Tuesday, April 5, 2011

:: Terima Kasih Readers & Followers ::

Salam semua.. lama sudah blog ini menyepi tanpa sebarang fakta & peristiwa. Apa pun alhamdulillah, b'kesempatan seketika mencuri masa yg terluang antara 2 kertas imtihan akhir semester, menjadikn laman blog yg seakan tidak bernyawa ini b'nafas semula.. (",) Terima kasih kpd semua followers & readers yg masih setia menjengah & mengikuti entri2 yg ada di dalam blog yg x seberapa ini.. Terima kasih kpd yg x jemu2 b'tanya & meminta update entri2 & penulisan yg t'baru drpd sy, 'rindu' utk membaca gaya bahasa & tulisan sy kata mereka.. hehe. Syukran awi2, sentuhan biasa yg cuma santai2 & bersahaja, lebih kpd p'kongsian cerita & pengalaman yg ditempuhi dlm kehidupan seharian sy, bukanlh laman ilmiah yg sarat dgn fakta & perkongsian berguna. Apa pun, terima kasih semua.. Moga ada manfaatnya.. (",).



Alhamdulillah, pembaca di ruangan ini hadirnya drpd peringkat usia yg berbeza2. Bersifat menyeluruh latar belakangnya & universal bagi saya, cewwah.. hehe. Perbezaan & kepelbagaian inilah yg menjadikn sy tampak terlalu kerdil dalam lapangan ini, bersimpuh malu kerana kurangnya ilmu utk terus menulis & berkata2 tentang ini & itu. hehe.. Apa pun, kenyataan ini mengheret sy utk lebih berusaha sebenarnya dalam menyediakn entri yg lebih sempurna. Moga sy mampu utk bersikap lebih terbuka & berlapang dada pd pandangan & kritikan yg membina, berupaya menghidangkn kepelbagaian pd corak penulisan saya iaitu pd lontaran & gaya bahasanya selain meluaskn tumpuan pd topik2 yg lebih jelas keperluan & manfaatnya kpd pembaca & follower setia. InsyaAllah.. (",) Terima kasih semua, ajari & b'kongsilh dgn saya agar mampu saya beraksi lebih hebat lagi dalam lapangan ini..


ilham abadi: Terima Kasih Puan Iza, isteri kpd seorang suami & ibu kpd 3 org penawar hati, follower "ilhamhamba" yg khabarnya suka membaca tulisan & entri2 yg tersedia di ruangan ini.. terima kasih puan, mohon terus mengikuti & menjadi pemerhati, menegur pd kesilapan & kekurangan yg harus sy perbaiki.. ^_^

Tuesday, March 15, 2011

:: Jangan Mencari Terlalu Sempurna ::

Salam semua.. Sekadar p'kongsian b'sama. Tersenyum sendiri sy dibuatnya saat artikel ini sy baca. Alahai.. hehe.

Jika kamu memancing ikan.. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.
.


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yg kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah & cuba mencari makanan yg lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dgn seorang insan yg pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU.. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yg lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yg akan MENYESAL..

Saturday, February 19, 2011

:: Forum: Pemilik Cintaku ::

Alhamdulillah, pada hari Isnin (14 Februari 2011) sy b'kesempatan menghadiri satu forum dgn kerjasama beberapa persatuan & mahalah di UIAM gombak, serta KARISMA bertajuk PEMILIK CINTAKU. Panel jemputan ialah Ustaz Amiril (Imam Muda astro oasis di tv9), Ustaz Norhisyam (Mentor Imam Muda) dan Puan Rosmawati (Raudhatus sakinah). Forum bermula pd jam 9 & b'akhir pd jam 11 mlm.. Justeru sekadar p'kongsian b'sama, antara rumusan, ilmu & imbuhan yg dpt sy kutip & bawa pulang drpd forum ini..

Dakwaan 'aku mencintai Allah & Rasul', adakah cuma ritorik @ hipokrit @ cuma ungkapan manis dibibir saja? Remaja yg bercinta, apakah sebenarnya matlamat & dimana sebenarnya destinasi cinta yg diagungkn mereka? Antara p'soalan yg diutarakn panel membawa minda kita ligat b'putar, b'fikir & merenung semula hakikat cinta yg sebenarnya..

