Sunday, September 12, 2010

:: Ucapan Aidilfitri 1431H ::



Salam semua.. Kerana kekeringan fakta & peristiwa, saya kongsikn dgn anda semua antara Koleksi Ucapan Aidilfitri yg saya terima melalui SMS drpd saudara-mara & sahabat handai b'sempena aidilfitri 2010 ini.. (yg masih t'simpan dlm inbox saya. hehe..)

  • Salam lebaran.. B-) puasa 30 ramadhan dh b'lalu, moga istiqomah dlm amalan.. sudah tiba puasa 6 syawal, byk2 muhasabah.. :) maaf zahir batin. (01771671..)

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Ampun maaf dipinta jika ada silap & salah. t'kasar bahasa, t'gurau over.. Smoga syawal kali ini m'bawa lebih kberkatn & kbahagiaan.. (fazlina g7)

  • :):):) Epy Aidilfitri drpd Dhamiri.. dgn ikhlas & penuh b'harap, maafkn salah laku & kata2 yg pernah m'guris jiwa.. Maakn eh? :-( (amir dhamiri INSPIRE)

  • Setitik embun di pohon rimbun, di atap nipah air t'genang, dosa t'timbun mohon diampun, silap & slaah jgn dikenang. "selamat hari raya, maaf zahir batin. :) (kamil, izzah zahari INSPIRE, kak nabila)

  • Selamat hari raya minal aidil walfaizin.. 10 jari disusun mhon kemaafan.. andai kate t'kasar bahasa, t'silap bicara, t'sakit hati yg x semena2, hrp dimaafkn.. (adik amar aslam SMTG)

  • Ku mhon dimaafkn sgala kesilapan yg lalu smpena hari raya yg mulia ini.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 1431H. (sarina)

  • Kuih saya kuih raya, baju saya ada labuci,nk ucap slmt hari raya, drpd aminah & family. mintak ampun segalanya & salam aidifitri.. (aminah G7)

  • "Abg wan mhon minta maaf zahir & batin ats smua ssalah silap. mudah2an lebaran kali ini m'bawa rahmat bwt wawa skluarga." (abg wan INSPIRE)

  • Satukn tangan, satukn hati, itulah indahnya silatulrahim. di hari lebaran kita padukn keikhlasan utk saling b'maafan.. SALAM AIDILFITRI. (ain safuan)

  • Tiada kata seindah zikir, tiada bln seindah Ramadhan, izinkn kedua tangan b'simpuh maaf utk lisan yg x t'jaga, janji yg t'abai, hati yg b'prasangka & sikap yg pernah menyakitkn. Maaf Zahir & Batin. (yasmin)

  • Malam rayee pasang pelitee, pelitee dipasang mlm rayee, arghhhh, sudahnyee nak bwt pantun. senang citee.. slamat ariey rayee!! (izyan IRK)

  • Biar rmbut segelap almond london, asalkn hati sesuci kuih bangkit. biar iman sekental dodol, jgn senipis rempeyek. biar jiwa selembut bahulu,asalkn akhlak secantik biskut dahlia. senyumlh semanis wajik agar lebaran yg disambut lebih b'mkna. "salam iedulfitri". (khair faris UiTM)

  • Salam. Syg3 sy semua, sy ingin mengucapkn Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin :) sy memohon maaf dr hujung rambut smpai hujung kaki kalau ada salah silap sy slama ini. have a great awesome raye. :) take care. (adik anis syuhada SMKS)

  • Salam akak, di sini adek nk minta maaf dr akak kalau ada bwt akk sakit hati ke t'guris ke.. pape lah. Harap akak maafkn ya! (adik aiman SMKmiharja)

  • Bicara kadang2 x t'jaga, janji kadang2 t'abai, hati kadang2 b'prasangka, sikap kadang2 menyakitkn. Hidup ini m'jadi tllu indah jika masih ada rasa maaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. (abg)

