Assalamualaikum semua ^^. Sudah lebih setahun berlalu~ kini saya kembali semula beraksi menconteng seentri dua dalam ruangan blog yg tersedia. Februari 2012 hingga kini, sudah lebih setahun blog ini sunyi tidak dikemaskini. Fuhh fuuh!! berhabuk, siap bersawang lagi. hehe. Allah.. terlalu banyak peristiwa yang telah saya lalui selama lebih setahun ini. Setiap kali kaki ini melangkah pasti ada ketika, detik dan peristiwa yg akan diingati sampai bila-bila. Pahit manis pengalaman yg akn mendewasakan, menjadikan kita seorang yg lebih matang dalam tingkah mahupn perkataan. Kembali menggagahkn diri ke ruangan 'ilhamhamba~mehnah bersulam tabah" ini.. Mengemaskini, mengurangi dan menambahkn lagi apa yg sedia ada. Kembali mengumpul kekuatan, menyingkap kembali peristiwa dan keadaan, suka duka, tawa dan airmata yg menghiasi kehidupan.. Friday, June 14, 2013
:: Kembali Senyum (",) ::
Assalamualaikum semua ^^. Sudah lebih setahun berlalu~ kini saya kembali semula beraksi menconteng seentri dua dalam ruangan blog yg tersedia. Februari 2012 hingga kini, sudah lebih setahun blog ini sunyi tidak dikemaskini. Fuhh fuuh!! berhabuk, siap bersawang lagi. hehe. Allah.. terlalu banyak peristiwa yang telah saya lalui selama lebih setahun ini. Setiap kali kaki ini melangkah pasti ada ketika, detik dan peristiwa yg akan diingati sampai bila-bila. Pahit manis pengalaman yg akn mendewasakan, menjadikan kita seorang yg lebih matang dalam tingkah mahupn perkataan. Kembali menggagahkn diri ke ruangan 'ilhamhamba~mehnah bersulam tabah" ini.. Mengemaskini, mengurangi dan menambahkn lagi apa yg sedia ada. Kembali mengumpul kekuatan, menyingkap kembali peristiwa dan keadaan, suka duka, tawa dan airmata yg menghiasi kehidupan.. Sunday, February 19, 2012
:: (G7 SMIH) Selamat Pengantin Baru ::
Wednesday, February 15, 2012
:: Istikharah Cinta ::

:: Inspire- Salam Perjuangan, Ukhuwah & Inspirasi ::
INSPIRE CLUB IIUM~ satu nama yg kerapkali meniti megah dibibir, menyapa telinga & melingkar diruang mata saya sepanjang 2tahun terakhir pengajian di sini. Pagi, petang membawa ke malam dikelilingi mereka yg bersamanya, terus menyebut & asyik berfikir tentangnya. INSPIRE~ 'arRuhbaan fillail walFursan finnahar' satu2nya kelab yg mampu mengekalkn saya terus bersamanya dari mula tiada akhirnya. Setiap hari, setiap minggu, bulan & tahun tidak sepi dgn aktiviti & kebersamaannya. Dicari & mencari, kesediaan dlm memberi, sumbangan & khidmat pada yg berhajat dicurah tak henti. 2 tahun bersama, 1001 kenangan & peristiwa. Sarat dengan pengajaran & pengalaman berguna. Karisma @ Inspire, di sini saya temui segala, padanya saya belajar banyak benda. Mengenal erti kasih dalam persahabatan, belajar menilai & mempertimbang baik buruk keadaan, mundur maju perancangan, merasa kebersamaan & semangat berpasukan. Tercelik minda & mata hati pada kehidupan & realiti. Ukhuwah? hanya tuhan yg tahu betapa kami saling perlu. Hanya Dia yg mengerti betapa kami saling menyayangi & menghargai. Inspire~ di sini saya nikmati pahit manisnya persamaan & kepelbagaian. Di sini saya temui 'sebahagian lagi diri & perasaan'. (",)vPatah tumbuh hilang berganti~ Annual