Monday, June 6, 2011
:: Rehlah Kita ::
Sunday, May 1, 2011
:: INSPIRE ~ All The Best!! ::






InsyaAllah adik2, dlm proses belajar & mengajar ini kita akan diajar dengan banyak perkara. Kita akan disentap & terkesima dgn perkara2 yg diluar jangka. Kita juga akan berusaha memperbaiki & mempersiapkn diri sebelum bertemu dgn mereka, sungguh itulah yg sebaiknya (",) Yg pahit akan nampak manis akhirnya, yg buruk akn tersingkap indahnya dimana. Good luck utk adik2 semua, FRIEND adalah medan yg seterusnya, group binding bersama trainers - hubungan & kekuatannya perlu diperkukuhkn selalu. Adik2, sayangi trainers adik2 & selalulh bersama mereka, jangan dibina tembok & jurang pemisah yg kelak akan menjauhkn adik2 semua drpd Inspire. Trainers yg ada hebat2 semuanya, mereka akn memberikn yg terbaik, lebih drpd apa yg adik2 duga. insyaAllah.. hehe. Percayalh adik2 telah dipilih Allah utk bersama Inspire, hati yg digerakkn ini bukan utk dipersia. InsyaAllah, memilih Inspire sbg lapangan utk adik2 menyumbang & berjasa selain sbg salah satu persatuan yg adik2 sertai di UIA ini adalah pilihan yg tepat & mengena. InsyaAllah.. bersama Inspire, adik2 akn perolehi semuanya. Ilmu & pengalaman berharga, semangat & ukhuwwah seperti sebuah keluarga. Kasih syg & kemesraan yg tumbuh & hidup dlm Inspire bukan bersifat sementara, bukan cuma ketika berprogram semata. Adik2, teruskn bersama Inspire hingga ke akhirnya. Ikhlaskn hati, perbetulkn niat bersamanya.. InsyaAllah, adik2 akn terus berada di lapangan yg sebenarnya.. (",)
Saturday, April 30, 2011
:: Sarat Ilmu & Makna ::
Buku 1: CINTA di AMBANG PERKAHWINAN, hadiah daripada trainer sy yg sy terima pada 16 Januari 2011 yg lalu.. Belum pun seminggu berlalu waktu itu, sempurna sudah buku ni sy baca. Semangat. hehe. Terima kasih ceksu (Mohd Suhairi Ismail), buku yg sgt berguna, sarat dgn ilmu. Buku ini mengupas panjang lebar tentang cinta, psikologi & pembahagiannya secara terperinci. Adab & pergaulan dlm islam, peminangan & pertunangan, seterusnya membawa ke pernikahan. Turut disentuh soal ciri-ciri pasangan pilihan yg dianjurkn, segala2nya berkisar soal cinta yg membawa ke gerbang perkahwinan & perkara2 yg wujud & ada ditengah-tengahnya. Segalanya dititipkn bersama dalil qot'ie daripada al-quran & hadith, diselangi doa & contoh2 yg berlaku pada zaman nabi, disesuai selarikn dengan perlaksaannya pada masa kini.. Alhamdulillah, buku ini manfaatnya tinggi, bahan ilmiah yg sy jadikn bacaan & rujukan, manfaatnya pd sy juga pada sahabat2 yg lainnya bila kandungannya yg berkaitan sy ceduk & sy bawa sama dlm penyampaian sy pd usrah Inspire yg lalu, bab peminangan & pertunangan (khitbah) (",) Terima kasih ceksu, syukran awi2. Macam tahu2 je, terus tepat & mengena pada sasarannya. hehe. Buku hadiah yg paling berharga, boleh berulang dibaca dirujuk & diguna, pahala & manfaatnya sampai bila2..
Buku 2: 10 TERMINAL SYURGA RUMAHTANGGA, pemberian sebagai tanda persahabatan yg sy terima pada 8 April 2011 yg lalu :) Senyum sendiri sy saat mengeluarkn buku ni drpd plastiknya. hehe. Kata sahabat yg memberi, baca nanti pada masanya. hehe. Dlm kesibukan & tekanan peperiksaan, buku ini sy selang selikn. Belek2 buku ni, sy tersenyum sendiri. Aduhai. hehe. Apa pun, terima kasih banyak kamil (Mohd Kamil Mohd Khalid), seorang sahabat yg sgt banyak membantu & menyokong sy, selalu berusaha utk memenuhi & sentiasa mahu memudahkn segala. Dlm xtahu2 kamil utk memilih yg mana seperti katanya, tajuk & kandungannya masih tetap berbisa. Manfaatnya kini, nanti & nanti2. hehe. insyaAllah, pastinya ia akn diulang baca lagi dilain kali.. :) ilham abadi: 2 buah buku yg sy terima semester lepas b'kisar tentang cinta, perkahwinan & rumahtangga.. terima kasih utk ceksu & kamil, dlm xtahu & xreti memilih kononnya, hasilnya tetap berguna, manfaatnya kini & selamanya. sy suka :) Cinta & rumahtangga, bersama kita menuju ke sana, insyaAllah.. hehe.
Wednesday, April 13, 2011
:: 'Frust' dalam Bercinta ::
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini. Benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yg paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yg pernah paling kita cintai. Ramai orang yg hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai: "Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yg engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.” 
.
Jangan katakn kenapa aku yg kena? Jangan labelkn aku yg malang. Tetapi katakn, aku yg terpilih. Terpilih utk putus cinta dgn manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dgn Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskn utk menyambungkn. Putus cinta dgn manusia, tersambung cinta dgn Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahn, kemiskinan, kegagalan, termasuklah putus dlm bercinta. Dalam ujian kesusahan slalunya manusia lebih mudah ingatkn Allah. Alangkah indahnya jika org yg frust cinta itu kembali kpd Allah secara sihat – maksudnya, bkn sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yg sejati. Allah tidak pernah mengecewakn. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yg tidak mencintai kamu adalah sia2, menyia-nyiakan org yg mencintai kamu adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan.. siapa yg paling mencintai kita? Siapakah yg kita sia-siakan selama ini? Fikir.. Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir.. barangkali putus cinta ini adalah rahmat yg tersirat, “Allah menjemput aku utk mencintaiNya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yg sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIA lah Tuhan yg sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya utk menyambungkan cinta kepadaNya. Ketika itulah org yg frust cinta akan benar2 terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih! 

