Sunday, May 16, 2010

:: 16 Mei ~ Selamat Hari Guru ::

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat..

.

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Cikgu2, Guru2, Ustaz-Ustazah, Sir- Madam, Muallim-Muallimah yg telah mendidik saya, bermula di Tabika KEMAS (93-94), Sek Ren Kebangsaan Senai (95), Sek Ren Islam Hidayah (96-00), Sek Men Islam Hidayah ( 01-05), Cenfosiium PJ (06-07), Cenfosiium Nilai (08), IIUM gombak (08-11).. Trima kasih buat segala2nya, moga redha Allah sntiasa bersama kalian smua. Doakn kejayaan & kebahagiaan kami, yg mgharapkannya.. Semua guru2 di Sek Men Teknik Gombak, Sek Kebangsaan Tanjung Lalang Temerloh Pahang, Sek Men Kebangsaan Miharja, Sek Men Kebangsaan Wangsa Maju, Sek Men Kebangsaan Gombak Setia, Sek Kebangsaan Taman Melawati & semua sekolah2 yg sempat kami INSPIRE bersama mereka.
.

ilham abadi: selamat hari guru buat semua.. ibu & ayah selaku guru prtama dlm hidup saya. x lupa buat kakak2 & abg2 ipar saya selaku pendidik yg berjasa. moga tabah hati, x berbelah bahagi. istiqamah menyampaikn ilmu angerah Ilahi. moga diberkati segala usaha kalian. sungguh ilmu itu anugerah, pinjaman drpd Allah..

Saturday, May 15, 2010

:: sambungan ~ Rasukan SMK Miharja ::

Alhamdulillah, walaupun diuji dgn pelbagai perkara, semangat adik2 menjadi alas kekuatan utk kami meneruskannya.. Sekadar perkongsian, antara gambar2 sekitar program yg dirakamkn dlm slot2 yg sempat kami lalui bersama mereka, Inspire ~ Miharja..

..sebelum berangkat ke Miharja..

..aktiviti petang b'sama adik2..

..taklimat fasi, 10 minit setiap kali sebelum LDK..

..LDK1: taaruf & mind setting..

..post mortem kami pd malam pertama (jumaat)..

..aktiviti b'sama adik2..

..adik2 khusyu' mendengar talk yg disampiakn oleh Abg Zizan..

..LDK2 & LDK3: (sabtu)..

..senaman pagi (ahad)..

..explorace..

Banyak aktiviti, slot & agenda yg x dapat kami sempurnakn disebabkan insiden2 yg berlaku. Apa pun Alhamdulillah, Allah masih memberikan kami kesempatan utk bersama adik2 dlm slot & aktiviti2 tertentu. Syukur padaNya atas kekuatan yg diberikan, kami masih tetap bertahan bersama adik2 yg masih berbaki disini sehingga hari yg ke-3. insyaAllah, moga kesempatan yg kami kongsikn bersama adik2 dimanfaatkn dgn sebaiknya, terisi dgn ilmu2 yg berguna dgn pndekatan yg baik & penyampaian yg b'kesan.. LDK 4 yg xdapat kami jalankn disebabkn keadaan yg tidak mengizinkn, insyaAllah moga ia dapat dilaksanakn melalui komunikasi diluar program ini menerusi telefon, SMS dan sebagainya nanti.

.

..kakak2 fasi makan bersama diwarung payung sblm pulang ke UIA..

..abg2: ceksu, abg syazwan, raed..

..........

Ayat-ayat perlidungan drpd sihir yg sempat Abg Farhan kongsikn pd kami, sbg perkongsian bersama..

surah al-fatihah, surah al-baqarah: (1-5),(102 dibaca 7x), (163-169), (ayat kursi), (284-286), surah ali imran: (18-19), surah al-a'raf: (54-56), (117-122), surah yunus: (81-82), surah thoha: (69), surah al-mu'minun: (115-118), surah al-soffat: (1-10), surah al-ahqaf: (29-32), surah al-rahman: (33-36), surah al-hasyr: (21-24), surah al-jinn: (1-9), surah al-falaq, surah al-ikhlas, surah an-nas.

ilham abadi: utk mengetahui cerita 3 hari semasa kejadian dgn lebih lanjut & trperinci, klik di sini: http://kebahagiaan-ent.blogspot.com Pengalaman mematangkan kita, memberi pengajaran yg berguna. 22hb ni b'program sehari di SMK Wangsa Maju. insyaAllah, mhon Allah permudah, sungguh ilmu itu pinjaman drpd Allah.

