Biarpun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yg patut didahulukn antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskn bahagian yg perlu dimainkn oleh seorang manusia dlm proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kpd pertimbangan memilih antara dua kebaikn, seseorang yg berhajat itu mestilah mempunyai asas dlm penilaiannya agar pilihan yg ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukn dirinya utk mengambil bahagian dgn berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dlm ketidak pastian, harus baginya utk mengulangi solat dan doa istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dlm membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkn beristisyarah, yakni meminta pendapat individu2 yg dipercayai integriti dan kemahirannya dlm urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yg berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkn kpd Allah utk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda2 yg dicari. Di sinilah ruang utk fitnah berlaku apabila dlm suasana hidup kita yg dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yg teruji, kita membuka suatu ruang kosong utk dicelah oleh tipu helah Syaitan. Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yg selalu lemah utk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kpd Allah, sebaliknya bermain helah utk mengharapkn Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri. Berhentilah mencari mimpi. Berhentilah menunggu petanda..
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dlm keputusan yg kita buat. Kita yg membuat keputusan itu, dgn keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yg kita buat itu adlh dgn kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pd pilihan yg dibuat itu, datang mehnah yg menguji kehidupan, kita tidak akn berfikiran negatif malah berusaha utk mencari sisa2 positif pd apa yg berlaku kerana keputusan yg dibuat dahulu itu adalah dgn kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah.. Seandainya pilihan yg disangkakn petunjuk drpd Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkn yg afdhal dan mengambil yg mafdhul, berhati-hatilah.. Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah.” [Al-Aa'raaf 7:30]



.jpg)

.jpg)

.jpg)




.jpg)





..selepas selesai sesi Salam Mahabbah..