempatan sehari b'sama adik2 smua, mmg tidak ckup utk adik2 dikenali sepenuhnya. Cukuplh sehari nilaian kami ini, adik2 sebenarnya sgt b'potensi. Allah mengurniakn kesempurnaan akal & jasad yg x berbelah bahagi. Allah mengurniakn hati utk merasai, mata yg melihat utk meneliti & akal yg menilai smula baik buruk pekerti. insyaAllah.. moga adik2 dipelihara oleh Allah. Ilham & hidayah milik Allah, mintalh padaNya yg memegang hati2 manusia. insyaAllah, perjalanan masa akn merubah segalanya. Moga kelak bila kita b'jumpa, adik2 ini mnjadi manusia yg luar biasa, manusia yg berguna.\. insyaAllah.. Program sehari bersama adik2 yg disifatkn oleh guru2 berjaya, program yg diminta dilanjutkn ke 3 hari hatta seminggu dlm ucapan wakil salah seorg drpd peserta. Alhamdulillah, insyaAllah biizniHi, b'temu lg di lain kali..
.
ilham abadi: Alhamdulillah, skali lagi Allah memberikn kesempatan pada saya utk merasai & mengerti hakikat hidup ~ realiti kehidupan yg sebenarnya..

Friday, May 21, 2010

:: Fitnah Petunjuk Istikharah ::

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskn pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dgn petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sgt terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkn drpd petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi2. Malah dikalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dlm trend yg tersendiri. Ia diamalkn bg ‘memaksa’ Allah membuat pilihan utk mereka. Berbekalkn kejadian persekitaran atau mimpi yg disangka petunjuk, kadang2 ‘pilihan Allah’ itu adlh tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam. Apakah Allah, atau Syaitan yg memberikn ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?
.
.
Penyakit besar yg melanda anak2 muda ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakn Solat Istikharah berdasarkn saranan rakan2 yg juga melakukannya atas saranan kawan2 yg lain. Berapa ramaikah yg membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’? Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yg mengesyorkn panduan2 yg tidak b'dasarkn keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yg sgt membuka ruang manipulasi Syaitan dlm mengaburi pertimbangan anak Adam. Mengira huruf tertentu di dlm surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yg terbuka, juga paling byk meniti di minda ialah menanti mimpi yg mnjawab permintaan.

Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kpd Riyadh al-Sholiheen menyebut: “sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakn solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dlm mimpinya, maka dia akn memilih sebagaimana yg ditunjukkn oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah org berwudhu’ kemudian melakukn solat serta doa istikharah dan terus tidur (dgn meletakkn harapan petunjuk dtg melalui mimpi), malah ada juga mereka yg sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mgharapkn mimpi yg baik. Smua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yg tidak berasas.”

Menjadi satu keperluan yg sangat penting utk kita kembali kpd maksud asal Solat Istikharah. Istikharah itu bermaksud meminta bantuan drpd Allah utk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yg diharuskn oleh Syara’. Ada pun pilihan yg berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus utk Istikharah dilakukan kerana tindakan yg sepatutnya diambil sgt jelas iaitu pd meninggalkn dan menghindarkn pilihan yg tidak baik itu.

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda: Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
.
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkn Engkau dgn ilmuMu dan aku juga memohon ketetapan dgn ketetapan yg bersandarkn kurniaanMu yg Maha Agung. Engkaulah yg Maha menetapkn sedang aku tidak mampu utk menentuknkn. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yg Maha Mengetahui akn perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia utk ku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dlm pilihan ini. Dan andaikata pada ilmuMu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akn datang), maka hindarkanlah ia drpd ku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
.
ilham abadi: sumber http://www.iluvislam.com. sekadar perkongsian bsama, tarbiyah utk smua. Artikel menarik yg saya kira sedikit mengena dgn situasi saya. mm.. hehe.

:: Istikharah + Istisyarah ::

ISTIKHARAH itu mempunyai gandingan yg memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah. ISTISYARAH ini bermaksud meminta pendapat mereka yg boleh dipercayai utk membantu seseorang itu membuat keputusan. Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata: “Tidak akn menyesal seorang yg beristikharah kpd al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dgn para Makhluq, serta tetap pendirian dlm keputusannya..”

Biarpun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yg patut didahulukn antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskn bahagian yg perlu dimainkn oleh seorang manusia dlm proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kpd pertimbangan memilih antara dua kebaikn, seseorang yg berhajat itu mestilah mempunyai asas dlm penilaiannya agar pilihan yg ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukn dirinya utk mengambil bahagian dgn berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dlm ketidak pastian, harus baginya utk mengulangi solat dan doa istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dlm membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkn beristisyarah, yakni meminta pendapat individu2 yg dipercayai integriti dan kemahirannya dlm urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yg berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkn kpd Allah utk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda2 yg dicari. Di sinilah ruang utk fitnah berlaku apabila dlm suasana hidup kita yg dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yg teruji, kita membuka suatu ruang kosong utk dicelah oleh tipu helah Syaitan. Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yg selalu lemah utk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kpd Allah, sebaliknya bermain helah utk mengharapkn Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri. Berhentilah mencari mimpi. Berhentilah menunggu petanda..

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dlm keputusan yg kita buat. Kita yg membuat keputusan itu, dgn keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yg kita buat itu adlh dgn kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pd pilihan yg dibuat itu, datang mehnah yg menguji kehidupan, kita tidak akn berfikiran negatif malah berusaha utk mencari sisa2 positif pd apa yg berlaku kerana keputusan yg dibuat dahulu itu adalah dgn kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah.. Seandainya pilihan yg disangkakn petunjuk drpd Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkn yg afdhal dan mengambil yg mafdhul, berhati-hatilah.. Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah.” [Al-Aa'raaf 7:30
]
.
ilham abadi: *artikel asal bertajuk*: http://www.saifulislam.com