Saturday, July 17, 2010

:: Lembaran Baru ::

Salam semua.. Alhamdulillah, kembali smula ke Taman Ilmu & Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, meneruskan sesi pengajian yg seterusnya. 12-7-2010~ Semester 1 2010/2011 bermula. 3 minggu saya b’cuti bersama family di teratak kasih kami di kulai johor stelah smpurna mnjalani smester pendek kurang lebih 2 bln lamanya. Short semester yg berlalu, byk membekaskn memori diminda & meninggalkn jejak dihati saya. Tempohnya sesingkat 2 bulan cuma, tp plbagai perkara baru menjengah kehidupan realiti, menduga hati & pendirian diri. Apa pun alhamdulillah.. zu fikrah, zu qudrah, zu quwwah anugerah Allah. Tawa & airmata mempamer ‘ibrah, mengajar saya realiti kehidupan yg sebenarnya.
.
Sem 1 2010/2011 dgn 19 credit hour.. Alhamdulillah, walaupun sedikit berat b’banding semester2 yg sebelumnya, saya menganggapnya sbg slh satu cabaran utk diri saya. Belajar drpd mula, x mengenal erti malas & putus asa.. ma’akum najah insyaAllah.. (“,)

Tilawah (1)
Introduction to history and civilization
Fiqhul qadha'
Creative thinking & problem solving
Mabahith hukm
Ijtihad wa ifta'
Turuq istinbat hukm (1)
.
Mohon drpd Nya, mendengar luahan & memperkenan permintaan. Memberikn ketenangan pd hati, moga tidak lagi di uji dgn perkara2 yg membuatkn saya menilai & b’fikir lebih drpd sekali. Memaruti luka pd hati yg tidak pantas saya lukai, memaling sepi pd hasrat mereka yg mahu mendekati, memohon hati drpd yg tidak berhak saya miliki. Jenuh sudah menyembah rasa payah utk melupakannya. Memandang dia yg berada di depan mata drpd sudut pandangan yg berbeza mnjadikn saya seorang yg berjiwa. Mahu memperindah segala, menambah baiki baik buruknya ilmu & pekerti utk duduk sama rendah & berdiri sama tinggi dgnnya. Sekadar mencuri pandang dr sipi, membatasi pandangan kini agar tidak lagi terlalu m’kagumi.. Saya menyimpul kemahuan, mematikan angan bila pasti kesempurnaan nilaian drpd kacamata saya layaknya hanya bersifat sementara, tidak pantas utk saya memandang & menginginkannya terus berada di depan mata utk selamanya. Terima kasih ya Allah menemukan saya dgnnya, memberi kesempatan mengenali & b’komunikasi dgnnya walaupun sekejap cuma. Ukhuwwah yg saya kira cukup bermakna sarat dgn pernyataan & hakikat yg b'guna, terasa benar manisnya. Hatinya milik Allah..
.
Kalau pun bukan dirinya, saya mahukn yg sepertinya. Yg mana hati tenang setiap kali memandangnya, jiwa tidak bercanggah dgn serasi pd setiap pandangan & pndiriannya, tercetus sedar & fikir pada bait2 ayat & perwatakannya. Senang dgn cara & penampilannya sejak pandang pertama, memenuhi kemahuan & citarasa. insyaAllah, berbaki 2 semester lg sebelum sempurna degree.. Mhon kekuatan drpd Ilahi & semangat yg x henti2 utk terus berdiri. Berlari jauh drpd kenyataan yg sebelumnya utk menghampiri hakikat yg seterusnya.
.
Ilham abadi: Selamat menjalani semester baru sem1 2010/2011 buat sahabat2 semua. Bitaufiq, insyaAllah ma’anaa najah.. Ya Allah, kuatkn saya. Maafkn saya atas ujian hati ini.. Semester baru, lembaran baru.. (“,)

Monday, June 21, 2010

:: Kasih Untuk Ayah ::