Friday, May 14, 2010

:: INSPIRE ~ Rasukan SMK Miharja ::

Alhamdulillah, tanggal 7,8 & 9 Mei 2010 sekali lagi kesempatan Allah berikn kpd Inspire Club IIUM hadir bagi menyempurnakn undangan drpd pihak Panitia Pendidikan Islam bagi mengadakn program FRIENDS KEM MOTIVASI, AKADEMIK & SYAKHSIAH bertempat di Sek Men Kebangsaan Miharja, Cheras, Selangor. Miharja, pelajarnya majoriti b'bangsa Cina & India. Justeru, program syakhsiah seperti ini dianjurkan utk adik2 pelajar beragama Islam drpd tingkatan 1-5, seramai 80 org peserta kesemuanya, lelaki & perempuan. 3 hari 2 malam b'program di Miharja, saya sifatkn program di sini lain drpd yg lain.. Apa pun alhamdulillah, puji & syukur saya panjatkn ats kesempatan & pengalaman b'harga diberikan Allah yg diletakkan di atas bahu kami ini. Saya antara yg dipilih Allah sebenarnya utk melihat & merasai sndiri pengalaman ini bilamana DIA menggerakkn hati saya utk sama2 menyertai program ini sbg komiti & fasi, sedang sebenarnya SMK Miharja bkn utk group kami.. Bukanlh pengalaman pertama bagi saya b'ada dlm keadaan ini, tetapi pertama kali b'depan dgn histeria beramai2 seperti ini yg sgt hebat, lama, b'ulangkali & berlarutan selama 3 hari. Apa pun saya simpulkn, pengalaman di Miharja sedikit sebanyak m'buka mata & minda kami utk b'depan dgn realiti yg sebenarnya. Berdepan dgn adik2 yg pelbagai rencahnya, hadir drpd latar belakang yg berbeza, hasil drpd percaturan hidup yg diluar jangka, sedikit sebanyak menduga rasa. Menguji kematangan akal & jiwa, menilai keberkesanan pndekatan yg diguna.


Rasukan Miharja yg b'terusan.. jumaat b'mula jam 1 pg m'bawa ke subuh hari, sabtu jam 5 ptg m'bawa ke jam 10 mlm & ahad jm8'30 pagi mmbawa ke waktu kemuncaknya apabila hadir yg mulia ustaz2 drpd Darul Syifa' meredakan suasana.. Rasukan yg b'jangkitan & b'sahutan, sekali mnjengah suasana bukan b'empat atau berlima tetapi lebih drpd yg sepatutnya, xmenang tangan kami dibuatnya. Jeritan, pekikan yg merata2 benar2 menduga rasa. Keletihan, kepayahan mengawal emosi b'depan keadaan ini benar2 menguji sebenarnya. Sedikit sebanyak menyedarkn kami, membuka minda kami fasi2 b'fikir sejenak & mengukur sendiri sejauh mana kemampuan & ditahap mana diri kami. Disebalik kelemahan & kepayahan, kami memohon kekuatan.. Laungan azan, bacaan yaasin & ayat kursi x henti2 kedengaran.. Syukur ya Allah, m'beri kami semua (fasi2 & trainers) kekuatan yg luar biasa, bukan b'sifat sementara..


Alhamdulillah, meskipun program b'jalan diluar jangkaan, bukan seperti plan A atau B yg dirancangkn tetapi plan Z yg menjadi kenyataan, kami tetap menerimanya sbg kekuatan. Ujian sbg penilaian, bukan pengalaman yg menakutkn tapi insiden yg memberikn kami kekuatan. Kekuatan mental & fizikal, rohani & jiwa utk b'depan segala cabaran. Alhamdulillah, berkesempatan b'bual panjang dgn 'nya' yg saya kira sbg ketua.. Apa yg mampu saya simpulkn, 'mereka' sntiasa memerhatikn kita, sntiasa mncari ruang utk bersatu dgn manusia sekiranya kita t'lepas pandang dimana2, b'sahaja m'perlekeh & m'tertawakn amalan & peribadi manusia. 'Mereka' kafir yg dilaknat Allah, sentiasa b'usaha utk menyesatkn kita. Program ilmiah yg mahu diisi dgn amalan2 kerohanian ditentang hebat oleh 'mereka'. Amukan, rasukan yg b'maharajalela kononnya sbg peringatan supaya kami tidak meneruskannya. Segala yg berlaku ada hikmahnya, sedikit sebanyak menyedarkn & membuka mata adik2 semua yg mungkin terleka. Silap kita juga yg seolah2nya mengalukn kehadiran 'mereka', seakan2 sudi b'kawan dgn 'mereka' bila solat tidak lagi dijaga, aurat entah ke mana, akhlak diluar jangka..


