Saturday, August 7, 2010

:: INSPIRE ~ SMK Taman Selayang ::

Tanggal 6 ogos 2010 Inspire Club IIUM sekali lagi diundang utk mengadakn program FRIENDS di Sek Men Kebangsaan Taman Selayang, Selangor. Program Pemantapan Sahsiah Diri, program yg paling singkat, berlangsung cuma slama setengah hari dgn bilangan peserta seramai 60 org, Adik2 terpilih yg kesemuanya trdiri drpd para pelajar tingkatan 2. Program yg tidak diberitahu awal oleh pihak sekolah kpd adik2 peserta, kejutan yg menyeronokkn kata mereka. hehe.. Nakal mereka, kerasnya perlakuan & perwatakan mereka, tetapi masih mahu mndengar kata. Di sini Allah m'bantu, mnunjukkn kami jalan, m'beri kami kekuatan & memudahkn sgala urusan (",) Adik2 peserta drpd plbagai bangsa, melayu, cina & india. Apa pun alhamdulillah, b'kesempatan mendekati & b'program bersama adik2 yg sedikit menguji tetapi sgt b'potensi ini. Hehe..


..kakak3 fasi yg b'semangat. b'gambar dulu sblm b'khidmat. hehe..

..bilik tayangan SMKTS..

..adik2 peserta lelaki & perempuan..

..kak teha, kak ayu & kak ain b'gmbr b'sama adik2 sblm balik..


.
Alhamdulillah, program berjalan sepertimana yg direncanakn. Perlaksanaan LDK tidak terlalu b'gantung kpd modul yg ada, pengisiannya masih b'sesuaian dgn maksud & objektif yg sebenarnya. Alhamdulillah, ke 5-5 slot t'masuk slot muhasabah dpt kami laksanakn b'sama mereka walaupun dikekang dek masa. walaupun sedikit t'ganggu bilamana program b'langsung serentak dgn sesi pelajaran & pembelajaran sebelah petang, masa bersama yg da tetap kami gunakn dgn sebaiknya. Program yg singkat, tapi sarat dgn nasihat mnjadi bekalan utk adik2 yg akn kami tinggalkn.. TERIMA KASIH buat semua yg t'libat. Senior2 inspire: Kak yan, abg umar, kak hani & kak sya. Barisan fasilitator inspire batch 10: Abg Syazwan, Raaed, Kamil, Afnan, Teha, Ain, Ayu, Asma, Jue, Shafiyah, Kina, Faa, dan Quya. Trima kasih pd Ayu terutamanya selaku partner fasi saya sepanjang program berlangsung, banyak membantu bila saya mulai buntu (",)..
.
Adik2 sayang.. (magesan, azreen, azlie, azan, anis, thibanraj, ashraf dan azira). Adik2 adlh anak2 yg hebat, anak2 yg blh berjaya, pelajar yg b'potensi. Kesempatan sehari bersama adik2 semua mmg tidak cukup utk adik2 dikenali sepenuhnya. Cukuplh sehari nilaian kami ini, adik2 sebenarnya sgt b'potensi. Allah mengurniakn kesempurnaan akal & jasad yg x berbelah bahagi. Allah mengurniakn hati utk merasai, mata yg melihat utk meneliti & akal yg menilai smula baik buruk pekerti. insyaAllah.. moga adik2 dipelihara oleh Allah. Ilham & hidayah milik Allah, mintalh padaNya yg memegang hati2 manusia. InsyaAllah, akak percaya perjalanan masa akn merubah segalanya. Moga kelak bila kita b'jumpa, adik2 ini mnjadi manusia yg luar biasa, manusia yg berguna. InsyaAllah.. Program sehari bersama adik2 yg disifatkn oleh guru2 berjaya, program yg diminta dilanjutkn ke 3 hari hatta seminggu dlm ucapan wakil salah seorg drpd peserta. hehe.. Doa kami sntiasa mengiringi.. insyaAllah biizniHi, b'temu lg di lain kali..

Tuesday, August 3, 2010

:: INSPIRE ~ Kafa Integrasi Masjid Proton ::

Salam semua.. Kurang lebih sudah 2 minggu blog ini sepi tidak dikemaskini dgn entri2 yg terbaru. Bukan tiada idea mahupun peristiwa yg berlaku, cuma tiadanya kesempatan & ruang waktu. Apa pun, dlm entri kali ini sy sekadar mahu berkongsi, mengabadikn peristiwa & kenangan yg berlaku pd 31 julai & 1 ogos 2010 yg lalu.. Alhamdulillah, b'kesempatan b'program di salah sebuah sekolah agama di Shah Alam, Kafa Integrasi Masjid Proton. Peserta seramai 150 org terdiri drpd adik2 darjah 5 & 6 yg akn mghadapi UPSR, PSRA dan UPKK. Adik2 yg sgt comey.. :)

Seterusnya, antara gambar2 yg sempat kami rakamkn spnjang program 2 hari bersama mereka..

..trima kasih utk trainer kami kak is, senior inspire yg mengiringi: kak mar & kak sya.. Banyak ilmu & perkara2 baru yg kami timba drpd kamu3.


