Wednesday, August 18, 2010

:: Bahagia~ Mengapa cuma Sementara.. ::


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik2 orang yg selalu berbuat kesilapan adalah orang2 yg suka bertaubat." – alTirmidzi.
.

Dalam linangan airmata.. entri ini berjaya saya sempurna. Dilempar jauh rasa bimbang & curiga pada niaian hati yg tidak ketentuan rasanya. 29 tahun berlalu~ indah teratak kasih mereka dianugerahi 4 org cahaya mata. 4 zuriat yg kesemuanya bunga penyambung susur galur keluarga mereka. Seperti pasangan yg lainnya, mereka juga mengimpikan cinta & perkahwinan yg luar biasa hingga ke akhir usia. Mahligai bahagia dibina dlm kesederhanaan yg b’sifat sempurna. Tidak mewah, namun cukup makan pakai segala. Ibu & ayah, mencurah kasih yg melimpah ruah. Sama rata, pada keempat2nya. Tidak memandang pada yg bongsu mahupun yg pertama. Yg prtama, ke2, ke3 & keempat adalah anak2nya yg pernah dulu hidup & membesar dalam rahimnya. Darah yg mengalir dlm tubuh keempat2nya adlh darah mereka. Membesar kami dgn rezeki kurniaan Ilahi, tidak datang b’golek tanpa usaha & keringat mereka bekerja saban hari.
.


Kami membesar dlm cinta & sejahtera juga dlm redha & rahmatNya. Bertambah usia & meningkat dewasanya kami kerana titisan susu & suapan air tangan mereka. Kami dilimpah kasih sayang yg sempurna. Didikan agama diasuh sekata. Hingga dewasa, kami dirangsang ke bidang agama & ijazah utk keempat2nya. Mereka memberi galakan pd kecenderungan & minat kami yg berbeza. Adil, tidak memandang pd usia mahupun kepentingannya.. Ibu berkorban itu & ini mengharapkan hanya yg terbaik buat tatapan kami. Membanding beza utk merangsang kami berjaya. Bila keluar berbelanja, berjalan ke mana2, memasak masakan yg berselera, pasti tidak dilupakan diantara kami yg tiada. Pasti diingati & dibelikan sama utk yg tiada di depan mata. Hilang selera utk menjamah pada juadah yg mnjadi kesukaan anak yg tiada sekali menjamu selera bersamanya. Kata ibu, teringat padanya hingga mengalir airmata.. Setiap hujung minggu, 2 minggu sekali ibu ayah pasti pulang ke sana menghabiskan hujung minggu bersamanya yg jauh dimata. Kata ibu.. dulu perjalanan dari Johor ke Selangor berbatu2, x semudah hari ini dr Selangor ke Johor Baharu. Jalan tanah merah dirasakan sgt jauh, perhentiannya dirasa bagai x ketemu. Namun, ibu & ayah gagahi jua, x pernah sekalipun dia dilupa apatah lagi terus ditinggalkn disana tanpa khabar berita. Ayah jarang sekali meninggikan suara apatah lagi memukul kami sengaja. Kami dibelai, didakap & dikucup mesra hingga kami dewasa. Masih segar dlm ingatan saya, soalan yg kerapkali ditanya ayah sewaktu saya kecil dulu.. “bila anak ayah nk besar ni..” jawapan saya mesti “esok”. Hehe. Ayah senyum, dakap & kucup dahi saya.
.
..Kemahuan kami dituruti, tidak dipandang sepi. Rengek & rajuk kami diperhati, tidak dibiarkn menangis sendiri. Pinta kami dipenuhi, tidak dipantaskn kesal menjentik hati..
.



..17 thn berlalu ~ kami b'empat b'gambar bersama ibu diruang tamu..
.

Masa & waktu terus berlalu meninggalkn jejak2 kami yg dulu.. Keempat2nya meningkat dewasa, usia ayahanda & bonda menghampiri senja. Putaran alam, pergantian siang & malam menembak hati2 utk turut sama berubah & meninggalkn pahit manis yg pernah kami rasai bersama.. Yg pertama & yg ke-2 sudah pun berumahtangga, masing2 sudah punya cahaya mata. Mengimbau kembali saat melepaskn kedua2nya kpd suami tercinta, akad diqabul (diterima) disambut bersama linangan airmata. Berat hati utk melepaskn mereka. Bimbang ayahanda bonda pada apa yg seterusnya. Bahagia yg dikecapi saat bercinta adakah b’sifat sementara atau lanjutnya hingga ke akhir usia? Redha diiringi doa yg tiada pghujungnya.
.
Perkahwinan~ penyatuan antara 2 buah keluarga. Berkenalan & bertaut hati2 yg bukan ahli sebelumnya. Keluarga yg kecil mnjadi lebih besar kerana ikatannya. Bahagia & barakah utk selama2nya, tenang jiwa & b'seri muka pancaran mawaddah wa rahmah hidup berkeluarga. Perkahwinan bukanlh nokhtah yg menjarakkn, bukan satu tingkat dlm kehidupan yg memisahkn. Apatah lg titik perubahan yg menghalalkn utk terus sepi tidak lagi mempeduli, memandang tinggi pd hidup mahu berdikari hingga menafikn terus kewujudan mereka yg menyayangi lantaran kebahagiaan hidup sendiri. Kehidupan~ lebih lengkap & sempurna dgn kehadiran & kebahagiaan semua. Punya ibu & ayah yg masih b'nyawa utk diingati & dihormati, punya suami utk dicintai & anak2 utk dikasihi..
.

