Tuesday, May 25, 2010

:: INSPIRE ~ SMK R1 Wangsa Maju ::

Salam semua.. Alhamdulillah, pd 22 Mei 2010 kami Inspire Club IIUM sekali lg diberikan kesempatan berprogram sehari di Sek Men Kebangsaan R1 Wangsa Maju. Program Kursus Jati Diri yg b'langsung selama sehari ini disertai seramai 75 org peserta yg trdiri drpd adik2 tingkatan 1,2 dan 4. Program sehari b'sama adik2 yg disifatkn hardcore ini memberikn kami pengalaman yg saya sifatkn luar biasa. Berdepan dgn mereka yg terpilih, 7 perempuan & 68 lelaki yg masing2 punya kisah & pengalaman t'sendiri, memberikn kami para fasilitator pengalaman yg beharga utk diingati. hehe.. Alhamdulillah, Allah x jemu mendengar doa & permintaan kami, memberikn kekuatan yg x henti2 sepanjang b'depan dgn adik2 ini. Kami fasilitator yg kesemuanya 'bunga', tetap b'syukur dgn kehadiran b'sama 2 kumbang melengkap suasana.. Utk b'depan dgn adik2 ini, pasti jelas lemahnya kami kalau tnpa kehadiran fasi lelaki. hehe.. terima kasih Raed & Fateh, juga abg umar, abg zizan & abg farhan.. :)

Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung/tidak langsung. Puan pengetua, barisan guru2 SMK Wangsa Maju, adik2 syg.. abg Kamil, Abg Umar, abg Farhan, abg Zizan, kak Fira, kak Hani, kak Dal dan kak Mas. Barisan fasilitator Inspire Club batch 10: Raed, Fateh, Hajar, Qayah, Fatin, Awatif, Aziah, Asiqin, Fatihah, Afrah, Bairah, 'Atiqah, Razifah & Ainul.

..8.00am: majlis pmbukaan & penyerahan adik2 oleh puan pengetua kpd kami..

..adik2 saya, LDK1-slot3 group binding..

..Aduhai adik ini.. hehe.
.
Adik Song yg b'bangsa Cina, benar2 menduga kami brdua. Aduhai adik ini.. jenuhnya utk benar2 b'komunikasi & bertentang mata dgn nya. pemalukah dia? atau hadir ke program ini krna t'paksa? kata teman2, adik ini mmg begini, sesi P&P pun dia macam ni. Bila mula rasa jemu & sebagainya, disokong pula dgn pintu pagar sekolah yg t'buka, bagai org mengantuk disorongkn bantallah jawabnya. hehe.. Provoke? jenuh.. "geleng2 kepala & xmahu" bagaikn sudah mnjadi pengenalan dirinya. Byk slot yg x mahu dia turut serta. Kami sekadar memerhati & m'biarkannya. Bukan mengabaikn, atau mahu m'biarkn dia terus b'alasan.. Sempat b'bual dgn salah seorg guru, kata beliau adik ini mmg begitu. Panggilkn saja guru disiplin, barulh dia tahu, barulh b'temu ruas dgn buku.. ceh. hihi. Apa pun, adik ini juga b'potensi, cuma mungkin dia mmg malu dgn kami. Tapi bila disamping teman2 sebangsanya, dia nmpak 'otai' & cukup berani, kami pula yg jadi xberani mlihatnya. hihi.. aduhai adik ini.

..teha & tiqah b'sama adik2 mereka..

..Abg Farhan, cara penyampaian yg menarik perhatian & menyeronokkn :) ..

..adik2 yg tekun mendengar & memberikn prhatian..
.
Abg Farhan, tahniah ats penyampaian slot yg baik & berkesan.. insyaAllah, moga bukan semata singgah di hati mereka yg b'sifat sementara, tp terkesan & menghuni akal mereka & b'sifat selamanya. Alhamdulillah, adik2 dpt menerima pa yg cuba abg farhan sampaikn. Sedih & sayu kata mereka pd video2 yg abg farhan tunjukkn. Penyampaian yg tidak membosankn, sarat dgn nasihat & peringatan, diselangi dgn aktiviti & kata2 spontan yg menarik perhatian. bagus2.. good job abg farhan! :) adik2 xda yg terlena walaupn hari hujan & mndamaikn. Adik2 masih b'semangat & bertenaga walaupn baru selesai makan nasi yg b'lemak = nasi lemak. hehe.

..LDK2: slot3 motivasi diri. adik Dinesh yg kecil2 cili padi. hehe..

..LDK3: dilaksanakn secara beramai2..

..perancangan & rangka kerja yg dicipta oleh adik2 saya. Apa lah agak2 sudahnya..

..perbentangan adik2. adik2 saya, lokman & hakim yg berani..

..7 hasil rekaan adik2 yg diperbuat drpd straw, mewakili 7 buah kumpulan..