Tuesday, April 5, 2011
:: Terima Kasih Readers & Followers ::

Alhamdulillah, pembaca di ruangan ini hadirnya drpd peringkat usia yg berbeza2. Bersifat menyeluruh latar belakangnya & universal bagi saya, cewwah.. hehe. Perbezaan & kepelbagaian inilah yg menjadikn sy tampak terlalu kerdil dalam lapangan ini, bersimpuh malu kerana kurangnya ilmu utk terus menulis & berkata2 tentang ini & itu. hehe.. Apa pun, kenyataan ini mengheret sy utk lebih berusaha sebenarnya dalam menyediakn entri yg lebih sempurna. Moga sy mampu utk bersikap lebih terbuka & berlapang dada pd pandangan & kritikan yg membina, berupaya menghidangkn kepelbagaian pd corak penulisan saya iaitu pd lontaran & gaya bahasanya selain meluaskn tumpuan pd topik2 yg lebih jelas keperluan & manfaatnya kpd pembaca & follower setia. InsyaAllah.. (",) Terima kasih semua, ajari & b'kongsilh dgn saya agar mampu saya beraksi lebih hebat lagi dalam lapangan ini..
ilham abadi: Terima Kasih Puan Iza, isteri kpd seorang suami & ibu kpd 3 org penawar hati, follower "ilhamhamba" yg khabarnya suka membaca tulisan & entri2 yg tersedia di ruangan ini.. terima kasih puan, mohon terus mengikuti & menjadi pemerhati, menegur pd kesilapan & kekurangan yg harus sy perbaiki.. ^_^