..Mereka harta, warisan kita yg paling b'harga. Anugerah terindah utk ditarbiyah & dipelihara dgn sebaik2nya, tidak t'lepas pandang dimana2. Mereka tidak mengerti apa, jgn kelak sengketa & keangkuhan kita diwarisi mereka generasi yg seterusnya..
.
Ayah & ibu~ Berbaktilah kpd ke2-2nya selagi ada masa. Selagi mereka masih b'nyawa, masih blh b'kata2 menegur salah & silap kita. Marah mereka bukan benci, nasihat mereka bukan iri.. tapi tanda kasih & bukti sayang yg tidak b'belah bahagi. Kelak mereka tiada lg, tiada gunanya menangis menghukum diri. kelak mereka tiada disisi, baru mengakui peri pentingnya mereka slama ini, senyum & leter mereka dirindui. Mengapa mahu mghambakn diri pd penyesalan kelak kalau kini masih ada lg kesempatan utk b'bakti? Mengapa kesempatan yg b'sifat sementara ini tidak dihargai? Rasulullah s.a.w. bersabda: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi. Allah S.W.T. Allah berfirman: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisa'.
.

Asuhan ayahanda & bonda, pasti ada kurang & lemahnya di mana2 kerana mereka juga manusia biasa yg punya naluri & rasa. Dikekang dek masa, diuji dek emosi yg ada ketikanya menggila. Apa yg mereka hulur & persembahkn pd kita, itu yg di bawah takat kemampuan mereka. Membayangkn keadilan & kesempurnaan, mengimpikn 100% kepuasan yg diluar batas keupayaan, pernahkh kita memikirkn kelak kita jugakn berada di tempat mereka? Kelak anak2 kita juga akn dewasa, kita juga akn melalui usia tua? Sensitif mereka, terasa payahnya utk menjaga & memuaskn hati mereka.. pernahkh kita membayangkn bagaimana pula keadaan kita bila kelak berada di tempat mereka? Jenuh sudah menyembah rasa.. Ada ketika buntu memikirkn apa yg sebenarnya. Mengapa mudah benar manusia t'lupa pd hakikat yg mula2. Nikmat bahagiakh yg sedang menduga yg melalaikn kita pd tanggungjawab & kenyataan yg sebenarnya? Leka dgn nikmat, b'harap utk diuji dgn kekusutan & airmatakah baru mahu b'ingat, kembali smula mengenang & memandang kpd hakikat?
.

..Mengharapkn ramadhan yg mulia bisa membasuh luka & airmata, Syawal yg dinanti mohon hadir lebih bererti..
.
ilham abadi: Telinga sudah lali, minda sudah tepu tidak b'ruang lagi.. Apa pun yg seterusnya nanti, saya hanya akn t'senyum & b'istighfar dlm hati.. (",) Saya yg lebih t'kesan sebenarnya dgn apa yg saya kata kerana telinga & mata saya yg t'lebih dulu mndengar & melihatnya.. Ramadhan kareem, Allahu akram!

4 comments:

Widad Jannati said...

Salam

Semoga Randahan yang penuh keberkatan ini, mengabulkan doa Wawa sekeluarga dan mendatangkan Syawal bersama kebahagiaan. InsyaAllah :)

:: NZMS :: said...

kak nabila: insyaAllah.. Dia maha mengetahui & mengerti hati. kami x mengapa, cuma memikirkn ayahanda & bonda :) harus smpai bila..

Widad Jannati said...

Doa byk2 Wawa... Hati itu diantara dua celah jari Ar-Rahman... Semoga Allah balikkan hati mereka ke arah kebenaran. :)

InsyaAllah, pastinya dia turut mahu layanan yang baik dari anak2. Makanya, seharusnya dia ingat tentang keadilan Illahi. Kita bersangka baik, buka hati, maafkan yang lama and terima seadanya andai pulang beraya nanti... :)

barboza said...

yaaa b2l...brdoa,,,doa d wktu2 mustajab,,semoga Allah blikkn hati org2 yg kita syangi ke arah yg lebih baik..