:: SELAMAT HARI BAPA ::
.untuk ayah ~ Mohd Saim bin Safrin
.
.
Ayah, Abah, Walid, Abi, Abuya, Abati, Bapa, Baba & Papa.. itulah panggilan keramat anak kpd s'orang lelaki yg sudah b'keluarga. Kehebatan s'orang ayah itu tiada tandingannya. Sebut saja 'ayah'.. anak2 pasti berhati2 menjaga tingkahnya kerana ayah selalunya tegas dan penuh b'disiplin. Dalam byk p'kara, ayah hadir sbg pemutusnya. Berbanding ibu, ayah jarang menzahirkn kasih sayangnya menerusi belaian manja & pelukan mesra. Kebanyakn mereka, lebih byk brtindak drpd b'kata2. MendiamN diri, mengajar anak2 dgn perbuatan & gerak geri. Menggunakn bahasa badan sehingga anak2 m'buat telahan sendiri. Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah.. Ayah saya? yg sebaliknya. Sikap & asuhannya sedikit berbeza. InsyaAllah, akn saya kisahkn di lain masa. hihi.. (",)
.
A Dad is a person who is loving and kind,
And often he knows what you have on your mind.
He's someone who listens, suggests and defends.
A dad can be one of your very best friends!
He's proud of your triumphs, but when things go wrong,
A dad can be patient and helpful and strong
In all that you do, a dad's love plays a part.
There's always a place for him deep in your heart.
And each year that passes, you're even more glad,
More grateful and proud just to call him your dad!
Thank you, Dad.. for listening and caring,
for giving and sharing. But, especially, for just being you!
.
Ilham Abadi: 'selamat hari bapa' istimewa buat ayahanda yg t'cinta (محمد صائم بن صفرين) juga buat bapa2 d seluruh dunia. Doa saya, semoga ayah dipanjangkn usia & b'bahagia. Sebagai anak, tiada hadiah istimewa dapat saya berikn, selain doa ingatan yg b'panjangan & sebaris janji utk saya kotakn.. beraksi dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yg tidak mengecewakn, najah fiddin, fiddunya wal akhirah.. insyaAllah..

Tuesday, June 15, 2010

:: Selamat Pengantin Baru ~ Jannah ::

12/6/2010: SELAMAT PENGANTIN BARU buat classmate & coursemate saya, Jannah Ab. Rahim dan suami abg Muhamad Fikri Aziz. Selamat berbahagia.. Moga redha Allah bersinar selamanya.. (",)

..Sempurna 'aqad: ijab & qabul..

..Sama cantik, sama padan. Bagai pinang dibelah dua..
.
Selamat pengantin baru Jannah.. Mohon maaf x berkesempatan utk hadir sama meraikan. InsyaAllah dr kejauhan saya akn sentiasa m'doakn. Moga kebahagiaankn berpanjangan, hadir zuriat soleh solehah anugerah buat kalian.. selamat melayari bahtera rumahtangga, semoga berada di bawah lembayung rahmat & kasih syg-Nya..
.
ilham abadi: Moga redha Allah b'sinar selalu.. sorg lg rakan seusia & sahabat seperjuangn saya m'dirikn rumah tangga. Salam kebahagiaan yg b'panjangn, doa saya buat kalian berdua. Jannah yg cantik & comey.. (",)

Sunday, June 13, 2010

:: Jalan2.. (",) ::

Salam semua.. 12/06/2010: Hari ini b'kesempatan meluangkn masa, berjalan2 di sekitar Kuala Lumpur bersama rumate2 saya. 2 tahun b'sama mereka, baru kali ke-2 kami keluar bersama. Pernah semester lalu, kami bersama ke Jusco Wangsa Maju. Kata sarina, saya ni payah benar nak di ajak keluar. Ajak pi makan pun susah, apatah lagi utk keluar bersama membeli belah. hehe.. Apa pun hari ini boleh dianggap b'sejarah, sebab tu habis semua tempat sekitar nk dibawanya saya. Ha, xpa.. tebus2 semula. hehe.
.