Sakit badan2 yg ditendang kerana x mahu melepaskn 'mereka' , lenguh tangan2 yg memegang kerana kekuatan 'mereka' yg luar biasa, tetapi tetap b'syukur dgn kesempatan yg tersedia di depan mata. Allah maha mengetahui segala. Sedikit pahit, tetapi manisnya tetap bersisa.. Alhamdulillah, saya dpt merasa memegang mereka semua (adik2 perempuan). Drpd adik2 yg terduduk longlai kerana'nya', adik2 yg menggigil ketakutan berkhayal melayan kehadiran'nya', adik2 yg meronta kerana rasukan'nya' sehinggalah adik2 yg t'baring kaku merelakn pemergian'nya'. Alhamdulillah.. dipenghujung pertemuan kami bersama guru2 & puan pengetua, sempat mereka menyampaikn ucapan trima kasih & rasa berbangganya mereka pd kami semua. Kata pengetua, kami semua 'berisi' dlm erti kata lain x kosong dgn ilmu & kekuatan rohani. Alhamdulillah.. Mana tidaknya, kalangan guru2 perempuan seorang 2 saja yg mahu memegang mereka, xberani katanya. hehe.. Alhamdulillah, Allah sentiasa mahu menunjukkn kekuasaanNya. Alhamdulillahx3.. syukur pada Allah. Terima kasih pada semua, moga Allah terus memelihara kita.. [Adik2 sayang, puan pengetua, ustaz & ustazah, semua guru2 SMK Miharja. Ceksu, abg zizan, abg paan, abg syazwan, raed, kak dal, kak hani, kak nor & kami fasi2 inspire club batch 10 yg berjasa]. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, realiti yg benar2 terjadi..

:: INSPIRE ~ Sek Keb Tanjung Lalang ::

Salam semua.. Alhamdulillah, pd 30 April, 1 & 2 Mei 2010 kami skali lg b'kesempatn menghadiri & mengendalikn sebuah program FRIENDS KEM PEMANTAPAN ROHANI & FARDHU AIN b'tempat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang, Temerloh, Pahang. Program selama 3 hari itu disertai seramai 160 peserta tahun 6 yg trdiri drpd adik2 lelaki & perempuan.. Adik2 dibahagikn kpd 16 buah kumpulan kecil dgn bimbingan seorg fasi bg stiap kumpulan.

. ..Sek Keb Tanjung Lalang, Temerloh, Pahang..

..Penyerahan adik2 kpd fasi2 oleh tuan guru besar..

..Abg Dan di kantin makan b'sama adik2nya..

..aktiviti pagi b'sama adik2..

..sedikii pengisian, tayangan video oleh abg suhairi utk adik2 di sebelah petang..

..explorace: check point kak wawa & abg syazwan..

..adik2 ditanya b'kaitan amali solat & bacaan2 dlm solat..

..kak jue & adik2..

..adik2 lelaki di check point kak teha..

..adik2 saya b'sama teha..

..LDK8: LDK terakhir b'sama adik2 m'gantikn senaman pagi..

..Majlis penutup: ucapan Tuan Guru Besar..

..majlis penutup..

..b'sama adik2 saya: nana, balqis, mira, che wan, ain, diba, emy, azzahraa..

..Anugerah disampaikn kpd adik2 pserta yg t'baik & b'potensi..

..terima kasih SKTL..
.
..selepas selesai sesi Salam Mahabbah..

..Tahniah & trima kasih bwt semua: abg anas, ceksu, dan, abg kamil, afiq, abg sufee, abg syazwan, amirul, 'uqashah, afnan, abg fauzan, abg amir, kak yan, ain, aziah, afrah, jue, nik, ainul, izzah, teha..