..LDK4: slot1 muhasabah diri. adik Lokman sbg robot.. mengaitkn dgn hakikat penciptaan manusia sbg hamba, individu, anak & manusia.

..Adik2 saya disamping core fasi. trima kasih watif.. sgt byk m'bantu akak & adik2 (",) ..
.
Mimie, azhar, dinesh, song, izz, lokman, hakim, nik ammar. adik2 yg baik.. alhamdulillah, Allah mengetahui kemampuan kami berdua. Allah menggerakkn hati adik2 ini utk bersama dgn kami. Adik2 hardcore yg tidak kami rasai kehardcoreannya.. Alhamdulillah, nakal yg x membantah, degil yg mendengar kata..

..Slot 2: sharing moment yg sgt menyentuh rasa..
.
'Andai dapat diputarkn semula masa, andai dpt dikembalikn smula masa..' pelbagai cerita & kisah hidup adik2 yg dpt kami dengarkn bsama. Berkongsi rasa & meluahkn segala. Memang yg nyata, x kenal maka x cinta. Peluang mndengar pengalaman hidup, kisah silam & kesilapan besar yg pernah dilakukan adik2 ini benar2 menyedihkn hati. Tabiat merokok dikalangan adik lelaki & perempuan, memukul hingga ke penjara seterusnya dibela keluarga, mencuri, episod kematian yg menyedarkn mereka & banyak lagi. Airmata yg mereka alirkn, sedu sedan yg kedengaran, kami sambut dgn pandangan & kata2 kekuatan.. Airmata penyesalan, kepala yg digelengkn jadi bukti andai dpt diputarkn semula masa, mereka tidak akn melakukn kesilapan & dosa2 ini..

..sesi penutup bersama adik2..
.

..sempurna majlis penutup, kami b'gambar kenangan b'sama sbahagian drpd mereka..
.
Adik2 syg.. adik2 sebenarnya adalah anak2 yg hebat, anak2 yg boleh berjaya, pelajar yg b'potensi. Degil adik2, nakal adik2, keras kepala & kerasnya hati adik2 bkn semata kehendak atau kemahuan adik2 sndiri. Perubahan sikap yg adik2 tunjukkan, nakal & kerasnya perlakuan, disokong oleh situasi & persekitaran. Masalah family yg x ketentuan & pengaruh kawan2 selain silap adik2 sendiri yg terlalu suka utk mencuba & banyak lagi.. ada ketika, adik2 hilang pertimbangan, terlalu mudah utk b'tindak diluar kewarasan & pemikiran.. Prtama kali memandang adik2 smua dicelah keping2 tetingkap dr luar dewan utama, menjengah prasaan bimbang & takut utk b'depan dgn semuanya. Tingkah adik2 dihadapan guru2 & puan pengetua, memberi gmbaran prtama & menguatkn lagi kebenaran nature yg hendak dibawa. Prsoalan demi prsoalan mnjengah telinga, mahu ke adik2 smua mndengar kata? mahukh adik2 smua menerima pa yg cuba kami bawa? Kami mohon kekuatan pd yg menguatkn, kami jelaskn pd diri hadaf kedatangan.. Kami raih semula keyakinan, perlahan2 mula timbul kesedaran yg sebenarnya kami antara manusia yg adik2 perlukan, kehadiran kami yg sebenarnya adik2 harapkn.. Kesempatan sehari b'sama adik2 smua, mmg tidak ckup utk adik2 dikenali sepenuhnya. Cukuplh sehari nilaian kami ini, adik2 sebenarnya sgt b'potensi. Allah mengurniakn kesempurnaan akal & jasad yg x berbelah bahagi. Allah mengurniakn hati utk merasai, mata yg melihat utk meneliti & akal yg menilai smula baik buruk pekerti. insyaAllah.. moga adik2 dipelihara oleh Allah. Ilham & hidayah milik Allah, mintalh padaNya yg memegang hati2 manusia. insyaAllah, perjalanan masa akn merubah segalanya. Moga kelak bila kita b'jumpa, adik2 ini mnjadi manusia yg luar biasa, manusia yg berguna.\. insyaAllah.. Program sehari bersama adik2 yg disifatkn oleh guru2 berjaya, program yg diminta dilanjutkn ke 3 hari hatta seminggu dlm ucapan wakil salah seorg drpd peserta. Alhamdulillah, insyaAllah biizniHi, b'temu lg di lain kali..
.
ilham abadi: Alhamdulillah, skali lagi Allah memberikn kesempatan pada saya utk merasai & mengerti hakikat hidup ~ realiti kehidupan yg sebenarnya..

2 comments:

AminM said...

bila lihat kesemua program2 yg dihadiri wawa, ana terasa seperti ingin sertai program2 ni. walaupun sy sendiri aktif dgn KBM. pe salahnya jika kita berkogsi, betu x wawa?

:: NZMS :: said...

aminM: insyaAllah.. boleh2. nnti kita kongsi sama2 ya :) hehe..