Friday, February 26, 2010

Wednesday, February 24, 2010

:: Ayuh Jadi Cemerlang! SMTG ::

Salam smua.. Alhamdulillah, rasmi sudah sbg salah seorg fasilitator Kelab Karisma IIUM batch 10. Advance Intensive Training 4 hari 3 malam benar2 melatih kami utk menjadi seorg fasi. dgn modul yg sarat, masa yg sntiasa mengikat, kem komander yg benar2 menguji.. masyaAllah.. 4 hari rasa bagai nk mati! apa pun AIT, akn saya kisahkn di post yg lain nanti.
.
Seterusnya.. pd 20/2/2010 saya b'kesempatan m'hadiri program pertama utk karismarian batch 10, program sehari AYUH JADI CEMERLANG! di sek men teknik gombak. Peserta terdiri drpd adik2 tingkatn 4 seramai 300 org. Kami fasilitator seramai 28 org, dibantu oleh 30 org PRS drpd adik2 tingkatan 5 sbg core fasi.. Adik2 dibahagikn kpd kumpulan2 kecil dgn pengendalian seorg fasi & core fasi utk sesi LDK1, LDK2, dan sesi muhasabah diri.

Sewaktu sesi p'bincangan, report & penilaian sesama fasi, plbagai masalah yg m'jengah telinga kami. Ada fasi yg mengeluh, adik2 ini terlalu matang, xmahu buat itu & ini, m'gunakn istilah bukan2 yg d luar pemikiran kami, ada adik2 yg sgt pasif, ada pula terlalu aktif & sukar utk diperhati, ada pndapat yg tidak kreatif.. bukan mereka tidak b'potensi, tp program sehari yg dihadiri skadar utk memenuhi hari.

..core fasi PRS tingkatn 5..

Alhamdulillah, saya b’depan dgn adik2 yg sangat b’potensi. langsung tidak menimbulkan rasa kurang selesa sepanjang berinteraksi & b’komunikasi yg boleh m’buatkan saya mula berspekulasi. Alhamdulillah.. adik2 yg tenang, satu persatu bila b’hujah, tertib pada tingkah, xpernah lekang dgn senyuman baik lelaki mahupun perempuan. Bak kata ketua fasi kami abg che’ su, adik2 saya sama macam saya. Heh. Apa pun, saya percaya mereka anak2 yg baik, pelajar yg b’potensi & mudah diperbaiki. cuma program sehari, mmg tidak cukup utk benar2 m'buah serasi. program follow up yg dinanti, mohon hadir lebih b'erti. Saya percaya, banyak lg perkara yg mahu dikongsi, Cuma kekangan waktu yg tidak menyebelahi. Alhamdulillah.. core fasi yg sangat b’potensi, juga tertib pada tutur & tingkahnya. Adik faisal, bakat kepimpinan yg menyerlah, sgt byk m’bantu..

..adik2 saya, group 1. xcukup s'org lagi..

..adik2 semua: eyka, nad, erni, aslam, 2face, zharfan, faisal, syafiq, kecik..

..aktiviti sebelah malam + muhasabah..

Apa pun pada saya, modul biarlh b'sesuaian dgn peringkat usia, mengena dengan kematangan peserta. Adik2 lebih berminat dgn modul yg melibatkn fizikal, perdebatan yg m'bolehkn mereka bebas b'suara & melontarkn pendapat. perlaksanaan mestilah b'sesuaian dgn rasional, tidak meninggalkn adik2 dlm tanda tanya. Apa pun, fasi tetap perlu bijak memainkn peranan mereka utk mengolah semula, merasionalkn apa yg dilaksana. Program sehari yg sangat singkat memerlukn program follow up yg lebih cepat. Adik2 asyik b'tanya, bila lagi kami akn hadir semula b'temu dgn mereka. InsyaAllah biiznihi, adik2 yg b'potensi ini p'kembangan mereka akn terus saya ikuti melalui telefon, emel & laman2 sosial yg ada..

ilham abadi: Alhamdulillah, amanah sudah pun saya sempurnakn. Program seterusnya di Sek Men Selayang, Sek Men Gombak Setia, andai saya b'kesempatan..