Alhamdulillah, saya b’depan dgn adik2 yg b’potensi. walaupun kemampuan & daya fikir mereka berbeza, namun saya percaya kesungguhan mereka sama. masalah yg timbul mungkin pada s'org adik yg langsung tidak tahu membaca, paling kurang berkata2, sekadar mengangkat2 bahu apabila ditanya dan melemparkan senyuman yg bersahaja. Apa pun saya tetap percaya pd potensinya utk Berjaya. Utk berdiri sama tinggi & duduk sama rendah dgn rakan sebayanya yg lain memerlukan sedikit masa. insyaAllah, jika adik ini benar2 diberikan perhatian, tidak terlepas pandang dimana2, dia juga boleh Berjaya. Masalah yg lain mungkin pada sikap & tingkah slh seorg drpd mereka. Kasar & terlalu bersahaja. Biasalah, budak2.. hehe. Ada ketika, sedikit terganggu sesi bersama mereka bila duduk berhampiran dgn kumpulan adik2 lelaki. Adik ini akn menyapa sahabatnya tak tentu hala, bertepuk tampar bersahaja, sedikit kasar pd tingkah & kata2. Apa pun Alhamdulillah, 8 LDK tetap berjalan dgn baik. Saya memerhati, menegurnya terus dr hati. 3 hari, pasti mustahil utk saya mengubahnya menjadi bersantun pekerti. Apa pun saya percaya, adik ini akn berubah bila tiba masanya. Sudah baligh, tetapi tetap memerlukn masa. Adik2 yg lain, tidak menimbulkan rasa kurang selesa sepanjang berinteraksi & b’komunikasi yg boleh m’buatkan saya mula berspekulasi. Alhamdulillah.. adik2 yg tenang, tertib pada tingkah, xpernah lekang dgn senyuman dlm terik mahupn nyaman. hehe.. Saya percaya mereka anak2 yg baik, pelajar yg b’potensi. Sayang mereka, dah mula merindui mereka.

ilham abadi: Alhamdulillah, segalanya sudah Allah permudah. Program yg banyak meninggalkn jejak. Jejak pd hati & kesan pd minda ni. insyaAllah, andai ada kesempatan andai ada undangan boleh ke sana lagi di lain kali.. seterusnya, program FRIENDS kami di SMK Miharja..

Monday, May 3, 2010

:: Rahmat keAtas Mereka ~ (APRIL) ::

Salam semua.. April 2010 sudah pun melabuhkn tirainya.. Selamat & sejahtera bwt semua yg telah bertambah usia kerana kehadirannya..
.

Salam Kelahiran yg ke-53 buat ayah Mohd Saim Safrin [12.4] & abg Munir Abdul Aziz yg ke-26 [26.4].. Moga usia b'panjangan, rezeki dimurahkn, tabah dlm kepayahan, tunduk dlm kemuliaan. moga ditetapkn iman & diprmudahkn urusan.. nikmat kesihatan & semangat yg b'terusan, anugerah kekuatan hati & perasaan, moga dpt disempurnakn segala perintah & tuntutan, impian mnjadi kenyataan...

..SELAMAT HARI LAHIR..

Buat smua adik2, saudara & kenalan.. Ucapan sama saya hulurkn sbg tnda ingatn pd hari kelahiran. Selamat Hari Lahir, moga redha Allah bersinar selalu..[1/4] adik Arsyad Hakim ~ SM Teknik Gombak. [5/4] adik Balqis ~SK Tanjung Lalang, Pahang. [6/4] Hajar Ghazali, Kak Azmina. [7/4] Izyan Ismail. [8/4] Ramdzan ~ Inspire iium. [9/4] Adik Zafran ~ SMK Miharja. [12/4] Khair faris, Shalihah. [14/4] Hidayah Ghani. [17/4] zuhaili ~ g7 SMIH. [18/4] khalid ~ g7 SMIH. [19/4] Nor Akmal ~ g7 SMIH. [25/4] Naim, Madihah ~ IRK iium. [26/4] Wanie Azmi. [27/4] Atikah Hatta. [30/4] Afrah ~ Inspire iium, Raihana Razali ~ g7 SMIH.