Tujuan saya nk membeli tiket bas je sebenarnya, bertarikh 17/6/10 jam 11'30 pagi bersempena dgn cuti. Tujuan tu yg membawa saya melangkah keluar dr Taman Ilmu & Budi hari ini, menaiki bas rapid 231 menuju ke stesen LRT Putra -- stesen Masjid Jamek -- stesen Bukit Jalil, beli tiket bas. Seterusnya ke stesen Bukit Jalil smula -- stesen Masjid Jamek. Jalan2 di bazar masjid jamek -- Jalan TAR -- Semua House -- Sogo -- Pertama. Naik bas semula utk pulang ke UIA. Wah3.. Berjalan sakan. Masing2 membeli apa yg sepatutnya. Baju, kain potong, bekas tisu, tudung & sebagainya. Saya? cuma beli tiket bas yg b'harga rm31.10 tu sahaja. Hehe.. Puas mereka menduga saya, mncadangkn itu & ini utk saya beli, cemburu mereka kerana saya x membeli apa. Suka benar mereka melihat saya mengambil duit di ATM. Tapi bukan utk membeli tadi, nanti2 di lain kali. Hihi.. Ini lah saya, yg x reti membeli belah sendiri sebenarnya. Tengok baju tudung kasut xda rasa apa, ada sale berganda pun x terasa bahangnya. Sungguh xda perasaan org nya.. hehe. Tiket ~ tertunai sudah hasrat dan itu yg utama.. (",)

..ain + sarina yg bukan main lg (",)..
..tinggal b3 bila kak nabila sudah b'keluarga (ain safuan, sarina & saya). Ain salim, kami tggu ain utk m'genapkn smula bilangan kita. hihi..

..semua kena buat 'peace'? xnakla.. hehe..
.
ilham abadi: Terima kasih sarina & ain.. Best3. Sem depan boleh jalan2 lg, Beli pa yg kamu2 x terbeli tadi. hehe.. Sarina sbg tour guide, cekap benar dia dgn jalan2 yg ada di ibu kota. Pemandu pelancong yg bukan calang2nya. bagus3.. hehe.

Friday, June 11, 2010

:: Selamat Pengantin Baru ~ Kak Nabila ::

6 JUN 2010: Alhamdulillah.. diberikan kesempatan oleh Allah utk hadir sama ke walimah mereka yg berbahagia, rumate saya kak Rabiatul Nabila Che Johar & suami tercinta abg Ahmad Izzzuddin Abu Bakar. Alhamdulillah, sekaligus melunaskn janji saya utk bersama meraikan walimah mereka kerna tiada berkelapangan utk hadir sama ke majlis pertunangan mereka februari yg lalu..
.
Indah senyuman tampak berseri, mempelai dirai penuh beerti, indah majlis raja sehari, bertemakn coklat oren seisi family.. Alhamdulillah, keluarga yg jauh didekatkn, hubungan yg dekat b'panjangan. Family yg jauh datang bertamu, family yg dekat puas dijamu.. (",) hihi. Segalanya bermula dgn pertemuan, sedetik perkenalan yg membuahkn cinta & kebahagiaan.. 2 jiwa lelaki & perempuan, diilhamkn petanda melalui pertemuan, rasmi perhubungan dgn pertunangan, menanti saat utk disatukn.. Klik: Majlis Pertunangan (26/2/10) tersimpul jalinan dgn pertunangan, (6/6/10) rasmi perhubungan, berakhir pertunangan dgn lafaz pernikahan.
.
..Bunting yg di pasang pd khemah majlis..

..Pelamin penyeri kediaman, utk tujuan b'gambar kenangan..
.
..Sempurna sudah 'aqad: ijab & qabul..
.

..Barang2 hantaran berupaya hadiah, buah2an, persalinan berserta keperluan harian drpd pihak lelaki & perempuan..
.

..Hidangan: nasi minyak, acar timun, kuah dalca, ayam masak merah, daging beriyani & pencuci mulut yg menjadi kemestian..
.

..Pengantin disebelah petang, sama cantik sama padan..

Selamat Pengantin Baru kak Nabila & abg Ahmad.. Moga redha Allah b'sinar selalu. Moga kasih suci & tautan hati kaliankn berkekalan. Moga kebahagiaankn berpanjangan, hadir zuriat yg soleh solehah anugerah buat kalian.. Selamat melayari bahtera rumahtangga, semoga berbahagia.. :)

.

..Kami rumate2 yg hadir sama meraikan. Mengambil keberkatan majlis disamping tempias seri raja sehari. hehe..
.

ilham abadi: Selamat pengantin baru, moga redha Allah b'sinar selalu.. Dalam bahagia, ada sedihnya juga. Kurang sorg rumate kami setelah 2 tahun bersama. Tapi xpa, tuntutan hidup & pusingannya. Masanya telah tiba & mengena (",). InsyaAllah, seterusnya nanti kami pula. hehe..