Friday, July 3, 2009

:: Munajat ::

Nabi Muhammad SAW bersabda:

'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'
.
Ambillah waktu untuk "berfikir", itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk "bermain", itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk "berdoa", itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk "belajar", itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu utk "mencintai & dicintai", itu adlh hak istimewa yg diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk "bersahabat", itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk "tertawa", itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa. Ambillah waktu untuk "memberi", itu akan membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk "bekerja", itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk "beramal", itu adalah kunci menuju syurga..