  • Slamat ri raye. maap zhr n btn dr hjg rmbt smpi hjg kaki~ jgn mlantak lemang byk ngt, tkut nnt xley nk cam plop. huhu.. Nway, hve a nice holiday ^_^ (ain salim)

  • Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. (adik muzakkir SMKmiharja)

  • Selamat hari raya diucapkn. Mhon ampun ats sgala kesilapan yg tlh dilakukn. duit aye nk juga! jgn lupe! (adik hafiy SMKmiharja)

  • Salam ramadhan. slmt b'cuti, jgn makan byk sgt. karang jmpa xkenal plak. jgn lpa kirim salam mak ayah. (suhairi)

  • Mata kadang2 salah melihat, mulut kadang2 salah cakap, hati kadang2 salah m'duga. Sblm cahaya syurga t'padam, sblm pintu taubat t'tutup, sblm ramadhan b'akhir, sblm syawal m'jelma.. Kemaafan dipinta dr awal p'temuan antara kita & hingga ke hari ini. Salam Aidilfitri, smoga Allah menerima smua amalan kita di bn ramadhan. (biah G7)

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. (adik hazirah KIMP)

  • Salam 'iedfitri.. Moga diberi ksempatn b'temu lg ramadhan. thniah krn brjaya melalui mdrasah ramadhan.. Raikn dgn kegembiraan.. Salam 'iedfitri. (asila IRK)

  • Selamat hari raya aidilfitri. mhon maaf zahir & batin. minta halal mkn minum.. kullu ^amin wa antum bikhair :) (akh ismail)

  • Selamat hari raya maaf zahir batin. taqabal Allah mina wa minkum. (nesrin salehudden)

  • Selamat hari raya pmbuka tirai, maaf coz ucap awal sehari. bkn excited atau teruja, cuma dh agak esok msti line xclear.. selamat hari raya aifilfitri, maaf zahir & batin. (iqbal IRK)

  • Taqabbalallah minna wa minkum. smoga amalan kita diterima & dosa kita diampunkn.. Selamat Hari Raya, ampun & maaf ats smua kesalahan yg dilakukn.. (abg farhan INSPIRE)

  • Puasa sudah, terawikh pn sudah. bulan syawal mnjelang tiba,hari raye disambut dgn gmbira. Ampun maaf sy pinta. (abg umar INSPIRE)

  • Sebening air wudhu', sesuci alquran, smerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yg tiada rasa benci & dendam. Andai tanganku x sempat b'jabat, jika muka x smpt b'tatap, bukalh pintu maaf utkku. Selamat menyambut AIDILFITRI.. Maff zahir batin. (teha INSPIRE)

  • Salam aidilfitri, minta maaf ats sala silap & salah sy juga (zaid zaini)

  • Salam. slmt ari raya. sori xdak pntun. hehe.. maap zhr btn. smoga d pnjg umur & murah rezeki. (afnan INSPIRE)

  • Sedih dgn pemergian ramdhan, akn tetapi gembira dgn kemuculan syawal. sElAmAt hArI RaYA mAaF ZaHiR BaTiN. (adik syafiq SMTG)

  • Dlm b'mesra mgkin t'kasar bahasa, dlm b'gurau mgkin t'lanjur senda, dlm b'janji mgkin ada yg blm dikota, dlm b'bicara mgkin ada yg menyinggung rasa. jika ada~ kemaafan jualh yg dipinta.. "slmt hari ry, mf zhir & btin" :) (syamila EDU, izzah G7)

  • Salam syg bwt teman p'hibur hati, salam kasih bwt teman p'damping diri dikala sepi, ku susun 10 jari minta dimaafi, kerna sedar diri x sempurna nabi. Selamat hari raya aidilfitri, bwt teman yg tiada pggnti, sntiasa dihati & sntiasa dirindui, smoga p'sahabatn kekal abadi.. (jue HS)

  • Walau mata x b'tentang, walau jasad x b'tandang, ku kirimkn salam sbg tanda ingatan.. disaat lebaran mnjelang, kuhulurkn tangan memohon kemaafan. Salam Aidilfitri buat sahabat yg selalu dlm ingatan.. Maaf zahir & batin diatas kekhilafan yg tlh ku lakukn. (kak tonah EDU)