Sungguh, cinta itu fitrah yg dititip & dianugerahkn dlm jiwa manusia. Normal & fitrahnya cinta bila dicampakkan dlm hati si jejaka kpd si teruna & teruna kpd jejaka bukan kpd jantina & rupa paras yg serupa. Semua manusia dianugerahi cinta, kecenderungan, minat, rasa kasih, sayang & sebagainya. Perasaan ingin memiliki & dimiliki, hasrat utk mencintai & dicintai bila tiba masanya. Justeru, islam hadir mengatur cara & memandu manusia yg diuji Allah dgn fitrah yg t'tambah ini. Bukan utk menafikan anugerah, bukan utk membunuh fitrah, tetapi utk mengawal anugerah cinta, menunjuk arah salurannya..


Hebat cinta anak muda, sehebat & sebesar jiwa muda & remajanya, membara2. hehe.. Namun, cinta yg sebenarnya harus dikembalikan kpd pencipta cinta (Allah & Rasulnya). Indahnya bila hati yg sarat dgn cinta kasih itu disalurkn kepada yg sepatutnya. Cinta itu anugerah terindah utk dijaga & dipelihara dgn sebaiknya. Bukan HARAM bercinta, tapi menjadi haramnya cinta kerana tindakan & pemahaman pencinta yg memiliki cinta. Terlanjur dlm mengolah & membimbing fitrah cinta yg Allah anugerahkn padanya, menyalahgunakn cinta. Mencintai makhluk bagai nak gila, kalah hikayat cinta Laila & Majnun dibuatnya, (pndai2 sy menambah. hehe) tapi bagaimana pula tahap cinta kita kpd si Pencipta cinta & yg dicinta? "Org yg tepat pengakuan imannya adalah org yg baik budi pekertinya.."
Persoalan mengenai hakikat 'cinta anta-anti' mmbuatkn sy t'senyum sndiri, bagaikn terkena ke batang hidung sndiri. hehe.. Ini p'cintaan mereka yg punya didikan agama, mantap tarbiyahnya. hehe.. kata Puan, biasanya mereka ini x kering tazkirah di talian dr pg smpai ke petang mmbawa ke malam. aduh! hehe. Zahir nampak sempurna & terpelihara cinta mereka tnpa p'temuan cuma berSMS saja. Tapi jerkah Puan, zina hati bagaimana? Kalau dlm beratus patah perkataan terselit sepatah kata yg berbaur cinta, x ke bergoncang juga iman kita? (pandai2 je sy menambah. hehe..) Jadi terngiang-ngiang, nk dibaca berulang-ulang, lahir rindu-rinduan & sebagainya? hehe.. apa pun, sekurang2nya cinta anta anti ini punya pengisiannya, mgkin lebih jelas matlamat & destinasinya disebabkn kefahaman yg tinggi pada agama. Namun yg b'ilmu, kenapa tidak diukur buruk baiknya dimana? (tersenyum sndiri sy dibuatnya. hehe..)

Puan Rosmawati b'kongsi satu hadis ttg bgaimana caranya utk mndapatkn kemanisan iman.. Sungguh, nikmat cinta dirasai setelah kita mecintai Allah & rasulnya. Memuja muji kelembutan & ketegasannya, kecantikan & kekacakan rupa parasnya, tapi melupai tuhan yg menciptakan keindahannya. 'si cantik itu, si kacak itu Allah yg cipta'.. Disebut bahawa org yg b'cinta tidak meninggalkan 'jejak kasihnya' dimana2. hehe..

Dikongsikn ttg 4 perkara utama yg dilakukn rasulullah ketika b'hijrah yg mana perlu diteladani agar mudah didekati & disenangi manusia sekelilingnya.
1- Menyebarkn salam (kesejahteraan)
2- Menyediakn jamuan (makanan & keperluan hidup manusia lain)
3- Mengeratkan silatulrahim
4- Bangun malam (qiamullail)

Kembalikn cinta pada pencipta cinta. Allah m'beri jalan, mencatatkn 4 perkara t'masuk jodoh di luh mahfuz sejak azali lagi. x cukup cuma sekadar b'serah kerna Allah memandang & menilai usaha kita. Tidak putus pada doa & harap, mhon yg t'baik sbg pasangan kita, penenang jiwa & penyejuk mata.. Justeru, pemilik cintaku? Allah & Rasul.. seterusnya? hehe.. Nikmatnya pacaran selepas pernikahan~ (",)

ilham abadi: hehe.. Ayat yg digunakn panelis mudah & ringkas sbnrnya. tetapi ditambah & diolah smula mengikut kefahaman ayat sy m'jadikannya payah & berjela. Hehe.. Bersambung nanti dgn forum ygt seterusnya "antara 2 cinta'' yg saya kira rencah & p'kongsiannya lebih berbisa..