General Meeting: 12 Disember 2011 tepat jam12 tengahari, jawatan ini dilucut & dipakai, amanah ini bertukar tangan.. Perlepasan jawatan oleh mantan board sesi 2010/2011 yg terdahulu, penyerahan semula kepada board yg baru. Sungguh, amanah ini bukan hak milik tetapi anugerah. TAHNIAH & TAKZIAH utk saya & mereka. Tahniah jika tanggungjawab itu mampu dilaksanakn sebaiknya, takziah atas murka Allah, amarah & pandangan serong manusia jika amanah itu dipenuhi tidak sempurna. Dalam hati perlulah rela & bersedia, jangan ada rasa terpaksa atau merasa tidak layak & belum tiba masanya. Layak & mampunya kita dimana kayu ukurnya? Apa pun seterusnya, selamat berusaha & selamat maju jaya. Ikhlas & berlapang dada ^^
Barisan kepimpinan INSPIRE CLUB IIUM yg baru.. Mabruk, 'alaikum binnajah! Good Luck mr. president (Raed Omar) dan adik2 semua yg kini menjadi tunggak & tunjang baru Inspire. Abg Wan, Kamil, Fateh, Izzah, Hajar, Quya, Ain, Fatin, Afrah, Fida, Watif, Ifah, Aziah, Faa, Syakila, Ashikin, Sidi & Tiqah.. Pimpin & jagalah Inspire dgn sebaiknya. Bawa hadaf yg sama, tampil dgn cara & pendekatan yg berbeza. Yakin & percaya pada diri, adik2 semua bukan pilihan kami tetapi pilihan Allah yg diilhamkn kepada kami.. (",)vDalam proses belajar & mengajar ini kita akan diajar dgn banyak perkara. Kita akan disentap & terkesima dgn perkara2 yg diluar jangka. Berusahalah memperbaiki & mempersiapakn diri ^^ Yg pahit akn nampak manis akhirnya, yg buruk akn tersingkap indahnya dimana.. Susah senang kalian biarlah bersama, jangan terlepas pandang pada banyak benda..

Induksi Management Board sesi 2011/ 2012 yg berlangsung pada 21 & 22/1/12 di Lubuk Manggis.. 2 hari 1 malam yg berlalu, mohon dimanfaat & diaplikasikn segala ilmu. Ilmu & pengalaman yg ada telahpun kami kongsikn bersama. Pengalaman adalah guru yg terbaik dlm kehidupan. Tempuh keadaan, berdepan kesilapan & kegagalan, kita akn tampil lebih berkeyakinan dan berkemampuan. Segala perancangan yg dibincang bersama, mohon dipermudah olehNya agar ia terlaksana. Bekerja bersama, melontar pendapat & idea, jangan hanya membisu & bersetuju dgn segala. InsyaAllah, menjadi sempurna kerja & hebat segala impak pandangan & komentar drpd 20 kepala. hihi.. Selamat maju jaya, selamat berusaha.Bai'ah yg adik2 lafazkn dipenghujung AIT lepas, menunggu masa utk ia dikota. InsyaAllah, akak percaya akujanji yg dilafaz adik2 bukan lontaran bersahaja yg cuma ikutan dibibir saja, tetapi sarat dgn makna selari dgn keyakinan & azam utk berusaha memenuhi segala. Sehari selepas adik2 ditabal sebagai ahli & fasilitator Inspire Club IIUM secara rasminya, maka bermulalh segala & tergalaslah tanggungjawab besar dibahu adik2 semua. Tanggungjawab utk membantu adik2 yg diluar sana, generasi baru yg amat memerlukn sokongan & perhatian kita. Mereka yg perlu didekati & dibantu, diperhati bukan dibiar tidak dipeduli. Dipimpin pendirian & langkah mereka bukan dipinggir & dipandang hina kerana ketelanjurannya. Memberi mereka pandangan, jalan, pilihan & kata dua dlm membuat keputusan, bukan dikongkong & dipaksa mereka menuruti segala hingga mereka berasa tidak berguna & jati diri mereka dipersia.