  • Salam lebaran buat shbt semua.. moga ramadhan n lebaran ini b'mkna bg kalian. trima kasih krn hadir dlm kehidupnku.. Maaf zahir batin. (is INSPIRE)

  • Salam Aidilfiri, maaf zahir batin. (amal G7)

  • Selamat hari raya.. (syazni IRK)

  • Dlm kerendahan hati, ada ketinggian budi. dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. dlm kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata. dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. "mohon ampun & maaf diatas segalanya." selamat hari raya aidilfitri. (aimi G7)

  • Salam Aidilfitri.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN atas sgala salah & silap slama ni. (afrah INSPIRE)

  • Salam.. selamat hari raya aidilfitri, mf zahir batin.. smoga lebaran sntiasa d'berkati Allah.. maaf ats clap dan slh.. (ayu INSPIRE)

  • Anak ayam pasang pelita, kucing ketawa bagai nk gila, ayam & kucing itu xda kena mengena, saja nk ucap slmt hari raya.. maaf zahir batin. (hafizah G7)

  • SHRMZB (anis G7)

  • Akal kadang2 salah m'tafsir, mata kadang2 salah melihta, mulut kadang2 lbih b'kata, hati kadang2 salah m'duga. mhon ampun. maaf zahir & batin.. Slamat hari raya Aidilfitri :) (qila UIA)

  • Andainya ade t'salah bahasa, t'kasar gurauan, t'silap kata, t'lebih bicara, t'mengumpat. smpena mnjelang syawal yg mulia ini, mhon ampun n maaf. slmt hari raya aidulfitri. raye jemput dtg rumah :) (asmawati INSPIRE)

  • Wawa, slmt hari raye. mntk maaf kalo ada wt slh silap.. (jue INSPIRE)

  • Kpd teman2ku yg tchenta! selamat ari rayer. huhu. maap ye ntok sgale khilaf, yg t'surat lg t'sirat. halalkn mkn minum n muge b'gumbira dihari raye! :) (watif INSPIRE)

  • Selamat hari raya, maaf zahir batin. (kak fira INSPIRE)

  • Salam, Happy Eidulfitri! Maaf zahir n batin ats segala silap kata- verbal n nonverbal. pbuatn spnjg kita kenal. moga ramadhan yg lalu m'jadi bekal utk bln2 sblm b'temu kmbali ramadhan, insyaAllah.. (nisreen G7)

  • Selamat hari raya. harap kekurangan atau kesilapn dapatlh dimaapkn. Aidilfitri mubarak!! (raed omar)

  • Slmt hari raya.. سلامت هاري راي عيدالفطري، معاف ظاهير باطين nk duet raya. hehe.. (quya INSPIRE)

  • Pelita diletak di ats para, hendak dinyalakn d tepi perigi, SMS dihantar p'ganti kad raya, tanda ingatn di aidilfitri. Maaf zahir & batin.. (irfana UIA)

  • Salam. hati gembira beraya b'sama keluarga. Terus tasbih & tahmid utk kekalkn mood. Maaf salah & halalkn smua heh.. :) (afra' G7)

  • Asal raye je t'ingat kt kawan2. mane le tau ade wat silap. Sowie ek? 0-0. smlt hari raye, maaf zahir & batin. (faima UIA)

ilham abadi: utk teman2 semua.. tiada luka yg b'bekas, tiada dendam yg bersisa dihati saya. Mohon ukhuwwah b'panjangan.. Tibalah lebaran yg kita nantikn, ku intai ceria dgn senyuman, ku bisikkn kalam penuh kesyukuran, ku mhon keampunan tanda ingata.. SALAM LEBARAN.

Wednesday, August 25, 2010

:: Saya Bukan Budak Hingusan ::

Menenang hati .. merendah emosi
Jauh pandangan dilempar ke luar jendela
Mata dipejam, nafas dihela dalam-dalam
Minda pantas berputar mengenang kisah silam

November 2006..
Masih segar kenyataan dlm ingatan
Kemas berbekas kenangan dlm lipatan
Terngiang2 perkataan
Jelas terbayang tingkah & perbuatan
Cacian & herdikan masih lagi kedengaran..