Tuesday, February 15, 2011

:: Gathering SYNERDINA ::

16/1/2011: Gathering SYNERDINA, seharian b'sama semua (kami & trainers) di Taman Tasik Perdana. Alhamdulillah, ksempatan ke-2 bwt kami smua mnikmati seharian bsma, keluar drpd tekanan & kesibukn kerja. Semester lepas di Tasik Titiwangsa, smester ini di Tasik Perdana. 2 taman rekreasi yg menjadi saksi kemesraan & kesatuan kami. Hehe.. Terima kasih bwt ceksu & kak yan ats ksudian mghabiskn seharian bsma kami smua, dr pagi smpai ke senja. Maaf kami phon drpd trainers berdua di atas sgala kekurangn & kelemahan yg wujud & ada sepanjang seharian kita b'sma.
.
..taman tasik perdana..
.Alhamdulillah, biiznillah viva hitam & putih mnjadi pgantara yg menyatukn kami di sana. Seharian yg sarat dgn 1001 mkna & rasa. Penat mmg tidak terkata, tetapi kemesraan & kebahagiaan saat bsama melentur canggung & membalut rapi keletihan yg x terkira sebelumnya.. Slot t'akhir drpd ceksu & kak yan mmberi kesan yg mndalam pd minda & jiwa, fursoh bwt kami b'suara, b'cerita & b'kongsi rasa. Sungguh x kenal maka x cinta. Semakin dlm pengenalan, smakin byk yg tidak kita ketahui sebenarnya. 'Surat cinta' memberi ruang utk kami b'kata2, menzahir penghargaan, semangat & nasihat tanpa perlu b'suara, kertas putih yg akn disimpan smpai bila2. Di sana terpahat prihatin & kasih sayang sesama kita.

..taman kancil & rusa..

..menikmati makan tengahari diperkarangan masjid negara slps solat zohor..

Seharian yg sarat dgn kenangan.. Terima kasih kpd smua yg ada b'sama kami smua. Ceksu, kak yan, kamil, afnan, teha, ain, faa, nik & bairah. x lupa juga pd yg tidak b'kesempatan hadir bsama kerana kekangan masa, kesibukan kerja & sbagainya~ asma, ayu, kina, khairina & izzah. Moga redha Allah b'sinar selalu. Mhon kasih terus melimpah, sayang terus meruah..
.
..cenderahati ingatan & kenang2an drpd kami semua buat trainers b2..

Ceksu & kak yan, terima kasih buat segala2nya. Terima kasih atas kesudian membimbing & mengasuh kami seinci erti hidup berdikari. Syukur ya Allah, memilih kami utk b'sama mereka, utk b'sama smua. Minda & jiwa kami x b'canggah dgn serasi. Mohon maaf drpd sy mewakili smua bwt segala2nya. Semakin hari semakin sayang.. Semakin mendalam rasa ukhuwwah & utuhnya kemesraan kita. Sayu hati bila mengenangkn hakikat perpisahan & kelak kita semua akn b'jauhan. Adat & hukum alam menyatakn, setiap pertemuan ada p'pisahan. B'hasrat memati & menokhtahkn perpisahan bila sedar yg sbnrnya kita sudah mnjadi semakin dekat, hati2 kita sudah pun terikat.. Yg dulu memilih utk mmbisu, kini dia lh yg rajin m'celah ini & itu. Yg dulu malu2, kini dia lh yg suka menyakat, b'seloroh x menentu. ^_- hehe.. Semester ini hampir ke penghujungnya, kelak pergi seorang demi seorg drpd kita krana tntutan hidup, keluarga & masyarat diluar sana yg lebih memerlukn kita. Mhon ingatan & kemesraan ini berpanjangan utk selama2nya. Mohon adanya penerusan & kesinambungan drpd salam & jabat pertama kita di AIT dulu.. ~RINDU trainers SAYANG semua~