..riadhah pagi..

..kak quya & adik2..
..comey2 belaka. bakal syuhada', pndakwah, pendidik & pemimpin dunia..

..adik2 saya: zaife, haziq, yaakob, arif, zaid, fadhlin, hazirah, sofia, maisara. rindu mereka sgt3.. (",)

..kami yg keletihan. amat2..

..kakak2 fasi disebelah malam~ malam kesenian islam. Melihatkn p'sembahan adik2 cilik ini di atas pentas. comey2 mereka, b'sungguh2 b'kongsi idea..

..abg ajip & adik2..

..adik2 peserta yg comel2 belaka (",)..

..adik2 perempuan soleh solehah (",)..

..salam mahabbah..

Setiap kali turun b'program bersama adik2, melalui slot salam mahabbah ini, saya sering ditanya oleh semua fasi2 apa yg saya bisikkn ke telinga adik2 ini. Kata mereka pd saya, check point salam yg paling lama. hehe.. Adik2 tidak menangis sbelumnya, tetapi bila sampai pd saya menyambut tangan & mendakap tubuh saya, adik2 akn menangis & mengesat airmata. Fasi slps saya yg mesti b'peranan memujuk mereka. Perkara sama berlaku di SK Tanjung Lalang juga. hehe.. Sebenarnya, saya bisikkn perkara sama pd semua peserta. Entah xtahu t'sentuh hati mereka hingga t'sedu2 pada ayat yg mana satu (",) Alhamdulillah, Allah memberi saya kekuatan.. menyusunkn idea & kata2 yg bernas dlm minda saya saat itu..

.

Slot t'akhir bersama mereka~ slot muhasabah yg sy rasakn berjaya bilamana 9 pasang mata memandang tepat ke arah saya. Kepala yg mulai tunduk, mata yg merah sayu & bergenang mulai digosok. Dibantu lg dgn suasana kelas yg sunyi sepi, cuma kedengaran bunyi kipas & detik jarum jam didinding. Alhamdulillah, muhasabah & peringatan utk diri saya juga t'utamanya, semestinya saya yg lebih t'kesan dgn apa yg saya sampaikn kerana telinga saya yg t'lebih dulu mndengarkannya. Apa pun yg pasti, agak payah utk mencuri, membawa hati & minda adik2 kecil menyelusuri slot muhasabah ini. sedikit mengambil masa utk merendahkn sedikit mood & keceriaan mereka yg sgt aktif tak terkira dalam permainan & slot2 yg sebelumnya. apa pun alhamdulillah, sgalanya sudah Allah p'mudah. masih terus b'hubungan dgn mereka melalui telefon & sebagainya. SAYANG mereka, RINDU mereka..

.

ilham abadi: Alhamdulillah.. Program berjalan dgn sebaiknya. Sgt b'bahagia dpt b'jumpa & b'program 2 hari bersama mrk. Anak2 soleh solehah yg mudah utk ditarbiyah & mndengar kata. Rindunya pd mereka yg comey2 belaka.. (",) InsyaAllah, entri seterusnya nanti b'kisah tentang program sehari kami di SMK Taman Selayang..

Sunday, July 25, 2010

:: Nisfu Syaaban ~ Bulan Selawat ::

Usrah Inspire Club IIUM: Khamis (22/7/2010), sekadar prkongsian bersama..
.
Nisfu Syaaban~ ‘Ada apa dgn 15 Syaaban, kenapa perlu diberat & diraikan?” Persoaln yg kerapkali menjamah mata & mnjengah ke telinga, menjadi prtikaian & kekusutan muslimin di Malaysia khususnya.. Kenapa tidak dinokhtahkn prsoaln yg mghantui kebiasaan itu kpd pernyataan baru? “Nisfu Syaaban: kenapa tidak dirai & diertikn kehadirannya?” Umum mengetahui, nisfu syaaban juga merupakn antara hari kebesaran islam selain lailatul qadar, hari kelahiran Baginda SAW, nuzul quran & sbagainya. 15 syaaban, berlakunya peristiwa pertukaran kiblat drpd Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram slepas permintaan baginda Rasulullah diperkenan Allah.
.
Ingatan & kesedaran muslimin dgn galakn b’puasa, memperbanyakkn ibadah & amalan2 sunat, pergantungan harapan & panjatan doa, solat sunat tasbih, bacaan yaasin & sebagainya pada malamnya, bukanlh kerana kekhilafan mentaliti mahupun ketaksuban mereka terhadap Syaaban. Sebaliknya, ia sbg tanda kesyukuran kerana diberikn kehidupan di dlm Syaaban, memohon agar dipertemukn lagi dgn Ramadhan seterusnya mgharapkn anugerah rahmat & kebahagiaan dgn kehadiran Syawal.
.
15 syaaban.. Tarikh pasti yg telah Allah beritakn pd muslimin seluruhnya. Tarikh pasti yg padanya Allah menjanjikn segala. Malam pengampunan, pembebasan drpd api neraka, mustajab doa & permintaan manusia yg ikhlas & bulat tekadnya. Sedang Lailatul Qadar yg mnjadi rahsia, cuma dikhabarkn hadith di antara 10 mlm terakhir ramadhan terkandung ia, berusaha kita utk memperoleh sgala kebaikannya.. Siangnya diisi dgn sedekah & amal jariah, malamnya sarat dgn ibadah & zikrullah. Syaaban yg sudah diketahui tanggalnya, mengapa tidak diisi dgn sbaiknya2, sehebat lailatul qadar yg didambakn perolehannya?
.
Ilham abadi: Baginda SAW berpesan bahawa sesuatu perkara itu jika tidak boleh/tidak mampu dilakukn kesemuanya, jgn terus ditinggalkn semua.. Beruntungnya ummat Muhammad SAW, hanya sedikit amalan yg dikerjakn, sedang pahala berganda mnjadi pulangan. Mendambakn redha ALLAH yg bersifat sempurna..