Angkuhnya nilaian mereka
Menongkat kaki, memandang cuma ekor mata
Bersilih ganti menunjuk taringnya
Mengata kami sesedap rasa
Bagaikn kami x beribu x berbapa
Hebat sangatkah mereka?
Benar sungguhkah kata & tindakan mereka?
Sempurna sangatkh didikan & kasih sayang mereka?
Mahu dihormati & dipandang mulia
Namun tidak menghormati, menilai membabi buta
Cuma sedikit penghormatan utk mereka
Lantaran usia kita yg jauh berbeza.

Ibarat pepatah.. tempat jatuh lagi dikenang.
Hati.. bagai dihiris dgn belati.
Parut lukanya sungguh merengsa
Buat saya berduka, rasa tidak selesa
Resah.. gundah gulana.
Kosong.. terasa bisa yg menjerut dada

Besar sangatkah salahnya
Bercanggah benarkah pernyataan yg ada
Kaedah penyampaiankh yg tidak mengena
atau cara penerimaan & pemahaman kita yg b'beza
Hingga kami dipandang sebelah mata
Dilontar kalam yg tidak sepatutnya
Dibiarkn longlai terkulai menghadam segala
Pada andaian & pernyataan lampau yg kini menjadi nyata.
.
Bukan berdendam
Apatah lagi mahu berdiam
Cuma berhasrat menjernihkn kalam
Segalanya.. bukan hanya lintasan yg bersifat sementara
Tetapi berlangsung & berlanjutan tiada hujungnya
Bersimpuh selesa menghuni minda
Bersahaja.. payah utk dilenyap sempurna.
.

2006, 18 tahun cuma pada angka
2010, menginjak ke usia 22
4 tahun berlalu..
Allah membantu x kenal jemu
Mengurnia kekuatan pada hati2 yg perlu
Mengagih kesempurnaan hidup pada yg mahu

Saya bukan lagi budak hingusan
Yang mudah diterjemah tingkah & perkataan
Mengiya dan merelakan apa jua tindakan
Berfikiran cetek, tidak memandang persekitaran
Pembuktian sudah ada
Jelas terbentang didepan mata

Kami punya hati, punyai harga diri
Diam kami bukan berdendam
Mengalah bukan beerti kalah
Menanti detik & ketikanya
Andai masih ada ruang & setia bersaudara
Untuk berdepan, bersemuka b'tentangan mata
Lapang dada kami utk berdepan semua sengketa.
Luas akal kami untuk menjawab semula hujah mereka


Saat ini pada nilaian mata
Allah sedang mengembalikn semula kalam mereka
Allah memulangkan herdikan & cacian mereka
Allah menguji mereka tanpa mereka menyangka
Dalam bahagia, mereka sebenarnya terlepas pandang banyak benda
Kehidupan mereka baru sahaja bermula
Baru mahu mengorak langkah utk berjaya
Sungguh Dia maha mengetahui segala..

Yang ada, jangan cuma mengangguk & memejamkn mata
Melihat dgn mata, menilai dengan hati & minda
Bukan sekadar mendengar & mengiyakan segala
Menurut, tidak memikirkn baik buruknya
Dewasa cuma pada angka & usia
Tidak pada kematangan & mendalam nilai kemanusiaannya
Menilai cuma pada hati yg tidak ketentuan rasanya
Ibarat lalang yg ditiup hilang arah lentoknya
Tidak pada realiti yg menjawab & memperjelas segala..

2006.. Muqaddimah pada percaturan yg diluar jangka
Titik mula kami berair mata
2010.. penyerahan sepenuhnya pada Ilahi
Yakin pada takdir & ketentuanNya
Pasti, yg kita sebenarnya sedang diuji
Percaya, bila kelak dikejutkan Allah dia dari lena
Diuji Allah dgn mehnah & airmata
Dia akan kembali berjaga
Kembali kepada hakikat yg mula-mula..