InsyaAllah, kami akn selalu ada menyokong & membantu mana2 yg termampu, memberi pandangan & buah fikiran seperti selalu. InsyaAllah.. Good Luck utk semua, teruskn perkara2 baik yg diusahakn pimpinan Inspire & senior2 yg sebelumnya. Perbaiki pd sedikit kelemahan mereka yg tidak disengaja. Group binding, lunch & iftar bersama, gathering & sebagainya perlu diteruskn utk menyatukn hati2 kalian dgn mereka. Jaga adik2 dgn sebaiknya, cubalh semampunya utk selalu ada bersama mereka walau dlm kesibukan kerja. Jangan dihampakn & ditolak mentah pada permintaan & idea2 mereka. Dekati mereka, jangan diwujudkn jurang & beza yg sebenarnya x membawa ke mana, malah kelak bakal mengundang rasa kurang selesa pada mereka. Sayangi & hargai kewujudan & usaha mereka, kelak kalian juga akn menerima pulangan yg sama.. insyaAllah. Good Luck. All the Best!!
Untuk adik2, walau dibiro manapun adik2 berada, itulah yg sebaiknya. Hubungan & kekuatannya perlu diperkukuhkn selalu. Yakin & percaya pada diri, adik2 akn berasa tenang & berbahagia dgn pilihan ini. Adik2 tidak brsendiri sebaliknya akn terus dibantu dr hari ke hari.. Utk adik2 ATM (trainers): Akmal, Taufiq, Rusydi, Faiz, Mirul, Nabila, Thohirah, Izzaidah & yg lain.. Sayangi anak2 buah (adik2 12) kelak & selalulah ada bersama mereka, jangan dibina tembok & jurang pemisah "aku trainer-dia adik" yg kelak akan menjauhkn mereka drpd Inspire. Akak percaya trainers yg ada hebat2 belaka, mampu memberikn yg terbaik lebih drpd apa yg diduga. insyaAllah ^^ Bersama Inspire, adik2 akn perolehi semuanya. Ilmu & pengalaman berharga, semangat & ukhuwwah seperti sebuah keluarga. Kasih sayang & kemesraan yg tumbuh dlm Inspire bukan hidupnya sementara, bukan cuma ketika berprogram semata.
Thursday, January 19, 2012
:: 2012~ Kembali Bernafas ::

ilham abadi: Terima kasih buat pembaca & sahabat2 yg x jemu2 menjengah ke laman ini, mencuba kalau2 ada entri terbaru dari saya, amat saya hargai. Melangkah ke alam pekerjaan. Alhamdulillah, moga redha Allah bersinar selalu. Tabah hati x berbelah bagi..
Sunday, June 12, 2011
:: (G7) Sek Men Islam Hidayah ::
..Alhamdulillah, teman sekelas, rakan sebaya yg t'lebih dulu dipilih Allah utk melangkah ke alam rumahtangga. Dianugerahi Allah nikmat bahagia, dititip tenang & redha pada jiwa mereka untuk memberi & menerima, susah & senang biarlah bersama..---------------------------------------------------------------------------
Sebuah Pertemuan~ Reunion. Ukhuwwah kembali terjalin dlm renung mata, sentuhan & dakapan mesra. Jauh di mata namun tetap dekat dihati semua..