Saturday, July 17, 2010

:: Selamat Hari Lahir ~ Kak Ila ::

[16 julai 2010]
.
:: SELAMAT HARI LAHIR ::
.
~24 tahun~

..Moga redha ALLAH bersinar selalu..
Peningkatan usia, penambahannya bkn semata pd angka, tetapi juga pd kematangan akal & amal ibadah kita (",) Ma'aki najah, moga terus tabah b'depan mehnah. trima kasih utk kek bear yg comey itu.. hihik.

:: Lembaran Baru ::

Salam semua.. Alhamdulillah, kembali smula ke Taman Ilmu & Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, meneruskan sesi pengajian yg seterusnya. 12-7-2010~ Semester 1 2010/2011 bermula. 3 minggu saya b’cuti bersama family di teratak kasih kami di kulai johor stelah smpurna mnjalani smester pendek kurang lebih 2 bln lamanya. Short semester yg berlalu, byk membekaskn memori diminda & meninggalkn jejak dihati saya. Tempohnya sesingkat 2 bulan cuma, tp plbagai perkara baru menjengah kehidupan realiti, menduga hati & pendirian diri. Apa pun alhamdulillah.. zu fikrah, zu qudrah, zu quwwah anugerah Allah. Tawa & airmata mempamer ‘ibrah, mengajar saya realiti kehidupan yg sebenarnya.
.
Sem 1 2010/2011 dgn 19 credit hour.. Alhamdulillah, walaupun sedikit berat b’banding semester2 yg sebelumnya, saya menganggapnya sbg slh satu cabaran utk diri saya. Belajar drpd mula, x mengenal erti malas & putus asa.. ma’akum najah insyaAllah.. (“,)

Tilawah (1)
Introduction to history and civilization
Fiqhul qadha'
Creative thinking & problem solving
Mabahith hukm
Ijtihad wa ifta'
Turuq istinbat hukm (1)
.
Mohon drpd Nya, mendengar luahan & memperkenan permintaan. Memberikn ketenangan pd hati, moga tidak lagi di uji dgn perkara2 yg membuatkn saya menilai & b’fikir lebih drpd sekali. Memaruti luka pd hati yg tidak pantas saya lukai, memaling sepi pd hasrat mereka yg mahu mendekati, memohon hati drpd yg tidak berhak saya miliki. Jenuh sudah menyembah rasa payah utk melupakannya. Memandang dia yg berada di depan mata drpd sudut pandangan yg berbeza mnjadikn saya seorang yg berjiwa. Mahu memperindah segala, menambah baiki baik buruknya ilmu & pekerti utk duduk sama rendah & berdiri sama tinggi dgnnya. Sekadar mencuri pandang dr sipi, membatasi pandangan kini agar tidak lagi terlalu m’kagumi.. Saya menyimpul kemahuan, mematikan angan bila pasti kesempurnaan nilaian drpd kacamata saya layaknya hanya bersifat sementara, tidak pantas utk saya memandang & menginginkannya terus berada di depan mata utk selamanya. Terima kasih ya Allah menemukan saya dgnnya, memberi kesempatan mengenali & b’komunikasi dgnnya walaupun sekejap cuma. Ukhuwwah yg saya kira cukup bermakna sarat dgn pernyataan & hakikat yg b'guna, terasa benar manisnya. Hatinya milik Allah..
.
Kalau pun bukan dirinya, saya mahukn yg sepertinya. Yg mana hati tenang setiap kali memandangnya, jiwa tidak bercanggah dgn serasi pd setiap pandangan & pndiriannya, tercetus sedar & fikir pada bait2 ayat & perwatakannya. Senang dgn cara & penampilannya sejak pandang pertama, memenuhi kemahuan & citarasa. insyaAllah, berbaki 2 semester lg sebelum sempurna degree.. Mhon kekuatan drpd Ilahi & semangat yg x henti2 utk terus berdiri. Berlari jauh drpd kenyataan yg sebelumnya utk menghampiri hakikat yg seterusnya.
.
Ilham abadi: Selamat menjalani semester baru sem1 2010/2011 buat sahabat2 semua. Bitaufiq, insyaAllah ma’anaa najah.. Ya Allah, kuatkn saya. Maafkn saya atas ujian hati ini.. Semester baru, lembaran baru.. (“,)