Wednesday, August 18, 2010

:: Bahagia~ Mengapa cuma Sementara.. ::


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik2 orang yg selalu berbuat kesilapan adalah orang2 yg suka bertaubat." – alTirmidzi.
.

Dalam linangan airmata.. entri ini berjaya saya sempurna. Dilempar jauh rasa bimbang & curiga pada niaian hati yg tidak ketentuan rasanya. 29 tahun berlalu~ indah teratak kasih mereka dianugerahi 4 org cahaya mata. 4 zuriat yg kesemuanya bunga penyambung susur galur keluarga mereka. Seperti pasangan yg lainnya, mereka juga mengimpikan cinta & perkahwinan yg luar biasa hingga ke akhir usia. Mahligai bahagia dibina dlm kesederhanaan yg b’sifat sempurna. Tidak mewah, namun cukup makan pakai segala. Ibu & ayah, mencurah kasih yg melimpah ruah. Sama rata, pada keempat2nya. Tidak memandang pada yg bongsu mahupun yg pertama. Yg prtama, ke2, ke3 & keempat adalah anak2nya yg pernah dulu hidup & membesar dalam rahimnya. Darah yg mengalir dlm tubuh keempat2nya adlh darah mereka. Membesar kami dgn rezeki kurniaan Ilahi, tidak datang b’golek tanpa usaha & keringat mereka bekerja saban hari.
.


Kami membesar dlm cinta & sejahtera juga dlm redha & rahmatNya. Bertambah usia & meningkat dewasanya kami kerana titisan susu & suapan air tangan mereka. Kami dilimpah kasih sayang yg sempurna. Didikan agama diasuh sekata. Hingga dewasa, kami dirangsang ke bidang agama & ijazah utk keempat2nya. Mereka memberi galakan pd kecenderungan & minat kami yg berbeza. Adil, tidak memandang pd usia mahupun kepentingannya.. Ibu berkorban itu & ini mengharapkan hanya yg terbaik buat tatapan kami. Membanding beza utk merangsang kami berjaya. Bila keluar berbelanja, berjalan ke mana2, memasak masakan yg berselera, pasti tidak dilupakan diantara kami yg tiada. Pasti diingati & dibelikan sama utk yg tiada di depan mata. Hilang selera utk menjamah pada juadah yg mnjadi kesukaan anak yg tiada sekali menjamu selera bersamanya. Kata ibu, teringat padanya hingga mengalir airmata.. Setiap hujung minggu, 2 minggu sekali ibu ayah pasti pulang ke sana menghabiskan hujung minggu bersamanya yg jauh dimata. Kata ibu.. dulu perjalanan dari Johor ke Selangor berbatu2, x semudah hari ini dr Selangor ke Johor Baharu. Jalan tanah merah dirasakan sgt jauh, perhentiannya dirasa bagai x ketemu. Namun, ibu & ayah gagahi jua, x pernah sekalipun dia dilupa apatah lagi terus ditinggalkn disana tanpa khabar berita. Ayah jarang sekali meninggikan suara apatah lagi memukul kami sengaja. Kami dibelai, didakap & dikucup mesra hingga kami dewasa. Masih segar dlm ingatan saya, soalan yg kerapkali ditanya ayah sewaktu saya kecil dulu.. “bila anak ayah nk besar ni..” jawapan saya mesti “esok”. Hehe. Ayah senyum, dakap & kucup dahi saya.
.
..Kemahuan kami dituruti, tidak dipandang sepi. Rengek & rajuk kami diperhati, tidak dibiarkn menangis sendiri. Pinta kami dipenuhi, tidak dipantaskn kesal menjentik hati..
.



..17 thn berlalu ~ kami b'empat b'gambar bersama ibu diruang tamu..
.