..fazlina, munirah, asma' & hanisah. setiap kali reunion & brjumpa kita mesti ada gmbar b'sama. hehe. Mun, selamat kembali & selamat berwalimah dgn pilihan hati bila tiba masanya nanti.. (",)v




Saturday, June 11, 2011
:: Kem Kembara Nuqaba' ::


Adik2 naqib & naqibah SBPI Gombak~ Adik2 ini adalah adik2 yg sgt hebat, adik2 yg mindanya sarat. Adik2 yg tinggi ilmunya, tetap pendiriannya, besar kesungguhannya & bersemangat waja. Bukan adik2 yg acuh tidak acuh sikapnya, tetapi adik2 yg berjiwa mulia. Bukan juga adik2 yg pemalu tetapi adik2 yg agung rasa ingin tahu, adik2 yg x jemu b'kongsi ilmu. Alhamdulillah, syukur ya Allah di atas kesempatan ini. Merasakn diri sgt b'tuah, antara yg dipilih Allah bila bersama dgn adik2 ini, kesempatan utk menerima & memberi, membantu & dibantu, mengajar & diajar, membimbing & dibimbing mereka.. Monday, June 6, 2011
:: Rehlah Kita ::
Sunday, May 1, 2011
:: INSPIRE ~ All The Best!! ::






InsyaAllah adik2, dlm proses belajar & mengajar ini kita akan diajar dengan banyak perkara. Kita akan disentap & terkesima dgn perkara2 yg diluar jangka. Kita juga akan berusaha memperbaiki & mempersiapkn diri sebelum bertemu dgn mereka, sungguh itulah yg sebaiknya (",) Yg pahit akan nampak manis akhirnya, yg buruk akn tersingkap indahnya dimana. Good luck utk adik2 semua, FRIEND adalah medan yg seterusnya, group binding bersama trainers - hubungan & kekuatannya perlu diperkukuhkn selalu. Adik2, sayangi trainers adik2 & selalulh bersama mereka, jangan dibina tembok & jurang pemisah yg kelak akan menjauhkn adik2 semua drpd Inspire. Trainers yg ada hebat2 semuanya, mereka akn memberikn yg terbaik, lebih drpd apa yg adik2 duga. insyaAllah.. hehe. Percayalh adik2 telah dipilih Allah utk bersama Inspire, hati yg digerakkn ini bukan utk dipersia. InsyaAllah, memilih Inspire sbg lapangan utk adik2 menyumbang & berjasa selain sbg salah satu persatuan yg adik2 sertai di UIA ini adalah pilihan yg tepat & mengena. InsyaAllah.. bersama Inspire, adik2 akn perolehi semuanya. Ilmu & pengalaman berharga, semangat & ukhuwwah seperti sebuah keluarga. Kasih syg & kemesraan yg tumbuh & hidup dlm Inspire bukan bersifat sementara, bukan cuma ketika berprogram semata. Adik2, teruskn bersama Inspire hingga ke akhirnya. Ikhlaskn hati, perbetulkn niat bersamanya.. InsyaAllah, adik2 akn terus berada di lapangan yg sebenarnya.. (",)
Saturday, April 30, 2011
:: Sarat Ilmu & Makna ::
Buku 1: CINTA di AMBANG PERKAHWINAN, hadiah daripada trainer sy yg sy terima pada 16 Januari 2011 yg lalu.. Belum pun seminggu berlalu waktu itu, sempurna sudah buku ni sy baca. Semangat. hehe. Terima kasih ceksu (Mohd Suhairi Ismail), buku yg sgt berguna, sarat dgn ilmu. Buku ini mengupas panjang lebar tentang cinta, psikologi & pembahagiannya secara terperinci. Adab & pergaulan dlm islam, peminangan & pertunangan, seterusnya membawa ke pernikahan. Turut disentuh soal ciri-ciri pasangan pilihan yg dianjurkn, segala2nya berkisar soal cinta yg membawa ke gerbang perkahwinan & perkara2 yg wujud & ada ditengah-tengahnya. Segalanya dititipkn bersama dalil qot'ie daripada al-quran & hadith, diselangi doa & contoh2 yg berlaku pada zaman nabi, disesuai selarikn dengan perlaksaannya pada masa kini.. Alhamdulillah, buku ini manfaatnya tinggi, bahan ilmiah yg sy jadikn bacaan & rujukan, manfaatnya pd sy juga pada sahabat2 yg lainnya bila kandungannya yg berkaitan sy ceduk & sy bawa sama dlm penyampaian sy pd usrah Inspire yg lalu, bab peminangan & pertunangan (khitbah) (",) Terima kasih ceksu, syukran awi2. Macam tahu2 je, terus tepat & mengena pada sasarannya. hehe. Buku hadiah yg paling berharga, boleh berulang dibaca dirujuk & diguna, pahala & manfaatnya sampai bila2..