Tuesday, February 23, 2010

:: Hadiah Persahabatan ::

Terima kasih akhi Ismail Mustafa atas pmberian ini.. buku yg b'tajuk "SAKINAH sumber ketenangan & keberkatan hidup" karangan A. Ubaidillah Alias & 2 keping CD Ketika Cinta Bertasbih musim 1 & 2, khabarnya sbg tanda persahabatan b'sempena dgn tahun kelahiran saya yg ke-21 disember lalu, kemas berbalut saya terima awal februari yg lalu..


SAKINAH, sebahagiannya sudah pun sempurna saya teliti satu persatu, sarat dgn kandungan & mesej tersendiri yg perlu difahami. Masih berbaki sebahagian lagi yg saya pasti kandungannya lebih bererti. mm.. cerita Ketika Cinta Bertasbih, d muat turun drpd internet dan dimuatkn dalam 2 keping CD, b'sungguh benar akhi.. Katanya, minta saya meneliti & menghurai ringkas d ruangan ini mengenai petikan puisi ini. B'sungguh benar dia utk menyampaikannya sehinggalh cerita ini smpurna saya menontonnya.

"Sekalipun cinta telah ku huraikn & ku jelaskn panjang lebar, Namun jika cinta kudatangi, Aku jadi malu pada keteranganku sendiri, Meskipun lidahku telah mampu m'huraikan, Namun tanpa lidah, cinta t'nyata lebih tenang, Sementara pena begitu t'gesa-gesa menulis segala, Kata2 pecah b'keping, begitu sampai kpd cinta,dalam menguraikn cinta, Akal terbaring x berdaya, Bagai keldai berbaring dlm lumpur.."

Ilham abadi: trima kasih akhi atas pemberian ni.. jalan cerita yg panjang berjela, tapi cuma beberapa nokhtah sahaja yg sebenarnya akhi mahu ana mengerti. betulkn? antaranya, ayat yg di atas ni. Ana hormati pndirian akhi, namun tetap mahu m'pertahankn pendirian diri.. ^_^ trima kasih atas kesungguhan & kelainan yg cuba diberi. Syukran awi2, mhon ukhuwwah diredhai..

Thursday, February 18, 2010

:: Majdah Safiyyah~ 1thn 5bln ::

Kamu anak yg pintar & bersih syg.. seiring nama mu, MAJDAH SAFIYYAH.
Doa kami stiap waktu, moga terus m'besar dlm cinta & sejahtera. Limpahan kasih & prhatian kami buatmu selamanya..

Thursday, February 11, 2010

:: Sehari Bersama ::

Pada 17 Januari 2010, b'kesempatan meraikn kunjungan 9 org adik2 prempuan SMIH gen11 (R2J4) ke taman ilmu & budi ni. Seharian b'sama mereka, makan tengahari bsma, b'cerita & b'kongsi pengalaman kampus yg ada. Apa yg menarik prhatian saya, jawapan mereka ketika di tanya mengenai kecenderungan bidang & universiti yg m'jadi impian mereka, soaln yg sengaja kami ajukan sewaktu sesi p'kongsian, utk m'dapatkn gambaran awal tntg hala tuju mereka yg seterusnya. 9 org yg ada, kecenderungan & cita2 mereka b'beza. Seingat saya, ramai yg mahu menyambung ke luar negara, meminati bidang2 profesional yg saya kira majoriti drpd mereka. apa pun.. saya t'tarik dgn pilihan adik ini. Saya senyum sahaja spnjang m'dengarkn minat & kecenderungannya. Maryam Rufaidah, minat dia sperti saya. Alhamdulillah.. b'sungguh2 dia m'dengar saya b'cerita. meminta no phone saya, utk lebih banyak kesempatn b'tanya. dia sopan sgt, saya suka.. ^_^ Apa pun maryam, akk m'doakn yg t'baik utk adik. insyaAllah, mohon Allah p'mudah..
.
..adik2 yg sudi mengunjungi..

..kami yg b'sedia utk melayani & b'kongsi..
.
ilham abadi: alhamdulillah.. seronok & b'besar hati menerima kehadiran adik2 yg dikasihi. dpt b'jumpa smula dgn sarah naqiyyah. Alhamdulillah, dia masih ingat pd saya lg. lama dh.. ^_^ sarah, xdapat simpn gmbar akk sorg dlm handphone, gambar ramai2 ni pun blh tau. akk seganlh.. hehehe.