Masa & waktu terus berlalu meninggalkn jejak2 kami yg dulu.. Keempat2nya meningkat dewasa, usia ayahanda & bonda menghampiri senja. Putaran alam, pergantian siang & malam menembak hati2 utk turut sama berubah & meninggalkn pahit manis yg pernah kami rasai bersama.. Yg pertama & yg ke-2 sudah pun berumahtangga, masing2 sudah punya cahaya mata. Mengimbau kembali saat melepaskn kedua2nya kpd suami tercinta, akad diqabul (diterima) disambut bersama linangan airmata. Berat hati utk melepaskn mereka. Bimbang ayahanda bonda pada apa yg seterusnya. Bahagia yg dikecapi saat bercinta adakah b’sifat sementara atau lanjutnya hingga ke akhir usia? Redha diiringi doa yg tiada pghujungnya.
.
Perkahwinan~ penyatuan antara 2 buah keluarga. Berkenalan & bertaut hati2 yg bukan ahli sebelumnya. Keluarga yg kecil mnjadi lebih besar kerana ikatannya. Bahagia & barakah utk selama2nya, tenang jiwa & b'seri muka pancaran mawaddah wa rahmah hidup berkeluarga. Perkahwinan bukanlh nokhtah yg menjarakkn, bukan satu tingkat dlm kehidupan yg memisahkn. Apatah lg titik perubahan yg menghalalkn utk terus sepi tidak lagi mempeduli, memandang tinggi pd hidup mahu berdikari hingga menafikn terus kewujudan mereka yg menyayangi lantaran kebahagiaan hidup sendiri. Kehidupan~ lebih lengkap & sempurna dgn kehadiran & kebahagiaan semua. Punya ibu & ayah yg masih b'nyawa utk diingati & dihormati, punya suami utk dicintai & anak2 utk dikasihi..
.

..Mereka harta, warisan kita yg paling b'harga. Anugerah terindah utk ditarbiyah & dipelihara dgn sebaik2nya, tidak t'lepas pandang dimana2. Mereka tidak mengerti apa, jgn kelak sengketa & keangkuhan kita diwarisi mereka generasi yg seterusnya..
.
Ayah & ibu~ Berbaktilah kpd ke2-2nya selagi ada masa. Selagi mereka masih b'nyawa, masih blh b'kata2 menegur salah & silap kita. Marah mereka bukan benci, nasihat mereka bukan iri.. tapi tanda kasih & bukti sayang yg tidak b'belah bahagi. Kelak mereka tiada lg, tiada gunanya menangis menghukum diri. kelak mereka tiada disisi, baru mengakui peri pentingnya mereka slama ini, senyum & leter mereka dirindui. Mengapa mahu mghambakn diri pd penyesalan kelak kalau kini masih ada lg kesempatan utk b'bakti? Mengapa kesempatan yg b'sifat sementara ini tidak dihargai? Rasulullah s.a.w. bersabda: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi. Allah S.W.T. Allah berfirman: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisa'.
.

Asuhan ayahanda & bonda, pasti ada kurang & lemahnya di mana2 kerana mereka juga manusia biasa yg punya naluri & rasa. Dikekang dek masa, diuji dek emosi yg ada ketikanya menggila. Apa yg mereka hulur & persembahkn pd kita, itu yg di bawah takat kemampuan mereka. Membayangkn keadilan & kesempurnaan, mengimpikn 100% kepuasan yg diluar batas keupayaan, pernahkh kita memikirkn kelak kita jugakn berada di tempat mereka? Kelak anak2 kita juga akn dewasa, kita juga akn melalui usia tua? Sensitif mereka, terasa payahnya utk menjaga & memuaskn hati mereka.. pernahkh kita membayangkn bagaimana pula keadaan kita bila kelak berada di tempat mereka? Jenuh sudah menyembah rasa.. Ada ketika buntu memikirkn apa yg sebenarnya. Mengapa mudah benar manusia t'lupa pd hakikat yg mula2. Nikmat bahagiakh yg sedang menduga yg melalaikn kita pd tanggungjawab & kenyataan yg sebenarnya? Leka dgn nikmat, b'harap utk diuji dgn kekusutan & airmatakah baru mahu b'ingat, kembali smula mengenang & memandang kpd hakikat?
.