Buku 2: 10 TERMINAL SYURGA RUMAHTANGGA, pemberian sebagai tanda persahabatan yg sy terima pada 8 April 2011 yg lalu :) Senyum sendiri sy saat mengeluarkn buku ni drpd plastiknya. hehe. Kata sahabat yg memberi, baca nanti pada masanya. hehe. Dlm kesibukan & tekanan peperiksaan, buku ini sy selang selikn. Belek2 buku ni, sy tersenyum sendiri. Aduhai. hehe. Apa pun, terima kasih banyak kamil (Mohd Kamil Mohd Khalid), seorang sahabat yg sgt banyak membantu & menyokong sy, selalu berusaha utk memenuhi & sentiasa mahu memudahkn segala. Dlm xtahu2 kamil utk memilih yg mana seperti katanya, tajuk & kandungannya masih tetap berbisa. Manfaatnya kini, nanti & nanti2. hehe. insyaAllah, pastinya ia akn diulang baca lagi dilain kali.. :) ilham abadi: 2 buah buku yg sy terima semester lepas b'kisar tentang cinta, perkahwinan & rumahtangga.. terima kasih utk ceksu & kamil, dlm xtahu & xreti memilih kononnya, hasilnya tetap berguna, manfaatnya kini & selamanya. sy suka :) Cinta & rumahtangga, bersama kita menuju ke sana, insyaAllah.. hehe.
Wednesday, April 13, 2011
:: 'Frust' dalam Bercinta ::
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini. Benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yg paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yg pernah paling kita cintai. Ramai orang yg hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai: "Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yg engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.” 
.
Jangan katakn kenapa aku yg kena? Jangan labelkn aku yg malang. Tetapi katakn, aku yg terpilih. Terpilih utk putus cinta dgn manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dgn Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskn utk menyambungkn. Putus cinta dgn manusia, tersambung cinta dgn Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahn, kemiskinan, kegagalan, termasuklah putus dlm bercinta. Dalam ujian kesusahan slalunya manusia lebih mudah ingatkn Allah. Alangkah indahnya jika org yg frust cinta itu kembali kpd Allah secara sihat – maksudnya, bkn sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yg sejati. Allah tidak pernah mengecewakn. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yg tidak mencintai kamu adalah sia2, menyia-nyiakan org yg mencintai kamu adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan.. siapa yg paling mencintai kita? Siapakah yg kita sia-siakan selama ini? Fikir.. Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir.. barangkali putus cinta ini adalah rahmat yg tersirat, “Allah menjemput aku utk mencintaiNya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yg sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIA lah Tuhan yg sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya utk menyambungkan cinta kepadaNya. Ketika itulah org yg frust cinta akan benar2 terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih! 

Tuesday, April 5, 2011
:: Terima Kasih Readers & Followers ::

Alhamdulillah, pembaca di ruangan ini hadirnya drpd peringkat usia yg berbeza2. Bersifat menyeluruh latar belakangnya & universal bagi saya, cewwah.. hehe. Perbezaan & kepelbagaian inilah yg menjadikn sy tampak terlalu kerdil dalam lapangan ini, bersimpuh malu kerana kurangnya ilmu utk terus menulis & berkata2 tentang ini & itu. hehe.. Apa pun, kenyataan ini mengheret sy utk lebih berusaha sebenarnya dalam menyediakn entri yg lebih sempurna. Moga sy mampu utk bersikap lebih terbuka & berlapang dada pd pandangan & kritikan yg membina, berupaya menghidangkn kepelbagaian pd corak penulisan saya iaitu pd lontaran & gaya bahasanya selain meluaskn tumpuan pd topik2 yg lebih jelas keperluan & manfaatnya kpd pembaca & follower setia. InsyaAllah.. (",) Terima kasih semua, ajari & b'kongsilh dgn saya agar mampu saya beraksi lebih hebat lagi dalam lapangan ini..
ilham abadi: Terima Kasih Puan Iza, isteri kpd seorang suami & ibu kpd 3 org penawar hati, follower "ilhamhamba" yg khabarnya suka membaca tulisan & entri2 yg tersedia di ruangan ini.. terima kasih puan, mohon terus mengikuti & menjadi pemerhati, menegur pd kesilapan & kekurangan yg harus sy perbaiki.. ^_^
Tuesday, March 15, 2011
:: Jangan Mencari Terlalu Sempurna ::
Jika kamu memancing ikan.. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.