:: Bernafas Kembali.. ::

Salam semua.. الحمدلله بإذن الله blog ini b'nafas semula.. hehe. Atas p'mintaan followers yg setia & sahabat2 yg lainnya, sy kembali menggagahi diri menconteng seperenggan dua cerita di laman blogger yg ada ni. Bukan sy kekeringan idea, fakta mhupun peristiwa, cuma dikekang dek masa, kesibukan kerja, program2 & sebagainya.. Apa pun, jom sy kongsikn b'sama semua peristiwa2 yg sy lalui sepanjang menyepi selama 2 bulan ini.. (",)
..
.
13/12/10: Semester 2 2010/2011 b'mula.. Alhamdulillah, cuma b'baki sesem lg sblm sy smpurna degree. Dgn 17.5 credit hour, mhon Allah m'permudahkn segala...
..
Segalanya yg b'kaitan dgn INSPIRE CLUB IIUM. Hehe.. 19/12/10 b'langsungnya program pertama Inspire utk semester ini. Annual General Meeting, p'lepasan jawatan oleh mantan board yg t'dahulu & penyerahan smula kpd board yg baru. Sgguh, amanah ini bkn hak milik tetapi anugerah. TAHNIAH & TAKZIAH utk sy & utk mereka. Tahniah atas nama rela & b'sedia, takziah atas nama t'paksa & merasakn blm tiba lg masanya. Tahniah jika tanggungjawab itu mampu dilaksanakn sebaiknya, takziah atas murka Allah, amarah & pandangan serong manusia jika amanah itu dipenuhi tidak sempurna. Apa pun, slmt b'usaha & slmt maju jaya. Ikhlaskn niat & b'lapang dada..



Seterusnya, ijtima' kubra.. Malam yg menyatukan ahli baru & lama, menyambut & mengalu2kn penyertaan baru oleh adik2 INSPIRE batch 11. Alhamdulillah, b'kesempatan mengendalikn 1 group b'sama adik2. Mendekati mereka, b'kongsi cerita bg menarik minat & meyakinkn mereka ttg INSPIRE.. Senyuman x lekang dr bibir sy, p'soalan2 yg diajukn adik2 x dipinggir b'sahaja. Alhamdulillah di atas kkuatan & kelancaran lidah yg Allah berikn pd sy, pd mereka.. (",)

..ahli baru, adik2 Inspire batch 11..


29 & 30/1/11: Training Of Trainers (TOT) diadakn, latihan & bimbingan awal yg diberikn kpd trainers2 INSPIRE CLUB IIUM seramai 9 org semuanya. Alhamdulillah, program b'jalan dgn sbaiknya & diakhiri dgn ba'iah b'serta jamuan dihari yg kedua. Apa pun, TAHNIAH drpd sy buat trainers smua~ [abg mohd syazwan, kamil khalid, ain, hajar, fatihah, shafiyah, alwani, ruqayyah & fatin]. All the best utk smua. InsyaAllah, di mana ada kesulitan & jalan buntu, disana Allah hadir utk m'bantu.. Selamat menjadi trainers yg baik, dihargai & disayangi adik2. hehe..

ilham abadi: P'kongsian ttg program2 INSPIRE blh dibaca di sini: INSPIRE CLUB. Alhamdulillah, final year yg sgt sibuk dgn pengajian & program2 tmbahan. Mhon kekuatan & semangat yg b'terusan.. Program Basic Traning Inspire utk adik2 baru batch 11 yg b'langsung ahad lepas (13/2/11) akn sy kongsikn kemudian. Pertama kali menyampaikn usrah bersama ahli2 Inspire sluruhnya lelaki & prempuan, m'bawa bab munakahat dgn topik khitbah. Wah3, hangat benar p'bincangan dgn plbagai pndapat & p'soalan. Alhamdulillah, penyampaian & p'kongsian ptama slps m'galas amanah memegang biro da'wah & tarbiyyah. Moga redha Allah b'sinar slalu..