..Mengharapkn ramadhan yg mulia bisa membasuh luka & airmata, Syawal yg dinanti mohon hadir lebih bererti..
.
ilham abadi: Telinga sudah lali, minda sudah tepu tidak b'ruang lagi.. Apa pun yg seterusnya nanti, saya hanya akn t'senyum & b'istighfar dlm hati.. (",) Saya yg lebih t'kesan sebenarnya dgn apa yg saya kata kerana telinga & mata saya yg t'lebih dulu mndengar & melihatnya.. Ramadhan kareem, Allahu akram!

Monday, August 9, 2010

:: Dia Pergi.. الفاتحة ::

بسم الله الرحمن الرحيم

* الحمد لله رب العالمين * الرحمن الرحيم * ملك يوم الدين
* إياك نعبد وإياك نستعين * اهدنا الصراط المستقيم
* صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

... آمين ...

1/8/2010 (Ahad): Di teratak kasih anakanda, diruang tamu rumahnya.. sekujur tubuh t'baring lesu x bermaya. Kaku, tidak lagi bernafas seperti dulu. Satu jasad mulia yg tlh diangkat rohnya, jantung & nadi ibunda yg tidak lagi berdegup dan berdenyut sepeti biasa, sesak dikelilingi kenalan & sanak saudara. nenek.. bonda kpd ayahanda t'cinta. ibu kpd 16 org cahayamata, nenek kpd lebih 100 org cucunda & moyang kpd entah berapa cicitnya. Ramai, tidak pantas mengira bilangannya. Tenang pemergiannya, lancar kalam syahadahnya, jelas mudahnya nenek melepaskan nyawa. Nenek dikafan membawa senyuman, tenang b'sahaja wajahnya seperti sdg dlm lena..

.

Nenek.. lemah lembut orgnya. senyuman, x pernah lekang dr bibirnya. kepulangan kami disambut mesra, sibuk dia mahu menyediakn segala. Setiap kali mahu pulang semula meninggalkannya, tenang dia melambai2 dr dalam jendela. Nenek.. senyum simpulnya x puas lagi dijamah mata, kata & pintanya belum jemu lagi didengar dan ditunai sempurna. Nenek pergi meninggalkn kami utk selama2nya.. Pergi menghadapNya, kembali kepada pemilik yg mencipta. Apa pun, bertuah nenek, syukur kami pada yg Esa, hari pengebumiannya dihadiri semua. Cukup, lengkap 4 tingkat keturunannya: daripada anak, cucu & cicitnya semua b'gegas pulang bersama utk menatap wajahnya yg mulia. Perginya dipermudah Allah krana hayatnya sarat amal jariah. Cerita ayah pada kami, nenek dulu guru mengaji sejak dr ayah kecil lagi. Ajar anak2 kampung mengaji, smpai ke usia senja dgn berkacamata nenek x putus lg mengaji. Nenek tukang urut, bidan kampung yg sama2 membantu melahirkn ummat Muhammad. Apa yg menarik ttg nenek, nenek ingat semua cucu2nya biarpun lebih seratus bilangannya. Setiap kali kami balik, nenek mesti b'tanya pd yg tiada. Kuat ingatannya, berkat ayat2 alquran yg x jemu dibacanya. Alhamdulillah, nenek pergi tidak meninggalkn harta yg berganda, tetapi pergi meninggalkn kami semua assetnya yg paling b'harga. InsyaAllah.. x kan putus doa & alfatihah kami utk nenek, dari generasi ke generasi yg seterusnya..

.

ilham abadi: Bukan senang nk b'gambar dgn nenek, beruntunglh mereka yg masih sempat meraikn hari bhagia mereka bersama nenek.. Ramadhan yg dirai, Syawal yg bakal mnjelang nanti, pasti terasa, hilang serinya tanpa nenek disisi. Nenek, raudhatul jannah tempat kembali. Amiin. al-fatihah~~ (Jimah binti Limat)

Saturday, August 7, 2010

:: INSPIRE ~ SMK Taman Selayang ::

Tanggal 6 ogos 2010 Inspire Club IIUM sekali lagi diundang utk mengadakn program FRIENDS di Sek Men Kebangsaan Taman Selayang, Selangor. Program Pemantapan Sahsiah Diri, program yg paling singkat, berlangsung cuma slama setengah hari dgn bilangan peserta seramai 60 org, Adik2 terpilih yg kesemuanya trdiri drpd para pelajar tingkatan 2. Program yg tidak diberitahu awal oleh pihak sekolah kpd adik2 peserta, kejutan yg menyeronokkn kata mereka. hehe.. Nakal mereka, kerasnya perlakuan & perwatakan mereka, tetapi masih mahu mndengar kata. Di sini Allah m'bantu, mnunjukkn kami jalan, m'beri kami kekuatan & memudahkn sgala urusan (",) Adik2 peserta drpd plbagai bangsa, melayu, cina & india. Apa pun alhamdulillah, b'kesempatan mendekati & b'program bersama adik2 yg sedikit menguji tetapi sgt b'potensi ini. Hehe..


..kakak3 fasi yg b'semangat. b'gambar dulu sblm b'khidmat. hehe..

..bilik tayangan SMKTS..

..adik2 peserta lelaki & perempuan..

..kak teha, kak ayu & kak ain b'gmbr b'sama adik2 sblm balik..


.
Alhamdulillah, program berjalan sepertimana yg direncanakn. Perlaksanaan LDK tidak terlalu b'gantung kpd modul yg ada, pengisiannya masih b'sesuaian dgn maksud & objektif yg sebenarnya. Alhamdulillah, ke 5-5 slot t'masuk slot muhasabah dpt kami laksanakn b'sama mereka walaupun dikekang dek masa. walaupun sedikit t'ganggu bilamana program b'langsung serentak dgn sesi pelajaran & pembelajaran sebelah petang, masa bersama yg da tetap kami gunakn dgn sebaiknya. Program yg singkat, tapi sarat dgn nasihat mnjadi bekalan utk adik2 yg akn kami tinggalkn.. TERIMA KASIH buat semua yg t'libat. Senior2 inspire: Kak yan, abg umar, kak hani & kak sya. Barisan fasilitator inspire batch 10: Abg Syazwan, Raaed, Kamil, Afnan, Teha, Ain, Ayu, Asma, Jue, Shafiyah, Kina, Faa, dan Quya. Trima kasih pd Ayu terutamanya selaku partner fasi saya sepanjang program berlangsung, banyak membantu bila saya mulai buntu (",)..
.
Adik2 sayang.. (magesan, azreen, azlie, azan, anis, thibanraj, ashraf dan azira). Adik2 adlh anak2 yg hebat, anak2 yg blh berjaya, pelajar yg b'potensi. Kesempatan sehari bersama adik2 semua mmg tidak cukup utk adik2 dikenali sepenuhnya. Cukuplh sehari nilaian kami ini, adik2 sebenarnya sgt b'potensi. Allah mengurniakn kesempurnaan akal & jasad yg x berbelah bahagi. Allah mengurniakn hati utk merasai, mata yg melihat utk meneliti & akal yg menilai smula baik buruk pekerti. insyaAllah.. moga adik2 dipelihara oleh Allah. Ilham & hidayah milik Allah, mintalh padaNya yg memegang hati2 manusia. InsyaAllah, akak percaya perjalanan masa akn merubah segalanya. Moga kelak bila kita b'jumpa, adik2 ini mnjadi manusia yg luar biasa, manusia yg berguna. InsyaAllah.. Program sehari bersama adik2 yg disifatkn oleh guru2 berjaya, program yg diminta dilanjutkn ke 3 hari hatta seminggu dlm ucapan wakil salah seorg drpd peserta. hehe.. Doa kami sntiasa mengiringi.. insyaAllah biizniHi, b'temu lg di lain kali..